MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kenapa Pakar Tak Sarankan Pelaburan ASB Financing?

October 20, 2023

Sudahlah dividen rendah. Lagi nak kena tanggung 'interest' pinjaman bank gara-gara buat ASB Financing. Bahkan tak nampak 'cahaya' ASB boleh bagi pulangan memberansangkan (sepertimana 15 - 20 tahun dulu) untuk beberapa tahun akan datang.

Bila ambil kira kesan inflasi dan risiko kejatahun ringgit, ASB Financing sangat merugikan. Yang confirm untung ialah bank yang berikan pinjaman.

More...

Itulah yang saya boleh simpulkan daripada pandangan Pakar Kewangan No. 1 Malaysia, Tuan Azizi Ali dalam posting beliau pada 2 Januari 2023, sebaik sahaja pengumuman dividen ASB dibuat.

Pandangan pakar lebih berhati-hati

Sebenarnya itu bukanlah kali pertama Tuan Azizi beritahu perkara tersebut. Tapi sudah berkali-kali.

Walaupun pandangan beliau (dan mana-mana pakar sekalipun) bukanlah sentiasa tepat. Tapi pandangan beliau sentiasa 'selamat' bagi kita (orang kebanyakan) yang tak banyak tahu pasal dunia kewangan dan pelaburan.

Jadi apa sahaja pandangan Tuan Azizi, saya sentiasa ambil perhatian.

Saya tak pakar. Tapi saya sentiasa rujuk nasihat pakar. 

Cara terbaik labur dalam ASB

ASB hanya sesuai untuk simpanan jangka pendek, atau untuk siapa yang tak tahu nak labur dekat manaDaripada melabur sana sini dengan risiko duit tu akan lebur (sebab tak ada ilmu), ASB jauh lebih baik. 

Labur dalam ASB secara tunai, bukan dengan buat pinjaman (financing).

Kata Tuan Azizi, tak ada mana-mana pakar kewangan yang sarankan buat pinjaman untuk pelaburan (termasuk ASB), kecuali melabur dalam hartanah.

Bahkan pada beliau, sesiapa yang sarankan buat pinjaman untuk melabur selain hartanah, itu adalah nasihat SONGSANG!

Bila pakar dah cakap macam tu, lebih baik jangan. Jangan cuba-cuba.

Jadi kaya tu penting. Tapi yang lebih penting ialah tak jatuh miskin!

Ingat prinsip ini... 

Kenapa saya tak prefer ASB

Bila tahu pasal emas sejak tahun 2010, saya secara peribadi dah lama tak anggap ASB (dan Tabung Haji) sebagai pelaburan yang baik untuk jangka panjang. 

Kalau tengok rekod sejarah 20 tahun pun, sudah jelas yang emas jauh lebih menguntungkan dalam jangka panjang. Harga emas naik secara purata 10% setahun untuk tempoh 20 tahun!

Harga emas di Malaysia naik 541% untuk tempoh 20 tahun! Purata tahunan, harga emas naik sekitar 10% setahun. Jauh lebih berbaloi dari ASB (dan Tabung Haji).

Selain keuntunganya lebih baik, tentunya, NILAI emas jauh lebih kukuh berbanding biarkan duit dalam ASB. 

Kuasa beli emas sejak 1400 tahun dulu

Zaman Nabi s.a.w. 1400 dulu, 1 dinar (emas 999, berat 4.25 gram) boleh beli seekor kambing. Sampai sekarang pun masih boleh beli seekor kambing.

Bila kita simpan emas, kita tak perlu takut risiko inflasi, atau risiko kejatuhan ringgit. Bahkan kalau berlaku peperangan sekalipun, nilai emas tak tak terjejas.

Selagi emas ada di tangan kita, kekayaan kita selamat, insyaAllah.

Selain sebagai penyimpan nilai, saya anggap emas sebagai benteng terakhir kewangan kami sekeluarga. 

Zulkifli
Cyberjaya
20 Oktober 2023
5 Rabiul Akhir 1445H

#TipSimpananEmas #EmasvsASB

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>