MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Celcom Executive Plan: Jimat RM200

Tadi cek bil semasa Celcom terkejut juga sebab bil tak lebih RM60 – cuma RM52. Biasanya bil telefon sekitar RM65 – RM70 sebulan guna Celcom Minutes Plan 250. Tapi, bulan lepas bila buat kira-kira, sebenarnya Celcom Executive Plan lagi jimat. So, bulan lepas saya tukar kepada pakej baru – Executive Plan.

Executive Plan vs Minutes Plan

Sebenarnya, Executive Plan ni launching dah setahun lebih. Dok kira-kira, saya rugi lebih RM200 setahun sebab lambat bertukar plan. Dulu malas nak tukar sebab ingatkan Minutes Plan dah ok. Rupa-rupanya pakej terbaru lagi ok.

Celcom Executive Plan (Baru)

Call – 15 sen/ minit

Sms – 12 sen/ sms
Minimum Usage – RM50
Diskaun 10% – 30%:
10% – bagi penggunaan RM60.00 – RM79.99
20% – bagi penggunaan RM80.00 – RM149.99
30% – bagi penggunaan melebihi RM150.00

Celcom Minutes Plan (Lama)

Monthly Fees – RM50
Free 250 minutes call
Free 20 sms
Additional Call – 20 sen/ minit
Additional Sms – 8 sen/ minit

Rugi Sebab Banyak Pakai SMS

Sebenarnya, selama pakai Minutes Plan, saya banyak rugi sebab sms. Tiap-tiap bulan, sms confirm lebih 20 free sms, sedangkan 250 free minutes call tak pernah habis. Memang banyak pakai sms sebab mudah – straight to the point, penerima boleh reply bila-bila masa dia selesa, dan senang untuk maklumkan aktiviti dan program. Call? Memang jarang.

Dengan bertukar kepada Celcom Executive Plan, sekarang ni saya jimat sekurang-kurangnya RM15 (RM180 setahun), alhamdulillah. Untuk sahabat yang pakai Celcom Minutes Plan, tapi banyak guna sms berbanding call, saya cadangkan bertukarlah kepada Executive Plan.

Pastinya lebih jimat, insyaAllah.

Zulkifli
Damansara Heights

29 Jun 2009

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Ermm..

    mmg dah pakai celcom executive plan. Masalahnya tetap pada SMS. Lagi banyak SMS, lg terasa ruginya.

    Jadi, cara nak settlekan masalah SMS, kena kembali pada prepaid gak.

    Jadi, akhirnya terpaksa pakai 2 handset. Satu prepaid utk SMS, dan satu lagi line utk call.

    Apa yang bagusnya adalah adanya plan 1+5 tu. Nombor isteri-isteri yang empat tu semua free utk call dan SMS. Hehehhe.

  • “Apa yang bagusnya adalah adanya plan 1+5 tu. Nombor isteri-isteri yang empat tu semua free utk call dan SMS.”

    Wah… dah empat isteri anta yer.. he3x.. mabruk…

  • Terasa nak komen lagi pasal Celcom ni… Dulu mula-mula keluar iklan memang antara 1 + 5 tu free je nak berbual ke apa.

    Baru-baru ni masa gi bayar bil, tengok la iklan 1 + 5 tu. Rupanya skrg ni dah tak free selama-lamanya. Ada limit minit pulak.

    Dulu 400 minit kot, pastu turun lagi 250 minit gitu laa..

    Apapun, yg register awal memang free la sebab ikut perjanjian masa tu..

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >