MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Beli Kereta Mewah, Orang Lain Tolong Bayarkan

February 16, 2017

Kereta hanyalah kereta. Ia hanyalah alat untuk bergerak dari point A ke point B sahaja. Itu asas kenapa kita perlukan kereta.

Tapi ada orang perlukan kereta lebih daripada itu; termasuk untuk perjalanan jauh yang lebih kerap, untuk tingkatkan reputasi bisnes dan sebagainya. Maka dia perlukan kereta yang lebih baik - lebih mahal.

Apa yang menarik, saya jumpa banyak kes, ramai yang pakai kereta mewah itu sebenarnya bukan mereka yang bayar, tetapi orang lain `tolong bayarkan´.

Beli Kereta, Orang Lain Bayarkan

Bagi mereka yang berkerja di syarikat koprat sebagai contohnya, mereka dapat “Car Ownership Scheme”.

Walaupun mereka pakai kereta mewah yang harganya ratusan ribu, tapi mereka hanya bayar harga kereta jenama Perodua sahaja yang harganya beberapa puluh ribu sahaja.

Selebihnya ditanggung oleh syarikat, termasuk kos “maintenance” sekali.

Bagi pemilik bisnes yang besar, mereka beli kereta untuk pengurangan cukai.

Kekadang kos pembelian kereta itu dimasukkan sekali dalam kos sesuatu projek supaya jumlah cukai yang perlu dibayar dapat dikurangkan.

Pernah ada seorang jutawan jumpa saya (untuk minta nasihat tentang pelaburan emas), dia memiliki berbelas-belas buah kereta mewah, tapi kebanyakkan kereta itu tak digunakan langsung!

Hari-hari dihidupkan untuk panaskan enjin sahaja!

Jangan Give-up Dengan Impian

Saya tanya dia, kenapa beli kereta banyak-banyak tapi tak digunakan? Jawabnya untuk pengurangan cukai.

Jadi kalau ada cita-cita pakai kereta yang lebih baik, letakkan ia sebagai salah satu impian tetapi belilah secara bijak. Jangan beli dengan duit gaji yang menyebabkan kita `sesak nafas´membayarnya.

Robert T. Kiyosaki dalam buku tulisannya mengalakkan kita bina impian dan tingkatkan kemampuan untuk menggapai impian tersebut.

Kalau ada impian pakai kereta lebih baik contohnya, teruskan. Jangan hadkan impian itu dan mengatakan “aku tak mampu”.

Sebaliknya fikir bagaimana kita mampu menggapai impian itu.

Beli Hartanah, Percuma Kereta

Walaupun kereta itu liabiliti (beban) yang membocorkan kekayaan kita, tetapi kita boleh dapatkan secara PERCUMA. Ya, percuma.

Caranya, biar orang lain yang bayarkan kereta kita itu.

Kaedah yang selalu dibuat oleh orang kebanyakkan ialah beli hartanah yang boleh menjana aliran tunai positif. Hasil aliran tunai positif itu kita gunakan untuk beli kereta idaman tersebut.

Hartanah itu akhirnya jadi milik kita sebab kos ansuran bank dibayar menggunakan hasil sewaan, dan kita dapat kereta itu seolah-olah secara percuma sebab ia dibayar dengan lebihan dari hasil sewaan tersebut.

Kerja Sebulan, Makan Sebulan?

Perbelanjaan begitu bagi saya memang sepatutnya dibayar dengan PASSIVE INCOME, bukan dengan HARD-EARNED INCOME.

Selagi pendapatan kita masih lagi level "kerja sebulan makan sebulan", itu belum waktunya untuk hidup bermewah-mewah. Fokus tambahkan simpanan, tutup hutang sedia ada, dan kumpul harta dulu.

Supaya kalau tiba-tiba musibah terjadi yang membuatkan kita hilang kemampuan untuk bekerja, kita tak akan hilang segalanya.

Nak beli kereta mewah tak ada masalah. Tapi belilah dengan bijak. Biarlah kita beli kereta, tetapi orang lain yang tolong bayarkan!

Allahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Damai
16 Februari 2017
20 Jamadil Awwal 1438H

“Orang kaya bina kekayaan dulu sebelum beli barang mewah. Sebaliknya orang kebanyakkan beli barang mewah dulu sebelum bina kekayaan. Bukan salah beli barang mewah, tapi cara mendapatkan barang itu yang membezakannya” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 25 Disember 2022

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Dlm bisnes sy,belum sampai lagi tahap kereta sy kompeni yg bayarkan.
    mungkin satu hari..
    tetapi bil HP,bil Unifi,bil elektrik dan air di rumah kompeni yg bayar.

  • Selain daripada minta orang bayarkan melalui ‘hartanah’ ada juga yang membeli secara ‘cash’. Apa pun, beli kereta yang dibawah kemampuan adalah lebih baik.

    Sekadar pendapat saya 🙂

  • Selain daripada minta orang bayar dengan ‘hartanah’, ada juga yang membeli kereta secara ‘cash’. Kedua-duanya saya rasa adalah cara yang bijak 🙂

  • […] Sehingga sekarang, saya masih belum pakai kereta mewah walaupun kalau ikut cara orang lain, saya dah lama pakai kereta mewah. Padahal kalau saya nak beli kereta mewah, saya hanya perlu bayar separuh daripada harga kereta tu sebab Public Gold bersedia untuk bayar separuh lagi sebagai insentif kepada dealer Public Gold yang mempunyai prestasi bisnes yang bagus. Dan yang penting juga, saya tak membayarnya dengan hard-earned income, tetapi dengan passive income. Ia seolah-olah kita pakai kereta, tetapi orang lain tolong bayarkan! […]

  • Alhamdulillah saya beli cash tpi kete axia jelah pun,,,,,
    guna dividen n bonus Asb tahun lepas,,,
    tahun ni punya simpan dulu,,,

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >