MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

Pelaburan Terbaik Sebenarnya Tidak Wujud

December 8, 2015

Kalau orang tanya saya, adakah emas lebih baik dari ASB dan pelaburan yang lain? Maka jawab saya, tak ada pelaburan yang sempurna. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Tak kiralah samada ASB, Tabung Haji, ASB, unit trust, saham, emas, perak, ataupun hartanah. Kesemua instrumen pelaburan tersebut hanyalah alat kewangan. Yang mana yang terbaik, ia bergantung kepada apa yang kita nak sebenarnya.

Tukul besi tak semestinya lebih baik dari gergaji. Gergaji tak semestinya lebih baik dari pahat. Pahat tak semestinya lebih baik dari tukul besi. Itu bergantung apa yang kita nak.

Fahami Setiap Jenis Pelaburan

Kalau nak pendapatan tahunan yang konsisten dan lebih terjamin, maka ASB dan Tabung Haji lebih baik. Boleh dapat dividen setiap hujung tahun.

Kalau nak pastikan nilai simpanan bertahan dalam jangka panjang, EMAS lebih baik sebab bebas dari risiko inflasi, penyusutan ringgit, dan ketidaktentuan ekonomi dan politik.

Kalau nak elak duit simpanan sentiasa bocor, EMAS lebih baik sebab emas memberikan kesan emosi kepada penyimpannya. Ketagih membeli tetapi sayang nak jual.

Kalau nak gandakan kekayaan menggunakan duit bank (pinjaman), HARTANAH lebih baik. Pinjaman bank tak akan membebankan kita sebab hartanah agak stabil dalam jangka panjang.

Kalau nak pendapatan bulanan berterusan dari pelaburan seperti duit pencen, maka HARTANAH lebih baik sebab boleh dapat hasil sewaan setiap bulan.

Dan begitulah seterusnya dengan pelaburan-pelaburan yang lain.

Hati-hati Dengan Penasihat Kewangan

Jadi kalau nak melabur, jangan tanya ‘penasihat kewangan’ apa pelaburan terbaik sebab kebanyakkan ‘penasihat kewangan’ hanyalah salesman produk pelaburan. Komen mereka terhadap sesuatu pelaburan mungkin berat sebelah. Jadi kita mesti menilai dari sudut ilmu.

Walaupun begitu, nasihat dari salesman pelaburan itu penting sebelum kita melabur sebab mereka lebih tahu tentang produk yang mereka jual. Tetapi keputusan akhir mesti dinilai semula mengikut matlamat kewangan kita sendiri.

Akhir sekali, walauapapun instrumen pelaburan, ia tetap berbalik kepada perkara paling asas iaitu mesti disiplinkan diri menyimpan wang setiap bulan. Tanpa tabiat menyimpan, apa jenis pelaburan pun tak akan membuatkan kita kaya…

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
8 Disember 2015
26 Safar 1437H

[Kredit foto : pwocn.silkstart]

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 6,500 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia).

  • Betul..ilmu yang penting dan depend pada pelabur juga..jika memang risk tolerance memang rendah, lebih baik simpan di dalam instrumen yang selamat mcm ASB dan Tabung haji..bagi pelabur yang high risk tolerance, saham bagi mereka mungkin kurang berisiko jika yang berilmu, bukan yang hanya dengar tips atau suggestion orang lain tanpa mengkaji sesuatu saham tertentu..Contoh orang biasa jika kita suruh memandu kereta F1 pasti bagi dia sgt berisiko tinggi tapi jika Michael Schumacher baginya lebih rendah risiko kerana dia sudah berpengalaman bertahun2 dan ada ilmu memandu kereta F1..Tentang “penasihat kewangan”, carilah yang bukan agent atau salesman pelaburan tertentu, carilah yang boleh membantu anda access untuk semua jenis instrumen pelaburan..barulah kurang sedikit berat sebelahnya..

  • Apa2 sahaja yang kita nak buat mestilah berguru dgn orang yg lebih berpengalaman dan menuntut ilmu terlebih dahulu..takot2 jadi lalang (suka ikut orang) dan jika kita buat sst tanpa ilmu amatlah mudah untuk ditipu..

    Info yang bermanfaat dari Abang Zul utk golongan muda macam saya 🙂

  • Salam tuan, blh bg pendapatan ttg simpanan emas di KFH . Sy pilih sbb mudah utk beli dan monitor ( online kfh ) . Alhamdulillah so far 3 thn konsisten beli setiap bulan. Mohon pendapat .

  • Benjamin Franklin quoted “An investment in knowledge pays the best interest.”
    Saya setuju sangat melabur dalam ilmu pengetahuan la yang terbaik. Terbaik di dunia, terbaik di akhirat.

  • kalau saya nk beli emas pg,saya kena p penang sbb cawangan terdekat dgn saya…mcm tak berbaloi je masa n kos minyak,toll,jambatan pergi dan balik..ke ada pilihan lain..saya lebih suka emas fizsikal berbanding gap sbb kwsn saya teramat sukar untuk dpt liputan internet…

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >