"Wah... Sedapnya Ayang masak (makanan) ni. Mana dapat bini yang pandai masak macam ni?"
Saya puji isteri melambung-lambung. Pujian dengan gurauan...
"Hmm... Belambak (wujudnya isteri yang macam ni)..."
Balas dia sambil tersenyum...
Hatinya berbunga-bunga barangkali...
More...
Isi tangki emosi dengan pujian
Apa yang kita suka (pasangan lakukan untuk kita), pujilah sebanyaknya.
Itu salah cara lahirkan tanda terima kasih atas setiap kebaikan yang pasangan berikan kepada kita.
Walaupun kecil, jangan ambil mudah. Tapi puji...
Pujian tu akan memenuhi tangki emosi sesiapa pun dan mendorong dia buat lagi dan lagi...
Lagi banyak kita berterima kasih, lagi banyak kita akan dapat apa yang kita suka dan harapkan...
Begitulah yang Tuhan ajarkan kepada kita.
Setiap nikmat yang Tuhan berikan kepada kita, pujilah Dia (walaupun Tuhan tak perlukan pujian kita pun).
Ucapkanlah "Alhamdulillah"... Segala pujian hanya bagi Allah...
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"."
Nak pupuk keserasian perlukan masa
Pasangan kita ialah pakaian kita.
Kita pilih pakaian yang kita suka (dengan mengahwini dia), dan kitalah yang mencorakkan dia ikut apa yang kita suka.
Supaya fit dengan kita. Dan selesa untuk kita...
Kena terima hakikat yang dia tak sempurna, dan kita pun tak sempurna. Tapi kita boleh alter (ubah) sikit demi sedikit sampai serasi dengan kita.
Setiap pasangan perlukan masa untuk serasikan diri antara satu sama lain.
Proses memupuk keserasian tu mungkin makan masa bertahun-tahun.
Banyak pasangan yang awal-awal perkahwinan banyak berselisih dan bergaduh. Sebab masing-masing belum faham dan belum serasi antara satu sama lain.
Komunikasi yang jelas dengan pasangan
Nak membentuk keserasian, beritahu sahaja apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka. Supaya masing-masing jelas dan tak tertanya-tanya.
Dan setiap kali dia buat apa yang kita suka, pujilah dia. Ucapkan ucapan "terima kasih".
Itu salah satu 'magic words' yang akan mendorong dia rasa suka untuk buat lagi dan lagi.
Sampai satu masa, dia sesuai dengan kita, dan kita pun sesuai untuk dia. Serasi... InsyaAllah...
Pasangan kita tak perlu sama macam pasangan orang lain. Tak perlu dibandingkan-bandingkan dengan pasangan orang lain.
Sebab setiap kita tak sama keinginannya.
Jangan bandingkan-bandingkan
Ada lelaki, macam mana pun dia nak isteri masakkan untuk dia. Masak masakan yang biasa-biasa pun tak apa. Asalkan isteri yang masakkan untuk dia.
Ada lelaki tak kisah... Isteri order (makanan dari) Grab hari-hari pun dia tak kisah.
Ataupun dia yang tolong masakkan untuk isteri dan ahli keluarga.
Dia happy masakkan untuk isteri dan anak-anak dia tiap-tiap hari.
Kita lebih faham pasangan kita. Tak perlu compare dengan pasangan orang lain.
Selera dan kesukaan setiap kita tak sama.
Samalah juga dengan isteri yang keluar bekerja.
Selera setiap orang tak sama
Ada lelaki tak kisah isteri dia pergi kerja, isteri yang maskulin dan terlalu berdikari. Dia boleh bertahan dengan isteri begitu dan hidup bahagia.
Ada lelaki nak isterinya hanya duduk di rumah dan melayan dia serta anak-anak dia sepenuh masa.
Dia balik kerja disambut isteri dengan hidangan secawan kopi, dengan keadaan rumah dan anak-anak yang terurus dengan baik; satu perkara yang sungguh membahagiakan dia.
Dia lebih bahagia dengan cara macam tu.
Setiap orang tak sama...
Kita yang kena mencorakkan rumahtangga kita ikut cara kita, ikut selera kita sendiri...
Kita yang kena sentiasa communicate dengan pasangan (tentang apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka).
Dan kena sentiasa belajar appreciate (menghargai) kebaikan pasangan, walaupun sekecil-kecil kebaikan yang dia buat untuk kita, untuk mendorong dia buat lagi dan lagi.
Rasa serba cukup dengan pasangan
InsyaAllah satu masa nanti, kita akan rasa serba cukup dengan pasangan kita.
Apa sahaja yang kita terpandang di luar sana, cepat-cepat kita rasa nak balik ke rumah, sebab di rumah kita lebih baik.
Mudah-mudahan Allah mencapakkan rasa; rumahtangga kita serba cukup dan Syurga buat kita. Amiin ya Rabbal Alamiin...
Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. terlihat seorang wanita, lalu Baginda pun segera pergi kepada isterinya, Zainab r.a., yang ketika itu sedang menyamak kulit.
Lalu Baginda bersama (bersetubuh) dengannya. Kemudian Baginda keluar menemui para sahabatnya dan bersabda:
“Sesungguhnya wanita itu datang dalam bentuk syaitan, dan pergi dalam bentuk syaitan. Maka apabila salah seorang daripada kamu melihat wanita (dan terdetik keinginan), hendaklah dia mendatangi isterinya. Itu akan menghilangkan apa yang dirasainya di dalam hatinya.”
Zulkifli
Mekah
24 Mei 2025
26 Zulkaedah 1446H
Artikel berkaitan:
- Bahagia Rumah Tangga Bila Saling Hormati Minat Masing-masing
- Promotelah Isteri Depan Anak-anak
- Maruah Lelaki Pada Bekerja Cukupkan Keperluan Untuk Keluarga
- Bahagia Bukan Tunggu Kaya, Tapi Syukuri Apa Yang Kita Ada
- Nikmati Bahagia Cara Kita, Jangan Sampai Medsos Menipu Kita
- Suami Isteri Berbeza Bukan Kekurangan, Tapi Saling Melengkapi
- Nilai Sejambak Bunga Buat Isteri

