MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Jongkong Emas 12.5 kg Tarikan Terbaru di Menara Public Gold!🔥

November 13, 2023

Ini baru betul namanya JONGKONG emas! Sekeping emas beratnya 12.5 kilogram yang nilainya hari ni sekitar RM4 juta seketul!...

Kalau nak rasa pegang jongkong emas 999.9 bersaiz besar, berat 400 troy oz (bersamaan 12.5 kilogram), jemput datang ke Menara Public Gold @ TRX, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Public Gold dah ada 3 ketul jongkong ini. Dua ketul di Menara Public Gold. Lagi satu ketul di HQ Penang.

More...

Standard emas dagangan antarabangsa

Menurut guru emas saya En Syukor Hashim, ia dipanggil LBMA Good Delivery gold bar. Spesifikasi LBMA Good Delivery adalah standard utama yang digunapakai untuk perdagangan emas peringkat antarabangsa.

Beratnya 400 troy Oz (bersamaan 12.5 kilogram). Julat berat emas yang diterima adalah diantara 350 troy Oz sehingga 400 troy Oz. Berat ini akan dicetak pada emas tersebut, biasanya sehingga 2 titik perpuluhan. 

Dari segi ketulenan pula, emas ini mempunyai ketulenan minima 99.5% atau 995.

Dari segi rupa bentuk, biasanya jongkong emas ini berbentuk macam jongkong batu bata supaya mudah dibawa dan disimpan.

Dari segi cap tempa (hallmark), setiap gold bar ini akan dicopkan maklumat pada emas tersebut yang menyatakan ketulenan, nombor siri dan cop tempa pembuat emas tersebut dan tahun pembuatan. 

Untuk emas yang dibeli oleh Public Gold, kita boleh nampak pembuat emas tersebut adalah Metalor dan tahun 2023. 

Datang lihat sendiri di Menara Public Gold

Metalor adalah ahli penuh dalam LBMA (London Bullion Market Association). Dari segi integriti, gold bar ini tertakluk kepada ujian berat dan ketulenan yang sangat ketat. 

Dengan penerimaan 3 ketul gold bar LBMA Good Delivery, maka kita boleh tengok sendiri gold bar ini dengan mata kepala kita. Ini adalah peluang yang tak boleh dilepaskan. 

Jemput datang ke Menara Public Gold. 

Untuk pengetahuan sahabat pembaca, Public Gold hanya percaya kepada urusniaga jual beli emas fizikal. Ini bisnes model dari hari pertama Public Gold ditubuhkan.

Kita beli emas, kita dapat pegang emas.

Kalau beli emas dalam Akaun Emas GAP, kita boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa sekecil 1 gram. Ada wang ada barang. 

Owh, gold bar 12.5 kilogram ini boleh juga dikeluarkan dari Akaun Emas GAP. Siapa keluarkan item ini dari Akaun Emas GAP, Public Gold hadiahkan gold bar 5 gram secara percuma!

Terima kasih Founder Public Gold - Dato’ Wira Louis Ng!

Zulkifli
Cyberjaya
13 November 2023
29 Rabiul Akhir 1445H

Siapa datang ke Menara Public Gold, Tingkat 1, berpeluang pegang dan berfoto dengan gold bar 12.5 kilogram ini. Tapi ia bergantung kebenaran dari security guard yang jaga pada sesuatu masa. Nak mudah, datang bila ada Karnival yang selaluinya diadakan sebulan sekali.

Antara tarikan utama di Menara Public Gold sekarang. Gold bar 12.5 kilogram (400 troy oz), ketulenan 999.9.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>