Maksud Caj “Gold Premium” Emas Public Gold

emas public gold premium ogos 2017Setiap pembelian emas (dan silver) keluaran Public Gold, ada satu caj yang dinamakan “gold premium” dan “silver premium”. Jadual premium di atas disemak bermula 1 Ogos 2017. Caj ini dikenakan untuk setiap pembelian samada pembelian biasa (non-GAP) atau pembeli melalui Akaun Emas GAP.

Apakah sebenarnya caj premium?

Caj Gold Premium sebenarnya kos Public Gold menghantar emas untuk memudahkan pembeli emas ambil dari mana-mana cawangan Public Gold (serta cawangan Pos Ar-Rahnu) terdekat seluruh Malaysia, Singapore atau Indonesia. Kalau dulu, caj ini dinamakan “transportation cost”.

Untuk makluman sahabat pembaca, emas Public Gold dijual berdasarkan harga emas dunia secara real time. Harga tersebut belum termasuk kos logistik (menggerakkan produk) ke cawangan berhampiran dengan kita.

Bagaimana cara jimatkan kos caj “premium”?

Untuk jimat caj ini, beli (atau keluarkan dari Akaun Emas GAP) item yang lebih besar. Contohnya, caj Gold Premium untuk gold bar 1 gram ialah RM10 keping. Kalau keluarkan 5 keping, maksudnya kita perlu bayar RM50 (RM10 x 5 keping).

Untuk lebih jimat, keluarkan sahaja gold bar 5 gram x 1 keping. Cajnya hanya RM10 sekeping. Jimat RM40 (RM50 – RM10).

gold bar emas 1 gram 5 gram public gold lbmaLebih besar item emas yang dikeluarkan, lebih murah “kos per gram” untuk caj Gold Premium. Ini disebabkan caj premium dikenakan berdasarkan jenis ITEM, bukan caj “per gram”.

Adakah ia caj penghantaran (pos) kepada pembeli?

Bukan. Caj Gold Premium bukanlah caj penghantaran kepada pembeli seperti caj poslaju. Buat masa ini, Public Gold di Malaysia tak mengantarkan emas terus kepada pembeli. Tetapi Public Gold hanya menghantarkan emas ke cawangan Public Gold (atau cawangan Pos Ar-Rahnu terdekat). Selain ambil dari cawangan Public Gold, pembeli emas Public Gold juga boleh ambil dari mana-mana cawangan Pos Ar-Rahnu terdekat (hanya untuk pembeli non-GAP).

Adakah ia caj premium lebih mahal kalau ambil emas di Pos Ar-Rahnu?

Tidak. Caj premium untuk emas yang diambil dari Pos Ar-Rahnu sama sahaja dengan caj premium emas yang diambil terus dari cawangan Public Gold.

Kenapa Public Gold kenakan caj Gold Premium walaupun kita ambil sendiri emas di cawangan Public Gold terdekat?

Cawangan Public Gold tak simpan stok emas yang banyak. Stok emas Public Gold disimpan di Public Safe yang terletak di Bayan Lepas, Penang (Malaysia). Cawangan Public Gold hanyalah distribution centre. Stok yang disimpan di cawangan hanyalah dalam jumlah yang sesuai dengan jumlah jualan sesuatu branch.

Lihat video ini untuk kenali Public Safe, iaitu tempat di mana Public Gold menyimpan stok emasnya.

Mudah-mudahan panduan ini dapat membantu sahabat pembaca faham maksud sebenar caj “gold premium” dan “silver premium”.

Zulkifli
Public Gold Authorised Dealer
Kod : PG002369
+6019 336 8009

Comments on this entry are closed.