Household Gold

by on October 5, 2009

Alhamdulillah, dah habis baca buku Household Gold tadi. Buku tulisan Dr. Steve Price dari US.


Hari tu (Hari Raya) start baca versi English, tapi bila go thru versi BM, rasa lebih cepat. So saya continue dengan BM.


Dan satu lagi, saya fikir, kalau nak cepat baca buku, tak payah highlight (Nota: antara tabiat saya bila membaca ialah menghighlight point2 penting). Just baca untuk dapatkan general idea. Kalau ada important point untuk disemak balik, baru saya kena buka balik buku dan highlight point-point tu.


Khazanah Tersembunyi Dalam Rumah


Household Gold menceritakan bagaimana barang-barang di rumah boleh membina aliran tunai – pendapatan – kepada kita. Bahkan pendapatannya lebih terjamin sebab semua orang pakai produk di rumah seperti segala jenis pencuci, toiletrist, kosmetik, vitamin dan suplemen makanan dan macam-macam lagi. Apa juga keadaan ekonomi, orang tetap pakai semua tu.


Contohnya berus dan ubat gigi. Walaupun gawat, orang terus pakai berus gigi bahkan mungkin lebih kerap memberus gigi – sebab nak pergi interview cari kerja baru. Jadi, orang yang ‘berniaga’ barang keperluan harian ini, akan terima pendapatan yang lebih terjamin.


Tragedi ‘Gold Rush’ Di San Francisco


Kisah teladan yang paling penting ialah tentang apa yang berlaku di San Francisco pada tahun 1850-an dulu. Apabila tersebar berita penemuan lombong emas yang baru, ramai orang tinggalkan pekerjaan mereka dan berhijrah ke sana. Tujuannya nak kaya dengan melombong emas.


Tapi hakikatnya, daripada 250,000 pelombong, cuma beberapa orang saja yang kaya hasil melombong emas. Ramai yang mati, kena penyakit, mendapat hasil yang sikit, habis duit di meja perjudian dan sebagainya.


Orang Kaya Hasil ‘Gold Rush’


Bila pencarian emas berakhir, rupa-rupanya ada seorang peniaga yang benar-benar kaya hasil daripada ‘tragedi’ pelombong emas bernama Sam Brannon. Yang mengejutkan, Sam Brannon bukan seorang pelombong, tetapi seorang peniaga yang membekalkan (menjual) barang keperluan harian kepada para pelombong emas!


Kisah ini menyimpulkan bahawa emas sebenar bukanlah apa yang dicari dari perut bumi, tapi apa yang ada di dalam rumah kita sendiri! Apa yang dicari diperut bumi belum tentu hasilnya, tapi yang pastinya, setiap orang perlu terus menggunakan barang keperluan harian walau apa pun keadaan.


Manfaatkan Idea Sam Brannon di Era IT


Jadi sekarang, penulis mencadangkan bagaimana memanfaatkan barang keperluan yang ada di rumah untuk mencipta satu lagi pendapatan kita disamping terus bekerja makan gaji seperti sekarang.


Kita tak perlu berniaga seperti Sam Brannon, tapi dunia moden ini memberi peluang kepada kita mendapat kekayaan seperti beliau dengan kaedah perniagaan yang diguna pakai di era IT sekarang. Bagaimana caranya? Oh, saya rasa tak sesuai untuk diterangkan secara terperinci diruang yang terhad ni. Perlu face-to-face.


Wallahu a’lam.


Zulkifli
Damansara Heights
29 September 2009

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: