Syukur kepada Allah, saya diingatkan dan dibantu oleh sahabat-sahabat AJK PASTI serta guru-guru yang proaktif. Terima kasih tak terhingga kepada semua guru, dan jawatankuasa yang menjayakannya. Semoga komitmen kalian dinilai oleh Allah sebagai amal yang soleh, insyaAllah.
Foto di bawah saya uploadkan sekadar mengarkibkan ‘dairi’ aktiviti saya untuk tatapan sahabat.


Kami keluar dari Zoo jam 1.00 tgh. Saya ada temu janji dengan peguam untuk tanda tangani loan agreement (pembelian rumah) di Bandar Baru Ampang jam 3.00 ptg. Kerana tak larat dan kepala rasa berdenyut disebabkan kepanasan, saya singgah di satu Petronas di kawasan Ampang. Solat zohor, dan tidur di surau. Tersedar jam 2.30tgh dan terus ke pejabat peguam.
Hari tu betul-betul penat, dan sakit kepala sampai ke malam. Muka rasa macam dah ‘terbakar’ jer. Hari-hari kerja dalam air-cond, tetiba berjemur, memang tak tahan.
Apapun syukur, satu lagi aktiviti PASTI kami dapat dijayakan. Alhamdulillah…
Zulkifli
{ 0 comments… add one now }