Pendapatan aktif maksudnya pendapatan berbentuk “ada kerja, ada duit. Tak ada kerja, tak ada duit”. Kita kena kerja keras dulu baru dapat duit. Istilah yang lebih tepat ialah “hard-earned income”. Pendapatan yang hanya kita dapat setelah bekerja keras. Suka atau tak suka, kita terpaksa bekerja.
Duit gaji, upah, komisyen dan sebagainya, itu dipanggil “hard-earned income”. Pendapatan begitu hanyalah kita akan dapat selagi mampu bekerja. Maka pendapatan macam itu kita boleh istilahkan sebagai PENDAPATAN SEMENTARA; ada kerja ada duit, tak ada kerja tak ada duit.
Jika hilang upaya untuk bekerja, pendapatan itu hilang! Walaupun pendapatan itu berjumlah puluhan ribu setiap bulan, jika berlaku sesuatu musibah yang menjejaskan keupayaan kita untuk bekerja, selaga-galanya kembali kepada KOSONG!
Membina Pendapatan Kekal
Orang bijak, dia tak akan guna pendapatan seperti itu untuk bermewah-mewah sebab dia tahu, pendapatan itu sifatnya sementara sahaja. Sebaliknya dia akan gunakan pendapatan itu untuk menambah harta yang mampu menjana pendapatan pasif seperti tambah simpanan Tabung Haji atau Amanah Saham Bumiputra (ASB) supaya dapat dividen (pendapatan pasif) setiap tahun, atau beli hartanah yang boleh disewakan supaya dapat sewaan (pendapatan pasif), ataupun membina bisnes yang kukuh hingga bisnes tu boleh berjalan sendiri tanpa kita. Harta-harta itu semua akan menghasilkan pendapatan pasif dalam jangka panjang.
Bila jumlah harta itu semua dah cukup untuk jana pendapatan pasif yang cukup untuk keperluan hidup dia, selebihnya barulah sesuai kalau nak sedikit bermewah sebab dia bayarnya dengan PENDAPATAN KEKAL. Dia dapat terus nikmati pendapatan itu tanpa perlu bekerja keras lagi, insyaAllah.
Membina harta itu seperti menanam pokok durian.
Menanam Hari Ini, Tuai Hasilnya Esok
Kita mulakan tabiat menyimpan sebahagian pendapatan setiap bulan, itu ibarat mula menanam benih pokok durian itu. Setelah di tanam, letakkan baja dan disiram pokok sentiasa selama beberapa tahun sehinggalah pokok itu akhirnya besar. Teruskanlah menabung setiap bulan selama beberapa tahun hingga jumlah tabungan itu cukup besar. Jangan dicantas pokok itu walaupun ia belum lagi berbuah. Jangan dibelanjakan simpanan dan hasil keuntungan daripada simpanan itu selagi jumlahnya belum cukup besar. Ia perlukan masa untuk kita benar-benar dapat menikmati hasilnya.
Apabila pokok itu cukup besar dan menghasilkan buah yang cukup tanpa perlu kita siram lagi pokok itu, itulah pendapatan pasif yang boleh kita nikmati tanpa perlu kita menjaganya lagi.
Maka menanamlah hari ini. Jagalah pokok itu dengan baik, dan siramlah pokok itu dengan sabar. Satu hari nanti pasti kita akan menikmati hasilnya sepanjang hayat, insyaAllah.
Ya saya bersetuju. Selepas menamatkan pengajian bukanlah masa untuk ber-enjoy dengan pendapatan dan kehidupan sebenar baru bermula.
Siapa yang leka dia akan menyesal kemudian hari dan siapa yang mula awal dia akan bersyukur nikmat hasil usaha keras.
Betul En. Azrin Ros.
Alhamdulillah.
terima kasih di atas perkongsian tuan. sy kini mula belajar fokus kepada kelebihan menabung di Tabung Haji, Membeli Emas ( sekadar GAP acc PG ) dan Hartanah yang disewakan ( belum ada lebihan income tetapi hampir cover byran bulanan )
Alhamdulillah.
Mudah-mudahan artikel ni bermanfaat untuk En. Yusrizam.
Assalamualaikum Encik Zulkifli ,
teringat DSV yang menjual macam2 sejak dia di bangku sekolah , di Universiti di kampung dan sebagainya sehinggalah dia berjaya dan skrg bermewah2 belanja siap belikan beg tangan berjenama mahal untuk rakan taulannya !
‘Pokok Durian ‘nya sudah tidak sesusah mana perlu dijaga kerana DSV dah bersenangan makan hasilnya ….
Saya faham. kini saya lihat pokok durian saya akan ingat posting ini.
Terima kasih Encik Zulkifli .
Wslm Pn. Rohaizah.
Alhamdulillah.
Salam En. Zulkifli,
Selain daripada Rumah Sewa/ASB/Tabung Haji, adakah Unit Trust juga dikira sebagai salah satu daripada punca pendapatan kekal atau ia lebih di kira sebagai pelaburan jangka masa panjang sama seperti menyimpan emas.
Wslm En. Firdaus.
Pendapatan dividen dari Unit Trust, dan Saham tu pun passive income (pendapatan kekal). Cuma harga unit trust dan saham tu berubah-ubah ikut keadaan ekonomi dan politik semasa negara.
Analogi –
1. Tanam pokok durian. (Mula melabur)
2. Siram & baja. (Tambah sikit2)
3. Tunggu berbuah. (Dapat dividen)
4. Jual separuh buah. (Biarkan dividen)
5. Makan separuh lagi buah. (Guna dividen untuk keperluan)
6. Biji durian tanam pokok durian baru. (Mulakan pelaburan lain pula)
Terima kasih En. Azrai atas analogi tersebut.
Assalamualaikum tuan zul,semoga sihat hendaknya.
Alhamdulillah,saya dah lama ikuti blogger tuan.
Dan asbab tu saya jadi penyimpan emas yang tegar.
Cuma bulan lalu barula datang ke seminar public gold,itu pun kerana seminar tu tuan yang turun.
Alhamdulillah semakin semangat rasa diri ini dalam berjuang untuk bisnes dan ke arah kebebasan kewangan.
Ustaz Sabah.
Wslm En. Hafiz,
MasyaAllah. Alhamdulillah..