MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bila Emas Makin Mahal… Orang Kaya Makin Berebut Nak Simpan! Kenapa?

March 22, 2026

Nilai sebuah rumah hanya di tapak tangan!

Dulu saya fikir, bila harga emas makin mahal, makin orang tak minat beli emas. 

Sebab dah mahal...

Tapi rupa-rupanya tidak...

Makin mahal harganya, makin menarik minat golongan kaya untuk memilikinya.

Kenapa?

More...

Nilai rumah dalam genggaman

Sebab... Bila makin mahal, kita boleh simpan nilai kekayaan lebih besar, pada item yang lebih kecil. 

Orang kaya bukan tengok “harga mahal atau murah”...

Tapi mereka tengok fungsi emas sebagai penyimpan nilai (store of value).

👉🏻 Nilai lebih besar, item lebih kecil. 

👉🏻 Item kecil, nilainya besar. 

Bayangkan nilai lebih RM600k hari ni, kita cuma dapat 1 kilogram emas. 

Dan 1 kilogram emas tu... boleh pegang dengan satu tangan saja!

Itu baru kita sedar... Nilai sebuah rumah... boleh simpan dalam genggaman.

Kelemahan aset lain 

Orang kaya, aset dia dah banyak... 

Rumah ada.
Tanah ada.
Bisnes ada.
Saham pun ada. 

Tapi semua aset tu ada kelemahan tersendiri... 

👉🏻 Tak boleh bawa ke mana-mana
👉🏻 Tak mudah disorokkan
👉🏻 Bergantung kepada sistem (bank, kerajaan, dokumen)

Berbeza dengas emas... 

Emas aset yang mudah di bawa... mudah 'disorokkan'... mudah diwariskan... dan tak terikat pada sesiapa. 

Freedom!...

Beza emas berbanding aset lain

1. Mudah di bawa (portable)

Emas mudah dibawa ke mana-mana.

Kalau berlaku krisis, perang, atau terpaksa berpindah... Emas tu kita boleh bawa sekali.

Tak perlu lori... Tak perlu dokumen keizinan dari sesiapa... 

2. Mudah disorokkan (privacy) 

Emas tak perlu diisytihar pada sesiapa.

Tak macam akaun bank. Tak macam hartanah.

Ia boleh disimpan secara peribadi, tanpa apa-apa rekod yang boleh dijejaki oleh sesiapa. 

3. Mudah dicairkan (liquid)

Emas di terima di mana-mana negara seluruh dunia, pada bila-bila masa saja. 

Bila perlukan duit, boleh tukar kepada cash dengan cepat. 

4. Mudah diwariskan (wealth transfer)

Kalau simpan emas fizikal, nak bagi kepada anak... sangat mudah.

Tak perlu dokumen pindah milik... Tak perlu tunggu proses faraid bertahun-tahun. Dan tak perlu bergaduh! 

5. Keluar dari sistem kewangan

Ini point paling penting berbanding aset yang lain. 

Bila simpan emas fizikal, kita sebenarnya keluarkan sebahagian kekayaan kita dari sistem kewangan.

Kalau sistem ada masalah?
Bank freeze?
Ekonomi tak stabil?
Politik bergolak?

Kita masih ada aset di tangan kita... Aset yang tak terikat pada sesiapa... 

Simpan nilai, bukan ketulan logam

Orang beli emas sebab nak simpan nilai. Bukan sebab nak ketulan logam yang besar. 

Emas jadi pilihan orang kaya sebab;

👉🏻 Nilainya padat
👉🏻 Mudah disimpan
👉🏻 Mudah dibawa
👉🏻 Mudah diuruskan

Kalau nak ketulan logam yang besar, lebih baik beli silver. Dengan nilai lebih RM600k hari ni, kita cuma dapat 1 kilogram emas.

Kalau silver, boleh dapat dekat 60 kilogram! 

#TipKayaDenganEmas

Zulkifli
Kuala Terengganu
22 Mac 2026
2 Syawal 1447H

Berdasarkan carta "Gold Silver Ratio", nisbah nilai emas dengan silver ialah 1:65. Maksudnya 1 kilogram emas boleh beli 65 kilogram silver.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}