Kita sentiasa ambil mudah pada orang yang kita sayang, hinggalah dia hilang daripada kita.
Bila dah berkahwin, masing-masing mula lupa untuk 'tackle' pasangan masing-masing.
Sebab kita rasa dia dah jadi milik kita...
Makin kurang kata-kata manis dan pujian...
Makin tiada usaha nak pikat hati pasangan...
Sehinggalah rumahtangga rasa makin hambar dan suram.
Masing-masing rasa tak disayangi walaupun hakikatnya saling mencintai.
Puncanya sebab masing-masing ambil mudah...
Masing-masing harap dilayan...
Tiada lagi usaha nak melayan... dan nak memikat... macam awal-awal perkenalan dulu.
2 tahun terpisah
Sehinggalah Tuhan pisahkan saya dengan isteri selama 2 tahun ketika dipenjarakan, itulah moment saya rasa hilang separuh dari diri saya.
Kehilangan yang besar dalam hidup saya.
Saya sentiasa tertunggu-tunggu hari isteri saya datang jenguk saya di penjara. Tertunggu hari nak dengar suara isteri saya melalui panggilan telefon.
Setiap kali di bawa ke mahkamah, saya merayu-rayu dengan polis pengiring; berilah saya jumpa isteri walau sekejap...
Walau cuma dapat pegang tangan isteri di sebalik palang besi pun jadilah...
Saya rindu nak jumpa isteri... Saya rindu nak pegang tangan dia... Saya rindu nak dengar suara dia dan nak berbual-bual dengan dia...
Kembali mabuk cinta
Kehilangan isteri, saya rasa kehilangan yang besar dalam hidup saya.
Sepanjang di penjara, saya sentiasa tulis surat untuk dia. Tulis surat macam orang sedang mabuk cinta.
Berjela-jela sampai habis dakwat pen saya...
Setiap hari saya tatap foto isteri yang ada dalam simpanan saya. Saya bercakap-cakap dengan foto tu seolah-olah dia ada bersama saya.
Saya tatap foto dia dan saya menangis sambil berdoa moga Allah melindungi dia.
Mudah-mudahan Tuhan bagi saya peluang kali kedua untuk saya kembali bersama dia dengan diri saya yang baru; sebagai suami yang lebih baik.
Syukurlah alhamdulillah... Setelah 2 tahun terpisah, Tuhan bagi saya peluang kali kedua untuk bersama dia.
Peluang kedua bersama isteri
Dia isteri yang telah banyak berjasa dalam hidup saya.
Dia mengandung, melahirkan dan membesarkan 8 orang anak kami.
Sentiasa menjaga aib dan harta saya dengan baik.
Sentiasa percaya dan sokong apa sahaja impian saya. Sanggup berjuang bersama-sama sejak kami miskin bandar hinggalah capai impian bersama.
Di sebalik musibah 2 tahun menimpa kami, tersimpan antara satu hikmah yang besar...
Untuk menjadikan kami sebagai pasangan suami isteri yang lebih.
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir."
Artikel berkaitan:
- Pupuk Keserasian Suami Isteri Dengan Pujian dan Penghargaan
- Momen Paling Indah Saya Bersama Isteri
- Keluar Berdua-duaan, Refresh Mood Cinta Suami Isteri
- Mengada-ngada : Bahasa Cinta Yang Menyuburkan Rumahtangga
- Jangan Ajar Suami, Apatah Lagi Merendah-rendahkan Dia
- Suami Isteri : Betapa Manisnya Hidup Bila Berjuang Bersama-sama
- Bila Sudah Berpasangan, Benarkah Hidup Akan Lebih Bahagia?

