MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Cara Memohon Visa (Bisnes) Ke Indonesia

April 2, 2018

Saya baru pulang dari Surabaya (Indonesia) 2 hari lepas. Hari ini datang ke Kedutaan Besar Republic Indonesia (KBRI) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur untuk mohon visa lagi sekali – untuk seminar emas Public Gold Indonesia bulan April ini. Seminar dijadualkan pada tarikh 13 (Jakarta), 14 (Jogja), dan 15 (Klaten) April 2018. Seminar akan berlangsung lagi 12 hari. Nak siap visa ini ambil masa 4 hari bekerja. Jadi supaya tidak kelam-kabut buat kerja last minit, pagi ini saya terus ke Kedutaan Indonesia. Ini rutin saya setiap sebagai pembicara resmi (official speaker) untuk Public Gold Indonesia. InsyaAllah bila saya dapat Multiple Entry Visa, saya hanya perlu ke sini setahun sekali sahaja.

jadwal seminar emas public gold indonesia mohd zulkifli april 2018Jadwal seminar emas saya bersama Public Gold Indonesia, April 2018. Bulan ini di Jakarta, Yogyakarta dan Klaten (1 jam dari Yogyakarta).

kedutaan besar republik indonesia kuala lumpur 01Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Dekat dengan persimpangan Prince Court Medical Centre.

kedutaan besar republik indonesia kuala lumpur 02Kedutaan Indonesia ini dekat dengan bangunan Exchange 106 (warna biru paling kiri) yang dikatakan bakal menjadi bangunan tertinggi di Asia Tenggara (bukan sekadar Malaysia). Ianya milik Mulia Group dari Indonesia. Sejak saya tinggal di Cyberjaya (Disember 2018), sangat mudah sampai ke Kedutaan Indonesia ini sebab ia terletak dihujung Maju Expressway (MEX) yang menghubungkan Putrajaya / Cyberjaya – Kuala Lumpur. Perjalanan sekitar 35 minit sahaja, alhamdulillah.

kedutaan besar republik indonesia kuala lumpur 03 visaOrang yang datang ke sini sangat-sangat ramai. Tetapi sekarang, sistem permohonan visa sangat efisyen. Register dulu secara online melalui apps “Indonesia VISA KL“. Boleh download di Google Play . Kita boleh isi borang siap-siap sebelum datang. Dan kita boleh pilih waktu yang kita mahu datang. Jadi tak perlulah menunggu lama seperti dulu.

kedutaan besar republik indonesia kuala lumpur 04 visa 02Kalau dulu, ini antara perkara yang mencabar semangat saya sebab terpaksa menunggu lama untuk mohon visa. Untuk dapatkan nombor pun lebih 30 minit. Nak tunggu giliran serahkan borang pula berjam-jam! Aduh… Tapi itu dulu. Sekarang sangat bagus! Tahniah buat pemerintah Indonesia!

kedutaan besar republik indonesia kuala lumpur 09 mohd zulkifli online visaSyukur, sekarang ini 20 – 30 minit pun dah boleh siap serahkan permohonan. Siap “serah” sahaja, bukan siap visa. Visa siap dalam masa 4 hari bekerja ya. Apa dokumen yang saya bawa? (1) Borang Permohonan Visa – download dari apps “Indonesia VISA KL”, (2) Surat Permohonan Visa daripada Public Gold Indonesia kepada Kedutaan Indonesia, (3) Surat Permohonan Visa daripada Public Gold Malaysia kepada Kedutaan Indonesia, (4) Surat Jemputan Seminar daripada Public Gold Indonesia kepada saya, (5) Passport Original, (6) Photocopy passport satu salinan, (7) Gambar berukuran passport 2 keping, (8) Bayaran RM205.

kedutaan besar republik indonesia kuala lumpur 10 visa feeSenarai yuran untuk buat visa. Saya mohon Single Business Visa, yurannya RM205.

kedutaan besar republik indonesia kuala lumpur 05 waktu pejabatIni waktu pejabat Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur. Waktu serah borang (submission) dan waktu ambil (collection) visa berbeza. Sebelah pagi, hanya serah borang sahaja. Tak ada collection. Waktu petang, hanya untuk collection sahaja, tak ada serahan borang.

business visa to indonesiaInilah rupanya visa untuk ke Indonesia. Kalau pergi melancong, itu tak perlu visa. Tapi kalau untuk urusan bisnes i.e. sampaikan seminar seperti saya, itu memang perlu visa. Jangan main redah masuk saja ke negara orang untuk buat bisnes pesan rakan saya yang bekerja di Kedutaan Malaysia di Jakarta. Katanya sudah ada beberapa kes rakyat Malaysia dihukum penjara sampai 2 tahun sebab masuk ke Indonesia buat bisnes tanpa visa! Hah… Jangan cari nahas. Untuk dapatkan visa ini, mudah saja. Bayarannya cuma RM205 untuk SINGLE ENTRY VISA. [Kredit foto : balibusinessconsulting]

kedutaan besar republik indonesia kuala lumpur 07 parkirIni bahagian parking motosikal dan kereta betul-betul sebelum bangunaan Kedutaan Indonesia. Bagi motosikal, kadar bayaran parkir RM2 per entry. Pakcik India berbaju putih itu penjaga parking setiap kali saya datang ke sini. Untuk datang ke sini, jujurnya saya tak akan datang naik kereta. Saya naik motosikal sahaja. Kekadang kawasan ini agak sesak. Bahkan kekadang parking pun penuh!

kedutaan besar republik indonesia kuala lumpur 08 parkirKawasan parking ini, ada beberapa kedai fotostat dan buat gambar passport. Saya selalu buat gambar passport di sini jer. Yang pastinya, gambar yang mereka buat itu memang mengikut requirement pihak Kedutaan Indonesia. Dan yang penting, gambar terus siap!

kedutaan besar republik indonesia kuala lumpur 06Public Gold datang ke Indonesia membawa masuk emas. Membawa masuk emas ertinya membawa masuk kekayaan. Saya pula masuk ke Indonesia membawa ilmu. Ilmu itu lebih berharga berbanding emas! Jadi Public Gold dan saya masuk ke Indonesia untuk membawa kekayaan untuk rakyat Indonesia, insyaAllah. Doakan mudah-mudahan Allah berkati usaha kami. Amiin ya Allah.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Assalamulaikum Encik Zulkifli ,

    Penerangan yang jelas dan mudah faham.
    Encik sudah mahir berbicara bahasa Indonesia nampaknya.

    Bagaimana tahap kesedaran rakyat Indonesia pada simpanan emas ?

    • Wslm Pn. Rohaizah,

      Alhamdulillah.

      Saya rasa kesedaran rakyat Indonesia dari sudut simpanan emas lebih tinggi berbanding Malaysia. Cuma belum ada platform jual beli emas sebagus Public Gold di Malaysia buat masa sekarang.

  • Assalamualaikum Tuan. Kalau saya sebagai pelancong nak pergi ke sana. adakah saya boleh membuka Akaun Bank di bank sana dan memiliki no tel bimbit di negara sana. Saya cadang nak buat biz online di negara sana. tapi memerlukan DUA ( 2 ) perkara tu dari sana.

  • Assalamulaikum Encik Zulkifli ,

    Kalau nak melancong ke Indonesia lebih dari 30hari, visa jenis mana yang perlu kita mohon?

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >