MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Setelah Terpenjara, Saya Lebih Hargai Keamanan Dalam Negara

August 31, 2023

Kita tak begitu hargai keamanan yang ada sehinggalah nikmat keamanan itu Tuhan tarik balik daripada kita! 

Sejak 2 tahun terpenjara, saya semakin menghargai keamanan yang ada di negara kita. 2 tahun saya di dalam, saya ambil peluang mendengar pengalaman rakan-rakan yang pernah berada di negara bergolak... 

Ia sungguh perit!...

More...

Tidak seperti kita fikirkan

Peperangan yang berlaku di negara yang bergolak tidaklah membawa apa-apa kebaikan bahkan lebih banyak kemusnahan. 

Nak makan dan tinggal pun susah, jauh sekali nak didik masyarakat supaya rasa berTuhan dan beragama!

Apa sebenarnya terjadi sangat jauh dari apa yang digambarkan di media sosial dan di dalam berita. Ia lebih buruk daripada itu!

Kita fikir peperangan itu berlaku antara golongan mujahidin dengan golongan zalim, tapi hakikat sebenar kebanyakan pertempuran berlaku antara orang zalim sesama zalim tapi masing-masing berslogankan agama! 

Keliru... Susah kita nak kenal siapa yang betul-betul berada di atas landasan kebenaran! 

Keliru mana yang benar

Yang disangka itu mujahidin, tapi hakikatnya mereka jahil agama! Solat dan asas-asas agama pun nak kena diajarkan. Jauh sekali cerita membangunkan sebuah negara mengikut agama... 

Malangnya rakyat yang lemah dan tak bersalah tersepit di tengah-tengah...

Kebanyakan rakyat Malaysia yang pandai-pandai pergi campur tangan sebenarnya hanya menambahkan kerosakan apa yang sudah rosak di negara tersebut.

Itulah sebab sebahagian yang pergi ke sana akhir sekali menyesal nak pulang kembali ke Malaysia, dan sanggup hadapi risiko dipenjarakan!

Mereka tak sanggup tambah lagi kemusnahan yang sudah sedia musnah...

Hargai keamanan yang kita nikmati

Pengalaman Ustaz Zulqarnain GreenBird pernah berada dalam zon peperangan negara Islam yang bergolak sungguh menginsafkan saya. Supaya sayang kepada negara dan jagalah keamanan yang ada di negara kita sekarang. 

Kita sering lupa hargai nikmat yang ada sehinggalah nikmat itu Tuhan tarik balik daripada kita!

Selamat hari kemerdekaan yang ke-33! 

Zulkifli
Cyberjaya
31 Ogos 2023
15 Safar 1445H

#HariKemerdekaan2023 #TabahHadapiMusibah

Bersama Ustaz Zulqarnain Ghaz sebagai wakil bekas tahanan SOSMA dalam meeting sessi libat urus bersama YB Tuan Ramkarpal Singh, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang Dan Reformasi Institusi) berhubung Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) ("SOSMA") 2012. Kami komited bantu kerajaan untuk buat semakan undang-undang sekaligus berikan feedback bagaimana membendung aktiviti keganasan di Malaysia.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>