MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Di Saat Saya Tak Ada Apa-Apa, Dia Tak Pernah Tinggalkan Saya

Waktu susah, dia tak pernah tinggalkan saya... 

Sepanjang 2 tahun saya terpenjara, dia tak penah menyalahkan kesilapan saya; beri sedekah kemanusiaan RM200 yang jadi punca musibah terjadi dalam hidup kami sekeluarga.  

Dia sentiasa setia di sisi saya...

Sejak susah kali pertama. Dan susah berkali-kali, dia tetap bersama saya. Dia tetap pilih mencintai saya, walaupun ketika saya tak ada apa-apa! 

More...

Hikmah di sebalik musibah

Salah satu hikmah besar bila berlaku musibah, itulah masanya kita kenal siapa mereka yang berada di sekeliling kita.

Waktu senang, memang ramai yang akan bersama kita. Tapi bila susah, barulah kita kenal siapa mereka. 

Minggu lepas, saya ziarah rakan lama saya di universiti. Dia terlantar di hospital dah setahun!

Selain gaji dipotong separuh, dia berisiko kehilangan kerja bila-bila masa. Sungguh berat ujian yang menimpa dia.  

Apa yang boleh saya nasihatkan ialah sabar... Sabar banyak-banyak.

Kalau Nabi yang Tuhan sayang pun diuji dengan kesusahan yang silih berganti, siapalah kita manusia biasa.

Kalau kita rasa susah, kena ingat; Nabi s.a.w. yang Tuhan sayang pun diberi susah berkali-kali ganda berbanding kita!

Bila susah, cuba cari hikmah-hikmah yang Tuhan simpan untuk kita (di sebalik kesusahan)... 

Kenal orang sekeliling kita

Saya pesan pada dia, salah tahu hikmah besarnya ialah kita kenal siapa orang sekeliling kita.

Dan bila ujian susah tu berlalu nanti, kita tahu siapa orang yang kita patut jaga mereka sampai mati! InsyaAllah...

Dia bagitahu saya, dia mula rasa berdosa tanam niat nak tambah isteri... Waktu dia susah ni, bukan saja isteri dia terpaksa jaga anak dan tanggung nafkah keluarga, malah najis dia pun isteri tolong cucikan!

Bila susah ni, barulah kita lebih menghargai orang yang kita sayang, yang selama ni mungkin kita take for granted (ambil mudah).

Niat nak tambah isteri tak salah... Tak berdosa... Sebab itu memang fitrah lelaki...  

Malah setahu saya, tak ada lelaki di Syurga yang punyai satu isteri... Paling lekeh pun 2 isteri (bidadari)...

Malah lelaki yang mati syahid, dikurniakan sampai 72 isteri (bidadari)!  

Itu apa yang saya faham daripada hadis Nabi s.a.w. yang pernah saya baca. 

Lebih faham erti cinta dan kesetiaan 

Tapi persoalannya, adakah kita benar menghargai isteri kita yang dah terbukti menyayangi kita ketika kita tak ada apa? 

Dia benar-benar ikhlas mencintai kita. Bukan kerana harta kita.

Kalau hanya kerana harta, waktu kita tak ada apa-apa, itulah waktu terbaik dia tinggalkan kita!

Bila kita jatuh terduduk dan tak ada apa-apa, salah satu hikmah besar ialah kita kenal siapa isteri kita yang sebenar.

Maka pasanglah cita untuk bangkit semula dan berikan yang terbaik untuk mereka yang benar-benar mencintai kita ketika kita tak punya apa-apa...  

Sebaik saja saya bebas dari 2 tahun penjara, salah satu keputusan besar saya ialah saya serahkan 100% income dan harta saya kepada isteri.

Ya, 100%.

Ketika saya tak ada apa-apa pun dia boleh jaga harta saya dengan baik dan penuh amanah, inikan pula ketika saya bersama dia. 

Menghargai orang yang kita cintai

Saya pesan pada dia, nak belanja duit, belanjalah... Asalkan tak membazir.  

Kalau senang, kita senang sama-sama... Kalau susah, kita susah sama-sama... InsyaAllah.

Salah satu hikmah di sebalik musibah besar berlaku kepada saya ialah saya lebih menghargai dan mencintai isteri (serta anak-anak), lebih baik berbanding sebelumnya...

Ujian kesusahan tu menjadikan rumahtangga dan keluarga kami lebih baik...  

Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah... 

#TabahHadapiMusibah
#TipSuamiIsteri

Zulkifli
Cyberjaya
23 Mei 2026
6 Zulhijjah 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}