MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Rugi Menabung Kalau Tak Sempat Merasa?

Bukan Rugi, Tapi Satu Berita Baik

Kalau menabung, tapi mati sebelum sempat bermewah-mewah (dengan tabungan yang kita ada), bukankah itu berita baik bagi orang yang beriman?

Tak ada sekelumit harta pun yang sia-sia.

Semua harta yang kita wariskan jadi pahala sedekah bagi kita.

Bukankah apa yang Tuhan sediakan untuk kita di Akhirat tu jauh lebih baik dari dunia? 

Rasulullah  bersabda:
“Demi Allah, tidaklah dunia dibanding akhirat melainkan seperti salah seorang kamu mencelup jarinya ke dalam laut, maka lihatlah berapa sangat air yang dibawa pada jarinya itu.”
- (Hadis Riwayat Muslim, no. 2858)

Tuntutan Meninggalkan Waris Dalam Keadaan Senang

Kemudian, Nabi s.a.w. ajar kita, tinggalkanlah ahli waris dalam keadaan senang (dengan harta yang kita wariskan) itu lebih baik berbanding tinggalkan mereka dalam keadaan susah.

More...

Risiko Umur Panjang Tapi Tiada Duit

Sebaliknya kalau umur panjang, sedangkan duit nak hidup pun tak ada, itulah yang sepatutnya kita risaukan.

Risau hidup susah dan menyusahkan orang lain, gara-gara ambil mudah perihal menabung ketika masih ada gaji. 

Daripada Sa‘ad bin Abi Waqqas r.a:

Nabi ﷺ datang menziarahiku ketika aku sakit di Mekah. (‘Amir, salah seorang perawi berkata: Sa‘ad tidak suka meninggal dunia di bumi yang telah beliau tinggalkan kerana hijrah.)

Baginda bersabda:

“Semoga Allah merahmati Ibn ‘Afra’ (Sa‘ad bin Khaulah).”

Aku berkata:

“Wahai Rasulullah, bolehkah aku wasiatkan seluruh hartaku (untuk sedekah)?”

Baginda bersabda:

“Tidak boleh.”

Aku bertanya:

“Kalau separuh?”

Baginda bersabda:

“Tidak boleh.”

Aku bertanya lagi:

“Kalau sepertiga?”

Baginda bersabda:

“Sepertiga, dan sepertiga itu pun sudah banyak. Sesungguhnya engkau meninggalkan ahli warismu dalam keadaan senang adalah lebih baik daripada engkau meninggalkan mereka dalam keadaan miskin meminta-minta kepada manusia.

Dan apa sahaja yang engkau belanjakan kerana mencari keredaan Allah akan dikira sebagai sedekah, hatta suapan makanan yang engkau letakkan ke mulut isterimu.

Mudah-mudahan Allah memanjangkan umurmu sehingga ada manusia yang mendapat manfaat daripadamu, dan ada pula yang mendapat mudarat daripadamu.”

Pada waktu itu, Sa‘ad hanya mempunyai seorang anak perempuan.

- (Hadis Riwayat al-Bukhari no. 2742)

#KayaItuMuliaBagiSiapaYangBersyukur

#TipKewanganPeribadi

Zulkifli
Cyberjaya 

13 Mei  2026
25 Zulkaedah 1447H

Tentang Penulis

Anis Adlina Mohd Zulkifli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}