MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

4 Cara Semak Kredibiliti Dealer Sebelum Urusniaga

November 16, 2012

Check Dealer

Semak kredibiliti dealer sebelum buat apa-apa urusniaga. Kalau tak yakin dengan kejujuran dealer, better jangan deal dengan dia. Itu antara tips penting bila nak berjual beli emas. Memang kita kena berhati-hati berjual beli emas sebab amaunnya sangat besar, tapi sampai satu tahap, kita mesti percaya kepada dealer bila berurusniaga.

Dalam dua (2) tahun jadi dealer emas Public Gold, saya paling suka bila pembeli buat bayaran terus kepada Public Gold dan ambil sendiri stok di cawangan Public Gold terdekat. Saya cuma bagi consultation apa yang patut, tolong placekan order dan tolong follow-up bagi pihak pembeli bagi urusan bayaran dan pengambilan stok dengan Public Gold.

Tapi dalam beberapa situasi, pembeli perlu bagi kepercayaan sepenuhnya kepada dealer kalau nak urusniaga tu jadi lebih mudah, terutamanya dalam situasi:

Situasi #1 – Pembeli Tak Dapat Collect di Branch Public Gold

Dalam situasi ni, dealer terpaksa bantu pembeli ambik emas tu di office Public Gold dan hantar terus kepada pembeli. Dealer terpaksa tanggung risiko besar bawa emas tu, dan komisyen yang dia dapat langsung tak berbaloi kalau berlaku apa-apa pertengahan jalan! Ia lagi sulit kalau pembeli tetap nak beli cara “cash-on-delivery” (COD), apatah lagi bila amaunnya besar, sedangkan dealer dah kehabisan stok untuk advancekan dulu.

Pada situasi ni, pembeli kena percayakan dealer kalau nak urusan jadi lebih mudah. Dealer bantu pembeli jimat masa dan memudahkan urusan pembelian, pembeli bagi kepercayaan kepada dealer untuk uruskan semuanya. Buat bayaran dulu, dan tunggu dealer uruskan semuanya hingga barang tu sampai. Semua pihak jadi mudah. Win-win…

Situasi #2 – Urusniaga Belasan & Puluhan Ribu Ringgit

10 dinar emas public goldKekadang, dealer memang ada stok tapi bila urusniaga melibatkan berbelas bahkan puluhan ribu ringgit, sangat tak praktikal kalau nak berurusniaga secara “hand-by-hand”. Kita hulur duit, dealer hulur emas. Cuba bayangkan, berapa lama dealer perlukan masa untuk kira satu persatu kepingan duit kertas kalau jumlahnya sampai lima(5) angka?

Contohnya, pembeli beli 3 keping syiling 10 Dinar Public Gold yang nilainya RM22,100 (harga pada 16 November 2012, 4.35 petang). Bayangkan dealer terpaksa kira satu-persatu duit kertas RM50 sebanyak 442 keping! Dan kalau kira duit, saya biasanya akan kira sebanyak dua (2) kali untuk pastikan kiraaan tu betul! So, kalau pembeli insist nak beli cara “hand-by-hand”, memang teruk la dealer. Lagi teruk kalau berurusniaga di tempat public. Dealer mesti risau takut ada mata-mata liar yang memandang!

Kalau amaun besar macam tu, saya syorkan pembeli transfer duit ke akaun dealer, dan dealer akan uruskan emas tu hingga sampai ke tangan pembeli. Dealer permudahkan pembeli, pembeli permudahkan dealer.

Kepercayaan Pembeli, Urusniaga Lebih Mudah

Sepanjang berurusan jual beli emas, saya jumpa macam-macam jenis customer. Ada yang memberikan kepercayaan 200% kepada saya walaupun tak pernah bersua-muka! Adayang bank-in jumlahnya puluhan ribu ringgit ke akaun saya walaupun tak pernah berjumpa, dan saya uruskan semuanya hingga emas tu sampai ke tangan mereka. Ada yang suruh saya simpankan dulu pun ada, tapi saya tak selesa pegang harta orang lain kalau duitnya telahpun di bayar. Saya akan hantarkan secepat mungkin!

Ada yang berurusniaga dengan penuh ragu-ragu… Nak tengok saya sampai depan mata dengan barangnya sekali, baru nak hulur duit. Kalau amaun tu berbelas dan berpuluh ribu, memang jenuh la saya mengira duit tu… Memang urusannya sangat menyusahkan…

4 Cara Semak Kredibiliti Dealer

Jadi, kalau nak urusniaga memudahkan semua pihak, saya syorkan pembeli emas cek dulu latarbelakang dealer. Di sini saya bagi tips untuk semak kredibiliti dealer:

Cara #1: Carian Di Google

Cuba tanya En. Google (www.google.com), dia kenal tak dealer tu. Kalau anda buat carian di google menggunakan samada nama “Mohd Zulkifli Shafie”, atau email “ibnushafie@gmail.com”, atau no. telefon “019-3368009”, sahabat semua boleh tahu 1001 perkara tentang saya. Anda tahu latarbelakang saya, keluarga saya, aktiviti saya, cara saya berfikir dan 1001 perkara tentang saya. Tak ada selindung-selindung. Hingga seorang customer saya tegur kenapa saya terlalu terbuka tentang diri saya di blog, “bahaya” katanya.

carian nama dealer emas public gold di google

carian no telefon dealer emas public gold di google

Google ibarat “business card”. Anda mungkin boleh kenal seseorang tu hanya dengan carian di Google.

