Cara Membezakan MLM dan Skim Cepat Kaya

by on September 6, 2009

Post image for Cara Membezakan MLM dan Skim Cepat Kaya

Minggu lepas dapat call daripada sahabat saya dari Pulau Pinang. Beliau mintak pendapat saya tentang MLM yang beliau dan suaminya baru join. Sebabnya, beliau rasa tak sedap hati. Seperti ada yang tak kena katanya.

Saya tak ‘layak’ untuk bagi pendapat tentang hukum. Jadi saya minta beliau rujuk padangan Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman di www.zaharuddin.net. Banyak juga Ustaz sentuh topik MLM. Dan saya memang baca semua tulisan beliau tentang MLM sebab model pertama bisnes yang saya buat ialah MLM. Saya tertarik dengan bisnes berkonsep MLM yang dijalankan dengan penuh beretika dan berakhlak.

Dan banyak juga buku saya baca tentang MLM baik yang ditulis penulis tempatan dan luar negara. Nanti saya akan senaraikan beberapa buku penting yang memberi gambaran sebenar dan adil tentang bisnes MLM. Hasil dari ‘penyelidikan’ peribadi, saya dah nampak sisi gelap dan sisi cerah bisnes berkonsep MLM ni. Dan mungkin ini sedikit tips untuk sahabat yang baru nak explore bisnes MLM.

Skim Cepat Kaya Bertopengkan MLM?

Hari ni kita jadi keliru antara MLM dan Skim Cepat Kaya. Adakah MLM tu sendiri skim cepat kaya? Kita jadi keliru sebab hari ini ‘skim cepat kaya’ tumbuh macam cendawan selepas hujan. Mereka ini bertopengkan pelbagai jenis platform samada pelaburan, perniagaan, ataupun produk mengikut trend semasa. Bahkan skim macam ni berselindung disebalik aktiviti pertanian macam penanaman pokok jadi dan perusahaan ikan keli! Saya perhati, antara tempat paling mudah berselindung ialah bisnes MLM. Kalau bisnes MLM yang janjikan pakej umrah dan yang nampak Islamik, orang kita mudah benar percaya. Kita terus anggap ianya halal walaupun urusniaganya banyak yang gharar!

Inil antara ‘tipu-daya’ yang didedahkan oleh Ustaz Zaharudin Muhammad (yang bertugas di Bank Negara) masa “Seminar Pengaruh Riba dalam Muamalat Moden” di Masjid Damansara Damai tahun 2008 lalu.

Dua Tips Penting Menilai MLM

Jadi untuk bezakan samada antara bisnes MLM ORIGINAL atau pun MLM CETAK ROMPAK – skim cepat kaya bertopengkan MLM, ini dua ‘tips’ penting yang membezakan kedua-dua jenis MLM.

Penilaian #1: Mementingkan Produk

Produk adalah faktor paling penting dalam apa bisnes sekalipun. Kalau bisnes tu tak pentingkan produk, dan produk dia memang orang tak akan beli kalau bukan sebab nak join ‘skim’, awas! Kena hati-hati. MLM macam ini jadikan produk hanya sebagai alat atau topeng untuk menjadikan aktiviti mereka sah di sisi undang-undang. Pendek kata, kalau jual produk tu kepada public, memang tak laku. Sebab tak berkualiti, atau harganya terlalu tinggi berbanding nilai sebenar. Tak berbaloi beli…

Penilaian #2: Cara Menjana Pendapatan

Pendapatan bisnes MLM sepatutnya hanya dengan menggerakkan (menjual) produk samada jualan persendirian atau jualan berkumpulan. Tak ada apa-apa komisyen atas penajaan (cari downline). Kalau income dapat berdasarkan berapa kepala yang masuk dalam network kita, awas! MLM itu mungkin Skim Cepat Kaya yang bertopengkan MLM.

MLM yang 24 jam fikir nak cari orang baru, saya cukup-cukup sangsi. Kekadang syarikat tu okay, tapi kumpulan-kumpulan pengedar ni yang buat bisnes tu jadi Skim Cepat Kaya. Antara aktiviti yang tak sihat ialah aktiviti “Head-hunting”, “Font-loading”.

Awasi “Head-Hunting” dan “Front-loading”

“Head-hunting” tu maksudnya pendapat bisnes tu benar-benar bergantung kepada merekrut ahli. Tak ada ahli baru, maksudnya tak ada bisnes, dan tak ada lah pendapatan pada bulan tu. Ahli lama yang dah rekrut tu macam mana? Ah… ahli lama dah tak penting sebab ahli lama tak lagi menyalurkan apa-apa keuntungan. Keuntungan cuma dapat sekali jer iaitu masa ahli baru mula-mula membayar ‘yuran’ keahlian. Setiap yuran keahlian baru, akan ada portion untuk upline!

head hunting in MLM businessSkim Cepat Kaya memburu orang yang berduit, atau layak buat pinjaman.

“Front-loading” tu maksudnya mensyaratkan ‘wajib’ beli barang secara pukal (banyak) untuk join. Dalam banyak kes, barang tu akhirnya tersadai di bawah katil dan tak terjual. Oh… memang malang. Ramai juga kawan saya yang terkena. Beli stok sampai beribu-ribu ringgit tapi akhirnya bisnes tak jalan. Lebih malang lagi bila terpaksa bayar balik Personal Loan! Oh, dah jatuh ditimpa tangga! Bisnes tak jalan, hutang pulak tak terbayar. Dan lebih-lebih lagi malang, dia dah letak jawatan sebagai penjawat awam kononnya nak buat bisnes MLM full-time!

Usahawan MLM Yang Mukmin

Secara ringkasnya, saya nasihatkan sahabat semua selidik dulu betul-betul setiap bisnes atau skim yang anda nak join. Berhati-hati dengan janji kaya, semuanya mudah, tak payah itu, dan tak payah ini. Kalau betul-betul nak kaya, memang kena lalui susah payahnya, tak kira apa bisnes sekalipun sebab itulah sunnatullahnya. Setiap keuntungan besar, pastinya dibayar dengan pengorbanan yang besar. Tak ada jalan senang untuk senang…

Kalau berniaga MLM, berniagalah dengan hati yang tulus ikhlas, penuh beretika, dan berakhlak sebagai seorang muslim lagi mukmin. Bisnes kecil pun tak apa asalkan ianya berkat. Bila berkat, yang sikit pun terasa banyak. Yang ciput pun jadi cukup, insyaAllah.

Dan jangan lupa, rezeki yang kecil tu lama-kelamaan akan jadi besar kalau kita buatnya dengan betul dan sabar (istiqamah)… InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
6 September 2009
16 Ramadhan 1430

(Artikel yang ditulis semula merujuk kepada artikel asal saya bertarikh 16 Oktober 2008)

Nasihat Dua Jutawan

  • Nasihat Azizi Ali, setiap kita mesti ada second income. Walaupun mungkin gaji kita dah ‘cukup’, second income penting untuk mengukuhkan dana persaraan.
  • Pesan Chef Li (Dato’ Dr. Rusly Abdullah, penulis buku best seller “Jutawan Senyap”) masa saya berkursus dengan beliau katanya “berniagalah apa pun (yang halal), asalkan berniaga”. Dalam perniagaan, kita akan dapat lebih daripada duit.

Buku Rujukan MLM Sebenar

Di bawah ni adalah senarai buku yang mungkin baik untuk orang baru nak faham potensi sebenar dan ‘sepak terajang’ bisnes MLM. Saya dah baca kesemua buku ni. Memang bagus:

  • The Business School: For People Who Likes Helping People – Robert T.Kiyosaki (US)
  • How Not to Get Ripped-off in Network Marketing – Dr. Wong Siew Fang (Malaysia)
  • Jutawan MLM – Razi Armansur (Malaysia)
  • The Parable of Pipeline – Burk Hedges (US)
  • Copycat Marketing 101 – Burk Hedges (US)
  • Pro-sumer Power – Bill Quain (US)

(Kredit foto : thewordwright, aboutyou)

{ 4 comments… read them below or add one }

1 Wenhao Liu December 21, 2012 at 9:18 am

Assalamualaikum…
sy ada 2 soalan yg nk diajukan.mohon pendpat saudara.
1. tentang pinjaman peribadi spt rm30k cthnya,yg dilaburkan dlm ASB..dengar kata thn berikutnya xperlu kacau duit gaji untuk bayar loan sbb faedah Asb cukup untuk tampung byrn loan tersebut.adakah ia boleh dianggap pelaburan bijak atau bgmana?
2. apa pndpt saudara tntg sejenis pelaburan kayu gaharu di Kedah yg kononnya di bwh syarikat OSK.yg mnimbulkan sedikit pelik pd sy adalah keuntungan akan diperoleh sleps sbuln melabur dan dlm jumlah yg tetap setiap bulan. contohny jika melabur rm30k akan dpt rm540 setiap bulan bmula buln ke2.. klu rm 100k akn dpt rm7500 sbuln..boleh percaya ke jka dikatakn faedah akan hnya naik dn tak akan berkuranng dr yg dh ditetpkn ni?
terima kasih..

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie December 26, 2012 at 6:31 am

Wslm En. Wen Hau Liu,

1. Ikut pada survey dan pengiraan yang dah ramai orang buat, melabur dalam ASB menggunakan duit pinjaman memang tak berbaloi. Pakar Kewangan macam Azizi Ali pun tak suggest. Dari sudut keuntungan jangka panjang, lebih baik tuan simpan nilai installment loan tu secara konsisten dalam tempoh yang panjang. Untungnya berlipat kali ganda dengan cara macam tu.

2. Saya tak tahu pasal pelaburan kayu gaharu. Prinsipnya, kalau tuan tak pasti tentang sesuatu pelaburan, macam mana ia menjana keuntungan, lebih baik jangan invest. Kalau mengikut kaedah yang tuan bagi tahu tu, ia mirip pelaburan ‘scam’. Lebih baik tuan invest duit untuk belajar/ fahamkan tentang sesuatu investment tu dulu sebelum meletakkan duit untuk dilaburkan.

Wallahu a’lam.

Reply

3 Kamarul January 12, 2015 at 11:25 pm

Assalamualaikum tuan… Bagaimana pula pendapat tuan tentang takaful tu? serupa mlm juga kan tuan…

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie January 17, 2015 at 8:33 am

Wslm En. Kamarul,

Takaful tak sama dengan MLM. MLM tu direct selling yang berdaftar di bawah Akta Jualan Langsung (AJL). Cuma sistem takaful juga ada konsep networking macam MLM.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: