MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Cape Town : Duit Yang Kita Belanjakan Pun Boleh Dapat Pahala?

October 12, 2025

Thank you for coming to Cape Town. Because of tourists like you, I have a job.” 

Itu antara ayat pertama yang keluar dari mulut Mr. Moses (foto belakang saya tu), tourist guide kami sebaik sahaja sampai di Cape Town.

Ayatnya simple... Tapi membuatkan saya terfikir...

Saya dah banyak kali pergi luar negara, tapi tak pernah lagi dengar tourist guide sambut pelancong dengan ucapan yang begitu jujur dan menyentuh hati. 

More...

Kedatangan yang membawa rezeki

Bila saya selidik, rupa-rupanya kadar pengangguran di Cape Town hampir 30%. 

Dengan kata lain, daripada 10 orang, 3 orang tiada kerja.

Maka kedatangan kami ke sana — jadi rezeki untuk dia.Kalau tak ada pelancong, mungkin dia pun tak ada kerja. Tak ada income. Dapur pun tak berasap.

Waktu tu barulah saya betul-betul rasa... Rupanya duit yang kita belanjakan boleh jadi asbab rezeki orang lain.

Dan mungkin juga — jadi kegembiraan dalam hidup mereka. 

Berbelanja dapat pahala sedekah

Ramai orang bila sebut “nak buat pahala”, terus terbayang sedekah, zakat, atau bantu orang miskin.

Tapi kita lupa... Berbelanja secara halal pun boleh jadi amal kebaikan - dapat pahala.

Kita naik Grab — driver dapat rezeki.

Kita makan di kedai — tukang masak dan pelayan dapat gaji.

Kita beli barang keperluan — peniaga dapat untung untuk sara keluarga dia.

Selagi duit tu datang dari sumber halal, dibelanjakan untuk perkara halal, dan dengan niat yang baik, maka setiap sen yang kita belanjakan boleh jadi pahala. 

Perbelanjaan yang diberi pahala

Sebagaimana satu hadis Nabi ﷺ,

Diriwayatkan dari Sa'ad Bin Abi Waqqas r.a., Nabi ﷺ bersabda:

Sesungguhnya engkau tidak membelanjakan satu perbelanjaan pun untuk mencari keredaan Allah melainkan engkau diberi pahala kerana perbelanjaan itu, bahkan termasuk juga suapan yang engkau suapkan ke mulut isterimu.” 

- (Hadis Riwayat Bukhari, no. 56

MasyaAllah... Sampai berbelanja untuk suapan ke mulut isteri pun Allah kira pahala.

Apatah lagi perbelanjaan kita tu dapat bantu orang lain - yang sedang kerja keras mencari rezeki. 

Lebih kaya, lebih banyak buat pahala

Sebab tu saya lebih suka “bersedekah” kepada orang yang berusaha, berbanding yang hanya meminta-minta.

Satu masa dulu, masa saya aktif dalam program kebajikan masjid, saya perasan — orang yang benar-benar susah, jarang sekali meminta-minta. 

Mereka tetap berusaha, walaupun susah.

Kalau saya naik Grab, jumpa driver yang kerja kuat sampai tengah malam, sambut penumpang dengan sopan — jarang sekali saya tak bagi tip (bayar lebih).

Sebab bagi saya, mereka bukan sekadar berdoa minta rezeki, tapi mereka membenarkan doa dengan usaha.

Mudah-mudahan duit tambang yang saya bayar tu, jadi asbab rezeki untuk dia, dan pahala sedekah juga buat saya. InsyaAllah. 

Rezeki mengalir, pahala berganda 

Masa hantar kami ke airport untuk balik ke Malaysia, driver kami senyum dan ucap,

“Hope to see you again, sir.”

Saya senyum sambil terfikir - setiap kali kita berbelanja secara halal, ada senyuman yang terukir pada wajah orang lain.

Rezeki yang Allah beri pada kita, bila dikongsi secara tak langsung, jadi asbab rezeki untuk orang lain.

Selagi ia halal, tak membazir, ia berpahala di sisi Allah. 

Kaya peluang untuk masuk Syurga 

Mereka yang kaya raya — selain dapat pahala kerana tunaikan zakat, setiap perbelanjaan halal mereka juga dikira sedekah.

Bila orang baik jadi kaya, dia bukan sekadar hidup senang — tapi menyebarkan rahmat Tuhan melalui setiap apa yang dia belanjakan...

MasyaAllah... Betapa besarnya peluang untuk orang kaya masuk Syurga. 

Sabda Nabi,

Sebaik-baik harta yang baik ialah harta di tangan orang yang baik (soleh).” 

- (Hadis Riwayat Ahmad, no. 17802

Allahu a'lam. 

#KayaItuMuliaBagiSiapaYangBersyukur
#PGLSCapeTown2025

Zulkifli
Cyberjaya
11 Oktober 2025
18 Rabiul Akhir 1447H

Rupanya South Africa negara yang kadar pengangguran tertinggi di dunia! Ini apa yang dishare oleh seorang yang letakkan comment di posting FB saya.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}