
Berpolitik di Facebook
Tengok post kawan-kawan dalam Facebook pasal hal politik. Dok bertelingkah, berdebat hal politik. Ish, bosan sebenarnya tengok orang dok bergaduh pasal hal politik ni.
Berita online, berita TV pun dalam setahun ni pun banyak cerita politik. Ish, bosan dan buang masa dan kekadang naik menyapah.
Mungkin itulah antara alasan saya malas ikuti berita di TV. Kalau tertengok pun, mungkin sebulan sekali! Sebabnya, terlalu banyak politiking – terutamanya orang Melayu Muslim. Baik parti pemerintah, baik pembangkang…
Kembalilah Pada Tuhan
Bila bertelingkah begini, Tuhan suruh balik pada Dia dan Rasul Dia. Dia Tuhan, Raja segala raja, Pencipta, Penguasa, Hakim bagi semua, baik UMNO baik PAS.
Nak balik pada Allah dan Rasul macam mana? Tak boleh tanya orang politik yang hanya berpolitik. Kena tanya alim ulama yang wara’ sebab dia pewaris Nabi.
Nak buat apa pun keputusan di Dunia kena tanya Tuhan, kena rujuk pada Nabi. Semua urusan kita di dunia ada kena mengena dengan Tuhan baik dari sudut politik. Tak boleh lari dari nilaian Tuhan sebab Dia Maha Halus penilaiannya.
Kekadang kesian tengok orang bercakap hal politik ‘kedai kopi’. Cakap-cakapnya seolah-olah tak ada kena mengena dengan Tuhan. Tuhan bagi dia seolah-olah hanya ada di masjid saja. Oh, kesiannya…
Politik Bukan Barang Mainan
Politik ni soal kepimpinan dan pemerintahan. Politik yang selamat lagi menyelamatkan macam mana? Kena tanya Nabi. Kena ikut Nabi.
Nabi wawasannya jauh. Jauh lebih jauh dari Wawasan 2020. Wawasan Nabi pada Akhirat sebab Akhirat ni destinasi semua manusia. Akhirat negeri kekal bagi semua manusia.
Kalau kepimpinan ni hanya di nilai dari sudut material, Tuhan tak perlu hantar Nabi. Sebab tamadun-tamadun sebelum kenabian Muhammad S.A.W jauh lebih hebat dari Islam. Islam ketika tu bangkit di celah dua tamadun besar Rom dan Parsi. So, apa hebatnya Muhammad S.A.W kalau nak bandingkan Rom dan Parsi?
Ikutlah Pemimpin Yang Ikut Nabi
Pastinya ada kerja besar Tuhan hantar Nabi dicelah dua tamadun hebat tu. Tak lain tak bukan, nak selamat semua manusia di NEGERI KEKAL manusia iaitu negeri Akhirat.
Ingatlah kawan-kawan semua, Dunia ni tempat TRANSIT, Akhirat tempat TUJU. Kalau nak pilih pemimpin, pilihlah yang paling hampir dengan kepimpinan Nabi S.A.W, yang apa pun keputusan, dia akan fikir keselamatan rakyatnya di Akhirat, NEGERI KEKAL semua manusia kelak.
Wallahu ‘alam.