Masa di kaunter, dapat brosur makluman iaitu urusan pengeluaran, simpanan, cek baki, transfer baki boleh dibuat di mana-mana kaunter Bank Islam menggunakan BUKU.
Selama ni, tak tahu pun pasal kemudahan baru ni. Ingatkan urusan LTH hanya boleh dibuat di mesin ATM Bank Islam. Rupa-rupanya, buat urusan di kaunter guna buku akaun LTH pun boleh. Yang bestnya, ia free of charge!
Wah, mudah lah lepas ni. Alhamdulillah. Ibupejabat baru Bank Islam cuma selang satu bangunan jer dari pejabat saya – Damansara Heights. Tak payah lagi terkejar-kejar ke Maju Junction.