MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Mencari Damai Di Taman Syurga

October 29, 2008

Mosque
Encik baru ke kat sini?

Err, saya biasa solat kat surau apartment jer. Hari ni rasa nak naik ke masjid pulak.

Ooo…

Antara perbualan saya dengan Zani, kenalan baru dari Apartment Lestari. Kami berkenalan ketika menjamah jamuan lepas kuliah dan solat isyak di Masjid Damansara Damai pada malam itu.

Memang jarang sekali saya ke masjid ketika itu. Pertama kerana masa. Kedua, nak hidupkan surau supaya rakan-rakan se-apartment yang tak sempat ke masjid boleh berjemaah di surau saja. Kerana 2, 3 orang saja yang boleh jadi imam di surau itu. Ketiganya kerana ada isu di masjid yang menyebabkan saya dan ramai ahli kariah tak berminat untuk ke masjid – sebelum PRU-12. Jadi, saya lebih selesa ke surau sahaja.

Ubah Diri Sebelum 40 Tahun

Tengok pada wajahnya, Zani mungkin berumur akhir 30-an. Malam itu, excited sungguh Zani kongsikan tentang tabiatnya ke masjid.

“Saya kan En. Zul, alhamdulillah, RASA tak selesa sungguh kalau tak ke masjid. Kat rumah rasa tak senang duduk kalau tak dapat berjemaah di masjid. Kalau isteri ajak keluar pun, seboleh-bolehnya kami akan keluar lepas solat isyak sebab rugi rasanya tinggalkan kuliah maghrib di masjid.”

“Alhamdulillah. Syukur benar. Allah pilih saya lekat dengan masjid sekarang ni. Ustaz kata, kalau umur 40 masih tak lekat dengan masjid, memang payah dah nak berubah.”

“Masjid kita pun dah ok sekarang ni. Lepas pilihanraya hari tu, alhamdulillah. Masjid kita makin ramai jemaah. Tiap-tiap hari hidup dengan kuliah maghrib.”

Beruntungnya Si Kaki Masjid

Saya dengar saja apa yang diperkatakan Zani sambil tersenyum kerana terharu, dan tumpang gembira atas ‘hidayah’ Tuhan pada Zani. Dari percakapannya, saya tahu Zani sangat ikhlas berkongsi apa yang dia rasa. Bukan ingin berbangga, tapi dia berkongsi untuk manfaat bersama.

Dapat solat berjemaah di masjid memang nikmat yang sangat besar, di hadiahkan Tuhan kepada sesiapa yang Dia mahu. Ditambah pula dengan mengikuti majlis-majlis ilmu (zikrullah). Dah la jadi tetamu Allah, kemudian Allah menyebut-menyebut nama-nama mereka yang hadir (ke majlis ilmu) itu kepada para malaikat yang berada di arasy-Nya. Oh, sungguh istimewanya mereka…

Bukan ramai orang yang ‘mampu’ ke masjid, walaupun masjid atau surau taklah jauh mana. Beruntungnya Zani dan orang seperti Zani itu. Kuat benar pergantungannya kepada Tuhan. Hatinya selalu tenang dan damai setelah lekat dengan masjid. Fikirannya lapang, mungkin selapang ruangan solat Masjid Damansara Damai agaknya. Hidupnya dirasakan semakin bahagia. Bila ada masalah, ada saja jalan keluar yang ditunjukkan Tuhan padanya.

Dekat Pada Tuhan, Ertinya Dekat Pada Bahagia

Itulah yang boleh saya simpulkan dari perkongsian Zani sekitar 20 minit itu. Tabiatnya yang selalu ke masjid, dan selalu mengikuti kuliah-kuliah di masjid banyak menambah bahagia dalam hidupnya. Beruntungnya kalau saya juga dapat menjadi seperti dia. Isteri dan anak-anaknya pasti beruntung dapat ketua keluarga yang sebegitu baik, dan patut dicontohi itu.

Dalam perbualan ringkas itu, sempat juga beberapa amalan, serta nasihat para ustaz dikongsikan kepada saya untuk diamalkan. Mungkin dia benar-benar ambil catatan setiap apa yang disampaikan ustaz di masjid.

Dengan rendah diri, dia mengaku dia bukanlah orang mengaji agama. Jadi, dengan kuliah-kuliah di masjid itulah tempat dia mencari ilmu agama untuk bekalan.

Antara Orang Beragama dan Orang Mengaji Agama

Saya terharu. Dalam hati, saya memanjatkan rasa syukur atas hidayah Tuhan pada Zani. Walaupun beliau bukan orang mengaji agama, tapi pada saya dia adalah orang beragama (beriman). Memang, saya lebih respek orang beragama seperti itu berbanding orang yang cuma mengaji agama.

Bila lihat pada Zani, terasa kekurangan pada diri. Komitmen saya kepada masjid tidak sekuat Zani walhal saya orang ‘mengaji’. Mudah-mudahan, saya juga dapat jadi ‘kaki masjid’ seperti Zani. Walaupun tak banyak, dapat berjemaah di masjid atau surau sekali sehari pun jadilah buat permulaan.

Membuang Rasa Liat Untuk Ke Masjid

Saya tahu, bukan mudah nak didik diri ke masjid. Bukan mudah nak buang perangai liat untuk ke masjid. RASA terlalu sibuk selalu jadi penghalang. Quran pun sama. Quran tak sempat di baca, juga kerana RASA sibuk.

Bila difikirkan, rupa-rupanya sibuk itu bukan benar-benar sibuk, tetapi cuma RASA sibuk. Kalau hati dah lekat dengan masjid, kat mana-mana pun ada masjid kalau NAK solat berjemaah. Quran pun bukan lama kalau NAK dibaca. Baca news paper, internet dan blog lebih lama dari membaca Quran. Tengok TV dan berita pun lagi lama dari tengok Quran.

Ubahlah Diri, Moga Tuhan Ubahkan Nasib

Memang benarlah, nak jadi baik ni memang pilihan Tuhan. Kita usaha, tapi Tuhan yang pilih. Kalau tak ada azam, dan tak ada usaha, macam mana Tuhan nak dipilih? Bila ada iman macam Zani tu, nak buat yang baik semuanya jadi mudah (insyaAllah). Ia nikmat Tuhan yang tak ternilai harganya.

Jadi, selalulah minta dipelihara iman kita. Dalam setiap kali solat memang kita sentiasa minta Tuhan tunjukkan jalan sebagaimana golongan yang diberi nikmat (iman) [Al-Faatihah 1: 7], tapi malangnya kita selalu tak sedar, apa yang kita ‘cakap’ pada Tuhan ketika solat.

Oh, iman, terlalu tinggi nilainya. Tiada nikmat yang lebih tinggi di dunia dari nikmat iman dan Islam.

Wallahu ‘alam.

Zulkifli
Damansara Heights
19 Ogos 2008

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >