Saya: Saya nak bercakap dengan Pn. Norasyikin, Bahagian Pentadbiran Pembiayaan.
Pegawai Bank (PB): Maaf Encik, dia cuti hari ni. Ada apa ye Encik?
Saya: Oh, saya nak dapatkan bank statement untuk housing loan saya. Semalam saya ada hantar email.
PB: Kejap ye. Saya cek sekarang.
PB: Ok, memang ada email tu. Nanti Pn. Norasyikin masuk, dia akan siapkan statement tu.
Saya: Em, boleh saya tahu siapa yang bercakap ni?
PB: Saya Azli.
Saya: Ok Azli, boleh saya tahu bila saya boleh dapat statement tu?
PB: Esok, insyaAllah siap!
Saya: "Ok, ok. Terima kasih ye Azli". Balas saya dengan penuh senyuman.
Cuba anda baca balik perbulan di atas, bayangkan saya bercakap di telefon dengan penuh senyuman. Tentu nadanya berbeza bukan? Walaupun skipnya sama, tapi kesannya pasti berbeza.
Skrip Sama, Tapi Kesan Berbeza
Bila kita bercakap dengan senyum di telefon, pendengar akan rasa lebih mesra dan responnya juga pasti berbeza. Jauh berbeza dengan bercakap ditelefon cara biasa, apatah lagi dengan mulut yang macam mencuka!
Sebelum menelefon, senyumlah dulu. Sebelum angkat telefon, senyumlah dulu. Sepanjang bercakap di telefon, senyumlah sepanjang masa. Pastinya anda akan dapat respon yang berbeza.
Tahu tak apa untungnya?
Selang sejam lepas tu, saya terima call dari En. Azli, katanya "Statement tu dah siap, saya nak fax sekarang!"
Wah... Sepatutnya Pn. Norasyikin yang bercuti akan sediakan statement tu esok, tapi tak payah tunggu Pn. Norasyikin, dia jer yang tolong siapkan, hari ini juga! Terima kasih En. Azli.
"Oh, dah siap ker? Uh, memang efisyen. Terima kasih yer Azli"... balas saya sebelum beliau menghantarkan fax kepada saya.
Senyum, Sebut Namanya, Under Promise
Moral of the story:
Sebelum bercakap, senyumlah dulu. Murahkan dengan senyuman. Senyum tu kan sedekah?
Sebutlah namanya berkali-kali, bukan sekadar panggilan "encik" ataupun "tuan" sahaja. Perkataan paling sedap di dengar oleh seseorang ialah namanya sendiri. Cukup 3 kali anda sebut namanya dalam perbualan, hatinya akan mula 'cair'.
Sentiasa amalkan "under promise, over deliver". Kalau janji esok, hari ini dah siap! Ia menambahkan kredibiliti anda, apatah lagi jika anda berniaga.
Puji-pujian bagi Mu ya Tuhan. Terima kasih pada sifu kami yang mengajarkan teknik-teknik memperbaiki hubungan sesama manusia melalui bisnes. Kalau tak buat bisnes, mungkin kami tak terfikir pun belajar ilmu yang simple, tapi bermakna ni.
Wallahu a'lam.
Zulkifli
Damansara Heights
9 Jun 2011
7 Rejab 1432
Assalam,
Sangat besar hikmah senyuman ye en zul,walaupun tak depan mata tapi hakikatnya terasa.
Wslm Pn. Haimie… Memang benar kata Nabi.. Senyum tu adalah sedekah… senyuman tu boleh bagi sentuhan positif kepada orang sekeliling kita. Wallahu a’lam.
Saya tau berkenaan senyum.tp tak tau pasal sebut nama..
InsyaAllah..akan saya praktikkan..
Bagus di praktikkan tu Pn. Norule, tapi kena hati-hati kalau different gender. Kalau perempuan panggil lelaki, pastikan letak perkataan “Encik” atau bersesuaian di depan. Begitulah juga sebaliknya. Kalau sebut namanya sahaja, takut timbul fitnah… 🙂
terbaik..secara psikologinya..orang suka namanya disebut..rasa lebih dihargai
🙂