Bila lah gaji RM1,600 akan jadi RM1,610?... Jawabnya kena tunggu setahun!
Owh... Itulah yang 'mengganggu' fikiran saya masa awal-awal bekerja dulu.
Lepas setahun bekerja, akhirnya dapatlah kenaikan gaji RM50...
Ish... Apakah nilai peningkatan diri saya cuma RM50 setahun?
Tag harga seorang pekerja
Suka tak suka, saya kena terima, sebab saya cuma seorang pekerja. Nilai saya ditentukan oleh majikan saya.
Tapi bila duduk sorang-sorang, saya terfikir-fikir; apakah benar potensi sebenar saya cuma RM50 - RM150 setahun?!
Ya, itulah nilai saya selagi mana saya bermentaliti seorang pekerja. Apa yang majikan bagi, itulah saya. Tak lebih, dan tak kurang...
Jiwa saya rasa memberontak... Saya rasa nilai saya dikawal oleh orang lain.
Isteri saya bekerja DUA MINGGU sebagai 'salesgirl' sebuah syarikat pada tahun 2003, income dia lebih RM1,000. Maksudnya, sebulan income dia lebih RM2,000! Tapi saya cuma RM1,600.
Wah... Jauh lebih besar daripada income saya. Dia cuma pemegang diploma, sedangkan saya graduan ijazah!
Di mana bezanya antara beliau dan saya?
Membongkar potensi diri
Bezanya pada CARA mendapatkan pendapatan.
Dia dibayar atas POTENSI sebenar DIRI dia. Sebaliknya saya dibayar atas NILAI yang diletakkan oleh MAJIKAN ke atas saya!
Saya tak fikir nilai saya sebegitu murah. Saya tak boleh terima nilai yang rendah tu.
Lepas setahun bekerja dan kecewa dengan kenaikan gaji dan nilai yang diletakkan oleh bos kepada saya (bahkan hampir semua pekerja sebenarnya), saya mula membongkar potensi diri saya yang sebenar.
Saya mulakan dengan membaca...
Saya 'selongkar' kedai-kedai buku, cari buku tentang kewangan dan keusahawanan.
MasyaAllah... Banyak benar 'wisdom' yang saya dapat daripada buku-buku.
Dari situlah saya sedar, sebenarnya ilmu kekayaan tak pernah saya belajar di sekolah, hatta sebagai student perakaunan dan kewangan di universiti!...
Bergaul dengan usahawan
Hasil pembacaan buku-buku tu, yang bergelak lagi selangkah.
Saya hadir kursus-kursus keusahawanan. Antaranya yang dikendalikan oleh Dato' Dr. Rusly Abdullah (Chef Li), penulis buku best-seller "Jutawan Senyap" dan "Orang Kaya Bertaqwa".
Banyak siri-siri kursus dan modul yang saya ikuti bersama Chef Li.
Sampai saya dah familiar dengan anak beranak beliau; isteri pertama, isteri kedua, dan anak-anak beliau yang turut sama kendalikan kursus bersama beliau.
Saya kagum dengan keluarga Chef Li.
Beliau jalankan bisnes bersama keluarga. Dan beliau berbisnes bukan lagi mencari duit, tetapi benar-benar untuk membantu ummat!
Mengenali keusahawanan Muslim
Wawasan beliau nak melahirkan seramai mungkin usahawan muslim, dan mengimpikan orang Melayu menjadikan keusahawanan sebagai budaya sebagaimana orang Cina!
Kata beliau, "Apa lagi yang saya nak? Duit cash RM100 ribu, RM500 ribu, RM3 - RM4 juta semua saya dah rasa"!
Dari Chef Li, saya belajar tentang keusahawanan muslim. Ribuan ringgit juga saya habis mengikuti modul-modul beliau. Dan saya rasa benar-benar berbaloi...
Daripada kursus Chef Lin tu, saya berpeluang berkenalan dan bergaul dengan golongan usahawan dari pelbagai ceruk Malaysia.
Ada yang datang dari Sabah dan Sarawak hanya untuk berkursus dengan Cef Li.
Dan daripada pergaulan itu saya dapat mutiara yang sangat berharga, iaitu cara berfikir seorang usahawan!
Berbeza cara berfikir
Daripada pergualan itulah baru saya faham apa yang dimaksudnya oleh Robert T.Kiyosaki dalam bukunya bertajuk "Cashflow Quadrant".
Katanya perbezaan antara empat (4) golongan manusia pada cara mereka mendapat pendapatan (Makan Gaji, Bekerja Sendiri, Pemilik Perniagaan, dan Pelabur) adalah pada cara mereka berfikir.
Mentaliti keempat-empat kuadrant sangat-sangat berbeza.
Beza antara orang kaya dan orang kebanyakan adalah apa yang mereka FIKIR, dan apa yang mereka BUAT.
Kita sebenarnya mencorakkan kehidupan kita dengan apa yang kita fikir.
Kalau nak kaya, kita kena fikir macam orang kaya fikir, dan kena buat apa yang mereka buat. Barulah kita akan dapat apa yang mereka dapat.
Selagi kita fikir cara orang kebanyakan berfikir, dan buat apa yang kita selalu buat, kita cuma akan dapat apa yang orang ramai selalu dapat.
Keluarkan diri dari kebodohan
Gaji mungkin bertambah dari tahun ke tahun, tapi kehidupan kita tetap sama. Sibuk semakin sibuk, seiring dengan bertambahnya gaji kita.
Kehidupan sentiasa statik dan mendatar. Bahkan kita boleh jangkakan kehidupan kita 5 tahun akan datang dengan apa yang kita buat sekarang!
Bila saya fikir dalam-dalam, memang satu kebodohan kalau saya sekadar buat apa yang selalu saya buat, tapi mengharapkan apa yang orang kaya dapat!
Ia benar-benar satu kebodohon. Tapi itulah yang difikir orang kebanyakan...
Buku-buku tulisan orang berjaya macam Azizi Ali, Robert T. Kiyosaki, dan Chef Li benar-benar menyedarkan saya.
Buku Azizi Ali bertajuk "Pesara Jutawan" menyedarkan saya tentang kebodohan mengimpikan persaraan yang indah, sedangkan masih kekal buat apa yang saya selalu buat.
Sesiapa yang baca tu mesti akan tersedar dari mimpi bahawa persaraan tak seindah yang diimpikan. Bahkan ia perkara yang menakutkan bagi ramai orang kalau mereka benar-benar berfikir!
Ya, cukup menakutkan!
Buku dan pergaulan mengubah cara berfikir
Apa yang boleh saya simpulkan, buku-buku yang saya baca, dan pergaulan saya dengan ramai usahawan telah mengubah cara saya berfikir.
Bila berfikir macam seorang usahawan, kita adalah seorang yang merdekat! Nilai diri kita, kita sendiri yang tentukan...
Dulu nak cari duit extra RM10 sebulan pun rasa susah. Tapi bila bergaul dengan mereka, saya nampak peluang buat duit extra sentiasa ada di mana-mana. Alhamdulillah...
Maksud saya bukanlah bermakna kena berhenti kerja. Tapi buat sesuatu di luar waktu kerja yang boleh tingkatkan NILAI diri kita.
Tukarlah masa lapang, masa tergolek di depan TV, masa membaca berita atau scroll media sosial, atau masa bermain game tu untuk bina masa depan.
Seorang usahawan melihat masa sebagai duit. Setiap saat, cukup-cukup bernilai.
Kita tentukan nilai diri kita
Kalau setakat nak dapat extra RM50 - RM150 setiap bulan tu tak perlu tunggu setahun. Tapi kita yang 'tentukan'.
Bukan lagi meletakkan harapan yang tinggi atau berkeluh kesah dengan majikan, terutamanya setiap kali dapat bonus dan kenaikan gaji tahunan.
Saya akhiri perkongsian ni dengan mutiara penting yang saya dapat dari dua penulis;
"Setiap orang mesti berbisnes dan terlibat dengan perniagaan. Nak berniaga apa? Berniagalah apa sahaja yang halal asalkan berniaga. Suatu hari nanti, anda akan jumpa apakah perniagaan paling serasi dengan anda" - Chef Li, penulis buku Jutawan Senyap
"Setiap orang mesti ada pendapatan kedua. Pendapatan kedua tak semestinya bekerja part-time, tapi apa sahaja jalan yang boleh dapat pendapatan selain daripada pendapatan bekerja. Ia penting untuk dana persaraan anda." - Azizi Ali, penulis buku Jutawan Dari Planet Jupiter
Wallahu a'lam. Mudah-mudahan bermanfaat. InsyaAllah...
Apa pendapatan kedua yg nta buat zul, dan boleh ke nta cadangkan apa2 jenis perniagaan yg sesuai yg tak menggangu masa kerja kita sekarang
Abu Thaqif, bisnes terlalu banyak. Untuk orang sibuk, ana tak cadangkan terlibat dengan pengeluaran atau pemprosesan.
Ana rasa yang lebih sesuai ialah jadi orang tengah. Cari supplier produk yang bagus dan produk tu memang anta sendiri puas hati. Lepas tu recommend pada kenalan terdekat. Ana yakin setakat nak dapat extra RM50 – RM150 sebulan buat permulaan bukan perkara yg sukar, kalau kita bermentaliti seorang usahawan.
Bisnes macam ni tak perlu modal besar, dan tak perlu masa yang khusus untuk berbisnes. InsyaAllah suatu hari nanti nta akan jumpa bisnes yg sesuai dgn anta. Yg penting, mulakan sekarang, dgn apa yang ada.
Ada beberapa pantang larang kena tahu, antaranya jgn bermula dengan HUTANG. Kata Chef Li, biar kecil asal berhasil! Ada masa, baca buku2Chef Li, insyaAllah nta akan dapat banyak idea bisnes yg berkonsep “biar kecil asal berhasil”.
If ada masa, ana akan sambung perkongsian topik bisnes ni. InsyaAllah.
ok, syukran atas perkongsian.
Assalam…hasil bacaan dari blog ini, saya mula telah pun membaca buku petunjuk jalan kekayaan..& Insya Allah akan membaca lagi buku-buku tulisan Chef Li yg lain…Saya juga seakan berminat untuk ke kursus anjuran beliau..dan ingin mengetahui apa yg dimaksudkan dengan amalan kesogihan spt yg dinyatakan..sbgai seorang yg telah mengikuti kursus beliau, apakah amalan ini benar dikongsikan dan di dalam kursus yg mana satu?
Wslm tuan,
Alhamdulillah, tahniah sebab membaca buku-buku tulisan Chef Li. Sangat bagus dan memberi inspirasi. Memang ramai pembaca buku Chef Li tercari-cari apa dia “Amalan Kesogihan”.
Berdasarkan apa yang saya ikuti dari kursus beliau, amalan tu bukan sesuatu amalan “luar biasa” atau “magic” yang menjadikan kita kaya. Ia amalan dan tabiat supaya hati kita sentiasa terikat dengan Tuhan. Memang ada Chef Li bagi doa-doa untuk diamalkan supaya kita lazimkan diri dengan doa & hubungan dengan Allah.
Apa pun, ia back tu basic. Jaga solat, solat awal waktu, berjemaah, baca Quran, sentiasa bersedekah, jaga hubungan baik dengan ibubapa dll sebab semua tu adalah basic untuk kita berjaya dunia & akhirat.
Wallahu a’lam.
Salam tuan,
Apa yang Cik Li tu ckp…mmg betul. Saya dah start bisnes online sejak tahun 2006. Pada masa tu segala benda saya jual. Adakala rugi adakala untung. Sampai satu masa saya dah jumpa bisnes yang serasi dgn saya…yang boleh saya jana keuntungan tanpa ubah fokus saya. Dulu fokus saya selalu berubah-ubah kerana asyik bertukar produk jualan. Bila tukar produk jualan…cara kita mengendalikan perniagaan turut berubah. Saya rasa kita semua kena fokus dlm sesuatu bidang. Baru boleh jadi pakar dan bila dirujuk…customer akan percaya dgn kepakaran kita.
Wslm En. Man,
Terima kasih atas perkongsian pengalaman. Menarik pengalaman tuan tu. Saya pun rasa begitu.
Alhamdullilah saya dah dapat bisnes yang sesuai..tp perlu mantapkan ilmu di dada supaya cara berniaga saya betul..terima kasih atas perkongsian..
Alhamdulillah puan. Usahakan bisnes dengan dengan betul dan sabar. Saya doakan Allah melapangkan rezeki puan sekeluarga, amiin ya Allah.