Bahkan, kalau orang nak komen tentang saya, dia boleh komen directly ke blog saya tanpa sebarang tapisan atau moderation. Sepanjang menulis blog dari tahun 2008, belum pernah satu komen pun saya delete atau sekat melainkan comment berbentuk spamming. Tak kira komen tu positif atau negatif, saya biarkan jer dan jawab seadanya. Tak ada selindung-selindung.

Bila 1001 perkara orang tahu tentang saya, maksudnya saya dah pun tutup peluang untuk menipu sesiapa sahaja. Langsung tak ada peluang sebab kalau ianya berlaku, ia seolah-oleh membunuh diri, keluarga dan masa depan saya sendiri.

Cara #2: Carian Di Facebook

Cuba masuk facebook (www.facebook.com), dan buat carian menggunakan nama dealer tu atau emailnya. Kalau anda nak cari saya di facebook, search “Mohd Zulkifli Shafie” atau “ibnushafie@gmail.com” dan boleh semak profile saya.

Antara identiti yang boleh meyakinkan anda bila semak profile facebook sesiapa sahaja ialah:

  • Menggunakan nama sebenar
  • Menggunakan profile picture sebenar
  • Friends yang ramai
  • Mempunyai relationship di facebook – isteri, adik beradik, sepupu-sepapat
  • Wall postnya aktif dengan posting yang tulen
  • Berkomunikasi secara aktif dengan friends

carian dealer emas public gold di facebook

Kalau anda jadi friend saya di facebook, lagi sekali, 1001 perkara yang anda boleh tahu tentang saya dan keluarga saya. Pendek kata, kalau nak buat onar, saya memang tak boleh lari. ‘Nama’ dan ‘kredibiliti’ saya adalah aset terbesar kami sekeluarga. Ia bukan boleh ditukarganti dengan jutaan ringgit sekalipun! Duit jutaan ringgit boleh dicari, tapi ‘nama’, ‘maruah’ dan ‘kredibiliti’ tak boleh dijual beli.

Cara #3: Semak Dengan Syarikat

Bukan semua authorised dealer boleh dipercayai sebab memang ada kes authorised dealer juga menipu customer puluhan ribu ringgit. Sebab tu pentingnya semak status dealership dia dulu kalau anda nak lebih yakin.

Public Gold Melancong Cape Town South Africa 2013

Pengiktirafan oleh Public Gold sebegini salah satu petanda mereka adalah dealer berkredibiliti.

Anda boleh mintak no. kod dealer dia, dan call Public Gold. Kalau anda nak semak status dealership saya, anda boleh call direct Public Gold Sunway 03-56348999, cawangan yang saya selalu berurusan. Sebut sahaja nama “Mohd Zulkifli Shafie” atau kod dealership saya “PG002369” dan dengar feedback daripada staff Public Gold. InsyaAllah, mereka kenal saya, dan saya pun kenal mereka. Bahkan staff Public Gold Sunway pun baca blog saya ni, kata mereka… (“,)

carian dealer emas public gold di website rasmi

Hasil carian di website rasmi Public Gold.

Cara #4: Kenalpasti Identiti Dealer

Bila anda buat carian, cuba semak pekerjaan dealer tu. Kat mana dia bekerja, syarikat apa, jawatan apa dan apa no. telefon pejabatnya. Mempunyai pekerjaan yang tetap salah satu ciri seseorang itu boleh dipercayai. Kalau dia memang kaki penipu, memang lama dah majikan akan tendang keluar!… (“,)

Dan sila hati-hati kalau seseorang tu ada banyak no. telefon dan menggunakan banyak profile di facebook. Mungkin ada sesuatu yang dicuba selindungkan. Untuk makluman sahabat semua, saya sendiri pun pernah kena tipu dalam urusniaga emas dengan seorang “Authorised Dealer” Public Gold. Duit dah dibayar, tapi emas tak dapat-dapat hingga ke hari ini. Penjual tu pun dah ghaib!

Kesilapan Saya Dalam Urusniaga

Kesilapan saya, semua ciri-ciri yang saya senaraikan tu saya tak cek pun sebab saya pernah berurusniaga SEKALI dengan dia secara “cash-on-delivery” dan dia tinggal di Damansara Damai, iaitu kawasan kediaman saya. Dan saya tersilap orang, saya ingatkan dia kaki masjid, rupa-rupanya orang yang saya selalu nampak di masjid tu orang lain, bukan si penipu tu! Tapi nak buat macam mana, sebab memang dah bukan rezeki saya. Saya tulis ni supaya sahabat semua beringat-ingat bila berurusniaga. Cek kredibiliti dealer sebelum buat urusniaga.

Walaupun memang kita kena berhati-hati, tapi jangan sampai ia menyulitkan urusniaga. Kalau dah cek latarbelakang dealer tu betul-betul, bertawakkallah kepada Allah. Tapi kalau anda tak yakin dengan mana-mana dealer, cara terbaik ialah mintak mana-mana dealer placekan order dulu, dan anda buat bayaran dan ambik direct emas daripada Public Gold. Itu paling selamat. Kesilapan saya dulu ialah tak cek latarbelakang betul-betul sebelum berurusniaga. Memang itu harga yang perlu saya bayar untuk dapat sebuah pelajaran baru. Dan pelajaran tu saya telahpun kongsikan di sini untuk manfaat semua sahabat pembaca… InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
16 November 2012
2 Muharram 1434

Artikel berkaitan:

(Kredit foto :  hardcorehockey, )

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >