Majlis Ihtifal PASTI An-Nur 2008, program terakhir yang dijadualkan sejak awal tahun berjaya dilaksanakan pada 8 November 2008. Majlis ini adalah untuk meraikan semua pelajar untuk tahun 2008.


Persembahan nasyid oleh pelajar PASTI An-Nur



Jamuan selepas majlis.
Apabila memikirkan di mana Aisyah mahu disekolahkan (tadika) beberapa tahun lalu, saya mencari-cari di manakah PASTI terdekat kerana tak ada PASTI di Damansara Damai ketika itu.
Alhamdulillah… syukur kepada Allah, akhirnya PASTI yang saya cari-cari itu akhirnya dapat diwujudkan oleh pemuda Damansara Damai, dengan sokongan ahli kariah. PASTI An-Nur dapat beroperasi dengan baik semenjak bermulanya operasi pada Januari 2008. Sebagai Pengurus, komitmen sahabat pemuda yang menjadi tulang belakang kepada PASTI amat saya hargai. Moga Allah merahmati mereka semua.
Zulkifli
Damansara Heights
22 November 2008
Hmmm. Tak sangka lak Us Ridhuan Ismail tu jadi Ketua Pemuda Subang. Ni orang Setiu nih. Kirim salam kat dia Zul.
Assalamualaikum.
InsyaAllah ya akhi…