MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

MLM: Awas Dengan Pemburu Kepala!

April 23, 2010

Bisnes MLM

 (Sambungan Artikel “MLM: Merubah Ayam Menjadi Helang?

Prof. Zain (bukan nama sebenar), adalah kawan kepada Cikgu Zainal. Prof. Zain yang tunjukkan pelan bisnes, dan Cikgu Zainal top-up mana yang kurang. Oh, silap sangkaan saya.Rupanya Cikgu Zainal adalah upline, manakala Prof. Zain adalah downline.

Kedua-dua mereka adalah orang akademik... Wah… saya gembira…. Saya boleh bercakap bahasa akademik dan bahasa penulis buku. Saya cukup selesa sekali sebab saya dah baca banyak buku tentang MLM samada yang ditulis orang MLM, mahupun sekadar pengkaji MLM seperti Robert T. Kiyosaki yang memberi pandangan secara bebas – tidak berpihak.

Diskusi bersama Prof. Zain dan Cikgu Zainal cukup panjang. Bermula dari jam 9.00 mlm hingga 12.00 mlm! Wah… 3 jam berbincang tentang bisnes.

Setelah hampir 45 minit mereka tunjukkan pelan, barulah bersuara menanyakan soalan. Seperti kebanyakkan MLM lain, saya cukup sangsi apabila terdapat dua perkara iaitu (1) Front-loading, dan (2) Head-hunting.

Awas Dengan Aktiviti "Front-Loading"

Pertamanya, front-loading.

Nak masuk, disyaratkan beli barang secara pukal (banyak) sekali gus. Supaya bisnes jalan cepat katanya. Kenapa perlu begitu? Dah ramai kumpulan MLM lain yang buat macam tu yang akhirnya produk tersadai di bawah katil. Ataupun dilelong secara murah pada kawan-kawan sebab nak bayar balik pinjaman. Mungkin itulah menyebabkan ramai orang fobia apabila disebut MLM.

Akhir-akhir ni, saya tengok, banyak kumpulan MLM yang galakkan buat pinjaman untuk memulakan bisnes. Kenapa tak bermula dengan modal yang kecil, mengerakkan produk seadanya, dan berkembang sikit demi sedikit? Lambat katanya...

Awas Dengan MLM Yang Tak Pentingkan Produk

Pada saya, adakah sebab lambat, atau sukar nak menggerakkan produk disebabkan produk tak berkualiti, ataupun terlalu tinggi berbanding nilai sebenarnya? Produk yang kita sendiri tak ada feel, mana mungkin kita boleh menggerakkakan produk. Kalau tak kerana sertai ‘skim’ MLM ini, mungkin mereka tak akan belipun produk tu. Maka nak mudah buat bisnes atas produk yang susah digerakkan, buat pinjaman, beli secara pukal!

Dah buat pinjaman, masuk skim MLM. Tak payah jual, tak payah pergi meeting (belajar), cari saja beberapa kepala masuk bawah kita. Kemudian, tunggu saja duit masuk dalam akaun! Oh, semudah itu… “See you at the beach of the world” sinis mentor kami kepada sesiapa yang suka cari jalan mudah!…

Saya cukup sedih dengan fenomena ni. Ada kenalan yang sanggup buat pinjaman berbelas dan berpuluh ribu untuk buat MLM katanya. Ada yang berhenti kerja kerajaan, pergi ke Sabah, tapi akhirnya bisnes tak jalan. Kemudian balik 'merempat' semula ke Semenanjung. Bukan sahaja hilang pekerjaan, bahkan terhutang pulak dengan Bank Rakyat gara-gara kerana MLM! Huh… sudah jatuh ditimpa tangga…

Awasi Dengan Aktiviti Head-hunting

Keduanya, head-hunting.

Head-hunting maksudnya, duit masuk sangat-sangat bergantung pada kepala yang masuk bawah network kita. Kalau tak ada orang baru masuk, maka tak ada pendapatan. Sebagai contohnya, nak dapat balik modal RM10,000, kena cari 5 kepala! Tak ada kepala baru, maka tak ada bisnes!

Kawan-kawan, sampai bila bisnes boleh bertahan kalau pendapatan berkadar terus dengan kepala baru yang masuk dalam network kita? MLM yang berpengalaman dan bertahan lama, selalunya bukan bergantung kepada kepala yang masuk, tapi pada produk berkualiti yang digerakkan yang dibeli dengan tujuan yang sebenar!

Produk Digerakkan Dengan Tujuan Sebenar

Kalaupun mereka cari kepala baru, hanyalah untuk melatih orang baru supaya boleh menggerakkan produk. Menggerakkan produk bukan hanya dikalangan ‘ahli’, tapi pelanggan-pelanggan di luar sana yang sentiasa mengalu-alukan produk mereka. Produk mereka berkualiti.

Kalau anda nak berbines MLM, pastikan anda sukakan produknya. Pendek kata, kalaupun anda tak jadi ahlinya, anda tetap akan beli produknya. Itulah bisnes MLM yang genuine (sebenar). MLM, hanyalah kaedah pemasaran untuk menggerakkan produk, bukan menggunakan produk sekadar ‘mengaburi’ undang-undang dan hukum syariah.

Ah… banyak perkara sebenarnya yang nak saya kongsikan pasal MLM ni. Tapi ruangan blog ni cukup terbatas. Sayang pada kawan-kawan yang terkena dan bakal terkena dengan MLM ni.

Pendek cerita, lihatlah bisnes MLM dari kaca mata seorang ahli perniagaan, bukan kaca mata seorang pekerja yang cuba-cuba nak berniaga dan selalu cari jalan senang untuk senang. Lihat profil syarikatnya. Semak track record syarikat. Baca Laporan Tahunannya yang telah diaudit. Cuba produknya. Selidiki kualiti produknya. Lihat organisasi pengedarnya. Apakah program pendidikan yang disediakannya. Tanya hati kecil anda, apakah orang yang datang benar-benar ingin membangunkan anda, atau sekadar nak 'selamatkan dirinya'?

 

Membongkar Mutiara Dalam MLM

Untuk kawan-kawan yang bercadang nak memulakan bisnes MLM, saya cadangkan beberapa buku yang bagus untuk dibaca sebelum buat apa-apa keputusan. Apatah lagi sekiranya MLM tu melibatkan kos yang besar hatta perlu buat pinjaman!

- Jutawan MLM: Multi-Level Marketing, Razzi Armansur
- The Business School for People Who Like Helping People, Robert T. Kiyosaki
- How Not to Get Ripped Off in Network Marketing, Dr. Wong Siew Fang
- Going The Distance in Network Marketing, Dr. K.Sow

Bisnes Untuk Orang Yang Jiwanya Suka Tolong Orang

Cuba fahami apakah mutiara yang anda boleh dapat dalam MLM. Dan apakah sepak terajang yang perlu anda berhati-hati. Penulis banyak sentuh sisi cerah dan sisi gelap tentang MLM. Dan kalau dihayati nilai-nilai sebenar yang SEPATUTNYA ada dalam MLM, bisnes MLM cukup mulia sehinggakan Kiyosaki menggelarkan ia “Perniagaan Untuk Sesiapa Yang Jiwanya Suka Tolong Orang”. Bukan sekadar tolong dapat duit, tapi membangunkan nilai-nilai dalaman yang merubah seluruh kehidupan seseorang. Benar-benar jadi orang yang dapat beri manfaat pada orang lain.

Kiyosaki ada mencadangkan MLM, tapi dengan syarat-syarat yang agak ketat. Dan bukan senang untuk ‘terpilih’ menyertai organisasi MLM sebagaimana dicadangkan beliau. Fokus beliau, tetap pada “Life-Changing Education System”, bukan pada organisasi MLM yang hanya fokus menjual pelan dan produk, yang tak sedikit pun membangukan kita menjadi seekor 'helang'!

Razzi Armansur Penulis MLM Yang Misteri

Bagi yang lebih selesa berbahasa Melayu, mungkin buku Razzi Armansur sangat-sangat membantu. Harganya cukup murah dan boleh beli dari banyak kedai-kedai buku. Bagi saya, Razzi Armansur adalah penulis misteri. Tulisannya sangat-sangat halus tentang MLM. Banyak persoalan dan permasalah yang bermain dalam hati dan fikiran kita dipandu secara tertib oleh beliau. Beliau banyak menulis tentang MLM dan buku-buku bisnes. Penulisan yang sangat hebat, tapi saya tak pernah kenal siapa penulisnya. Razzi Armansur hanyalah nama samaran, bukan nama sebenar beliau.

Mudah-mudahan, anda semua berjaya dalam bisnes MLM yang anda semua ceburi. Dunia dan akhirat, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Heights
19 April 2010
5 Jamadil Awal 1431

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

    • Puan Nurul Lina,

      Anggaplah itu sebagai harga yang puan perlu belajar untuk elakkan kerugian lebih besar pada masa depan.

      Bila datang sesuai bisnes, ataupun produk yang nampat too good, jangan percaya cakap mulut, tapi rujuk pada black and whitenya.

      Saya tahu ramai orang terkena dengan bisnes macam tu, termasuk keluarga dan kenalan saya sendiri. Kita akan mudah terkena dengan bisnes macam tu kalau kita fikir “short-cut” to success.

      Nak menilai sesuai MLM tu, puan kena fikir, “kalau aku tak jadi member, aku beli tak produk tu?”. Kalau puan memang suka produk dia, pendek kata kalau tak jadi member pun puan akan beli, mungkin itu petanda ia bisnes yang sihat.

      Keduanya, bisnes apa sekali pun tak perlu bermula dengan loan. Mulakan dengan apa yang ada jer. Kalau nak kena buat loan dulu baru boleh buat bisnes tu, kena hati-hati sebab mungkin bisnes tu bukan untuk kita. Alhamdulillah, apa sahaja bisnes yang kami buat, tak ada satu pun bermula dengan loan. Dan hampir semuanya menjadi, alhamdulillah.

  • company hai-o tak salah tapi group yg buat skim cam itu yang salah. Oleh kerana ramai kawan2 & sedara mara terkena dgn 10 set bio-aura & Pbeutiful, saya pobia dgn company ni. Tapi group2 ni x cari org yg kerja biasa2 tapi selalunya cari kerja gomen walaupun tukang cuci.
    Tapi pada awal 2012, sy gunakan krim BIO ever dan ianya memang mujarab utk menymbuhkan sakit pinggang & hilangkan biji angin di leher anak saya jadi disebabkan nak beli kali kedua, saya join bisnes dengan hai-o, nak tahu berapa…. hanya RM50 jer utk on sistem!!!!!
    Rupa2nya yg beli sampai 10 set bio-aura tu adalah sebab nak beli pangkat. Kali pertama melabur RM20+++ dapat bonus & rebet dlm 6k++++. Lepas tu duplikasi sistem beli 10 set lagi (kena taja 6 org yg beli 10 set) jadi dah naik pangkat jadi SSM. Lepas tu taja dan taja lagi…..(sebab apa kena beli pangkat sebab kalu org bawah kita ni terror sangat menaja & menjual, kita yg upline klu pemalas akan terpisah dan x dpt apa2…… Rupa2nya sedara-mara saya dan kawan2 saya terkena sbb nak cepat senang dan nak dpt bonus besar (xnak susah berniaga….. kerjanya menaja jer dan cari org yg kerja gomen!)
    tapi yg pelik bin ajaib skrg, sy pulak yg lebih dpt income besar dari sedara-mara saya yg masih terkial2 membayar hutang dgn bank rakyat. Iyalah, motto saya senang jer, aku x jual skim tapi aku jual barang & aku nak tolong klu org nak berniaga dgn modal yg ciput. Tp kena rajin dan buat kerja sikit lah….. Walapun x banyak 6k+++ setiap bulan tapi cukuplah utk tambah bayar2 apa yg patut…. Klu kita kejar akhirat, in shaa allah dunia datang kpd kita!

    • Terima kasih Pn. Hayati. Satu perkongsian yang sangat baik. Memang betul, dalam MLM ni banyak juga yang rosak sebab group tu sendiri yang jadikan bisnes tulen sebagai skim cepat kaya. Semuanya disebabkan perasaan tamak dan nak cepat senang. Moga Allah selamatkan kita semua.

    • dalam hal ini, saya sering ragu-ragu bahawa syarikat tak bersalah.
      Pengalaman saya dengan beberapa MLM, leader2 ni agak rapat dengan pengurusan syarikat, dan sering berjumpa.
      LAgipun mustahil syarikat tak tahu dan mengenakan tindakan pada agen yang buat begitu. Semua rekod pembelian oleh ahli syarikat ada. MEsti boleh kesan bila dalam masa yang singkat, berbondong-bondong ahli buat belian beribu-ribu atau berpuluh ribu.

  • sy juga pernah terkena dgn MLM…ini kerana ajakan kawan yang katanya ingin membantu sy selepas kematian ayah dan sumber kewangan sy pada masa itu agak huru hara untuk bantu ibu di kampung dan sy beranikan diri untuk mencuba dan apply loan sebanyak 3 ribu (bgantung dgn kelayakan time tu)…permulaanya mmg nampak berjalan dgn baik, kerna MLM ini berkaitan dgn pelajaran namun bila dah masuk bulan ke 2, langkah mula perlahan..dan kawan juga mula susah nak berhubung…asyik sibuk jer….akhirnya sy tanggung sendiri, dan yg paling sy rasa sedih, sy dapat tahu rupanya kawan sy hanya beli plan yang paling rendah tetapi dia cadangan plan pd sy yang berharga ribu2.

    sy pula terpaksa menanggung hutang dgn bank….permulaan nya mmg sy byr rm 250 sebulan …lepas itu turun ke RM100 dan skg dah tak bayar sbb sy balik ke kampung utk jaga ibuu dan kerja dgn gaji yang hanya xsampai rm1000…mmg rasa perit sgt, sy skg nie mencari jalan untuk selesai hutang dgn bank yang sudah mencecah rm 5ribu lebih …sbb sy tak nak masa depan sy esok hari jadi lebih rumit…cukup lah sekali sy terkena dgn kes seperti ini.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >