Antara peringatan yang Ustaz bagi ialah tentang solat maghrib lewat sebab berbuka. Syok sangat berbuka sampai Solat Fardhu Maghrib ‘terlalai’. Berbuka pukul 7.20 lagi, tapi solat maghrib lepas pukul 8.00! Oh, takut-takut fadhilat berbuka awal diset-off oleh melewat-lewatkan solat.
Kekadang bukan sebab sengaja lewatkan solat, tapi bila berbuka dengan anak-anak, banyak la nak kena layan. Lepas makan nak kena kemas-kemas yang anak-anak makan, dan layan macam-macam request mereka. Akhir sekali, solat maghrib di akhir waktu!
Tapi apapun alhamduillah… makanannya ok dan mungkin lebih berkat. Sebabnya berbuka di masjid ni dapat 2 dalam 1 iaitu berbuka free, kemudian dapat solat maghrib berjemaah di awal waktu! Alhamdulillah…
Em, antara point disampaikan oleh Ustaz Haslin semalam ialah tentang Dr. Edwin Nasution, seorang doktor Kristian yang pakar dalam bidang pemakanan dan banyak mengkaji persoalan pemakanan tetapi beliau sendiri ada masalah sembelit. Kemudian, beliau cuba tabiat Nabi S.A.W yang kunyah 40 kali baru telan dan alhamdulillah, masalah sembelitnya selesai dan beliau masuk Islam kerana itu.
Dari situ mungkin kita dapat ambik iktibar, apa yang diamalkan Nabi S.A.W semuanya adalah petunjuk dari Tuhan untuk seluruh ummat manusia. Ada 1001 hikmat di sebalik syariat, cuma kita saja yang tak tahu. Seluruh sunnah Nabi S.A.W dan syariat Tuhan semuanya untuk manfaat manusia. Cuma sesiapa yang terpilih, Tuhan bukakan hikmah atas setiap syariat Tuhan. Bila kita dapat hikmah tersebut, bertambahlah keyakinan dan keimanan kepada Tuhan.
Hidup Sempit Tanpa Tuhan
Dan satu lagi point penting yang saya dapat iaitu Ustaz huraikan orang yang ingkar dan buat-buat tak peduli pada Tuhan, Tuhan akan sempitkan hidup mereka. Hidup mereka akan jadi susah. Bahagia yang dicari tak pernah kunjung tiba walaupun hartanya berjuta. Ustaz bacakan Surah Toha ayat 124 – 127 yang maksudnya: