Emas Sebagai Hadiah Bernilai Sepanjang Zaman

by on June 2, 2015

Post image for Emas Sebagai Hadiah Bernilai Sepanjang Zaman

Sekarang semakin banyak permintaan beli emas untuk dijadikan hadiah. Bukan sahaja sebagai maskahwin, tetapi untuk hadiah-hadiah yang lain juga. Pernah ada sebuah sekolah contact saya, mereka mahu beli gold bar 1 gram Public Gold untuk dihadiahkan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang. Memang bijak idea mereka – hadiahkan emas!

Siapa nak berikan hadiah dalam nilai sekitar RM160 – RM200, hadiahkanlah emas gold bar 1 gram keluaran Public Gold. Ia bukan sahaja cantik, tetapi ia juga mempunyai nilai sentimental tersendiri, dan nilainya akan sentiasa mahal sepanjang zaman. Ia pasti lebih mengujakan dan menjadi kenangan berharga oleh sesiapa sahaja yang menerimanya.

Masalah Hadiah Dibazirkan

Bila ada emas yang bersaiz kecil dan cantik ini, kita dah tak perlu pening kepala nak beli hadiah apa. Hadiahkan sahaja emas ini. Tak ada orang yang tak suka dengan emas. Tetapi kalau kita beli hadiah-hadiah bentuk lain, mungkin ada orang tak minat atau tak perlukan hadiah itu.

Tak percaya, cuba tengok hadiah-hadiah yang orang bagi masa majlis kenduri kahwin sesiapa sahaja. Saya pasti, bukan sahaja hadiah itu tak digunakan, bahkan banyak yang berlonggok di rumah ibubapa dan mentua! Ia satu pembaziran…

Saya sendiri pun sama. Bila terima hadiah, memang banyak yang saya tak gunakan. Waktu kerja dahulu, ramai orang bagi hadiah pen – bermacam-macam jenis pen. Tetapi saya tetap guna pen yang saya selesa, dan pen-pen yang dihadiahkan itu banyak yang tersimpan dan banyak juga yang rosak dan terpaksa dibuang! Ia lagi satu pembaziran…

Semua Orang Sukakan Emas

Berbeza kalau kita terima emas sebagai hadiah. Semua orang sukakan emas. Ia boleh dijadikan harta bagi penerimanya. Kalau perlukan duit suatu hari nanti, ia boleh dijual untuk dapatkan tunai. Berbeza dengan berikan hadiah wang tunai. Kalau hadiah duit, duit itu akan habis dibelanjakan sekejap sahaja. Tetapi kalau hadiahkan emas, emas tu akan disimpan. Ia akan jadi ‘sentimental value’ bagi penerimanya, dan ia juga bernilai sepanjang zaman.

Bagi saya, emas sesuai untuk dijadikan apa sahaja jenis hadiah, temasuklah;

  • Hadiah kecemerlangan (pelajar, pekerja)
  • Hadiah perkahwinan (maskahwin, pengantin baru, anniversary)
  • Hadiah birthday (kelahiran baru atau sambutan hari lahir)
  • Hadiah perayaan (duit raya, ang pow)
  • Hadiah majlis perpisahan (farewell)
  • Hadiah cenderahati jemputan (penceramah, tetamu kehormat)
  • Hadiah tetamu koperat (client, bisnes partner, affiliates, VVIP) – boleh buat custom design untuk syarikat sebagai hadiah untuk tetamu koperat (tempahan minimum 5 kilogram).

Kalau nak beli emas untuk dijadikan hadiah, saya boleh jamin, gold bar 1 gram Public Gold ini paling murah dalam pasaran berbanding gold bar keluaran syarikat lain, apatah lagi yang dijual di kedai emas.

Bajet Nilai Hadiah Emas

Untuk bajet hadiah, saya boleh syorkan item di bawah, atau boleh juga dengan kombinasi item di bawah yang bersesuai dengan bajet:

  • RM160 – RM200 -> Gold bar 1 gram
  • RM320 – RM400 -> ½ dinar (bersamaan 2.125 gram)
  • RM800 – RM900 -> Gold bar 5 gram

Jadi pilihlah mana-mana item dan design yang sesuai untuk dijadikan hadiah. Public Gold keluarkan pelbagai design mengikut musim. Ia sesuai dijadikan koleksi, hadiah dan juga sebagai pelaburan emas. Boleh semak design semasa di Facebook Page Public Gold International Bhd.

gold bar 1 gram lmba public goldGold bar 1 gram design Classic

gold bar 1 gram wedding 02Gold bar 1 gram design Wedding

gold bar 1 gram birthdayGold bar 1 gram design Birthday

gold bar 1 gram hari rayaGold bar 1 gram design Hari Raya 1436H

Tips Beli Emas Harga Murah

Untuk item yang kecil-kecil (iaitu gold bar 1 gram, gold bar 5 gram, 1/2 Dinar) keluaran Public Gold Gold, saya syorkan beli melalui kaedah GAP (Gold Accumulation Program). Ia jauh lebih murah berbanding beli terus secara cash and carry di cawangan Public Gold. Contohnya hari ini, gold bar 1 gram RM180, tetapi melalui GAP hari ni cuma RM151 + RM5 caj premium. Itemnya sama, cuma kaedah belian sahaja berbeza.

harga emas gap public gold 2 jun 2015Harga GAP 1 gram hari ini – 2 Jun 2015.

harga lbma small bar dinarHarga gold bar 1 gram untuk belian secara “cash and carry” hari ini. Kesemua item yang tersenarai ini lebih murah kalau dibeli melalui kaedah GAP.

Walaupun begitu, harga RM180 itupun sebenarnya sudah murah berbanding gold bar 1 gram di kedai-kedai emas. Semalam saya survey harga gold bar 1 gram di kedai emas sekitar Sg. Buloh, harganya RM195 sekeping. Tetapi Public Gold cuma RM180. Kalau beli melalui GAP, hari ini tak sampai pun RM160.

10365619_1000734433271284_6628048748001210308_o1/2 dinar Public Gold (berat  2.125 gram)

gold bar LBMA 5 gramGold bar 5 gram

Menaikkan Imej Syarikat Dengan Emas

Bagi syarikat koperat (atau individu) yang mahukan custom design, anda boleh cadangkan kepada syarikat untuk membuat tempahan khas dengan meletakkan logo atau identiti syarikat anda sendiri. Ia boleh menaikkan imej syarikat anda di mata penerimanya.

Pengalaman semasa bekerja dahulu, saya perhati, bajet tahunan syarikat untuk menempah hadiah koperat memang besar, tetapi masalahnya, kebanyakkan hadiah koperat ada masalah tersendiri seperti; tak sesuai dengan penerima, hadiah tersebut rosak (yang pastinya mencalarkan imej syarikat), bahkan ada yang tak boleh disimpan lama sebab ‘trend’ yang berubah-ubah.

Jadi dengan membuat custom design gold bar dengan imej koperat, ianya tidak ada lagi ‘tarikh luput’, tiada masalah tentang “trending”, dan tiada masalah barang itu rosak atau lapuk. Emas tetap emas dan ia tetap bernilai dan relevan dijadikan sepanjang zaman.

Tempahan Custom Design Untuk Koperat

Public Gold boleh menerima tempahan untuk custom design kalau bajet minimum 5 kilogram (i.e. nilai sekarang ini sekitar RM750,000). Boleh hubungi saya untuk dapatkan quotation harga sebenar (sebab harga berubah mengikut harga emas dunia) serta urusan tempahan custom design, tetapi saya boleh bagi anggaran harganya sekitar harga GAP semasa + RM15 per gram berserta caj upah untuk design sijil ketulenan RM3,000 one-off.

Emas yang syarikat anda akan dapat itu bebas GST sebab ianya diiktiraf peringkat antarabangsa oleh LBMA (London Bullion Market Association). Maksudnya, ia jauh lebih murah dan lebih ‘high standard’ berbanding tempah di kedai emas, insyaAllah.

Akhir sekali nasihat saya, kalau kena dengan bajet, jangan pening kepala membeli hadiah. Hadiahkanlah emas, pastinya penerimanya lebih gembira dan lebih menghargai hadiah tersebut, dan elakkan pembaziran… insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
2 Jun 2015
14 Syaaban 1436H

{ 19 comments… read them below or add one }

1 Emellia June 3, 2015 at 9:21 am

Assalamualaikum En Zul,

Menyentuh pasal hadiah kahwin pemberian orang, saya lihat di group FB tertentu ada yang memang jual semula hadiah tersebut terutamanya pinggan mangkuk dan barangan elektrik. Memang barangan tersebut masih baru dan belum pernah diguna berdasarkan caption dalam setiap gambar…

Saya secara peribadi hadiahkan rakan-rakan terdekat coin 10Dirham sebagai hadiah perkahwinan dan setakat ni belum ada yang datang jumpa saya semula untuk jual coin itu…:-).

Alhamdulillah…

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie June 3, 2015 at 9:37 am

Wslm Pn. Emellia,

Betul, saya fikir trend hadiah perkahwinan perlu diubah kepada item yang lebih bermakna, seperti emas.

InsyaAllah.

Reply

3 Dala June 4, 2015 at 5:32 pm

Assalamualaikum. .
en.zul.. sy berminat nk beli coin 10dirham pwrgold..tp sy bukan ahli..urmm.. macamana sy nk tau harga dia ye dan nk beli? Lg satu kalau da beli nti nk jual balik dekat mana ye? Pastu antara dirham pwrgold dgn dirham kelantan mana lg baik? Minta pandangan..terima kasih sudi jawab..

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie June 4, 2015 at 10:01 pm

Wslm Pn. Dala,

Saya ejen Public Gold, bukan Power Gold. Saya tak tahu tentang Power Gold. Cuba puan tanya ejen dia.

Kalau nak beli dirham Public Gold, puan boleh contact saya 019-336 8009 (wassap / sms / call). Nanti saya guide cara pembeliannya, insyaAllah.

Reply

5 Dala June 4, 2015 at 10:21 pm

Ehehe tersalah tulis la pula..nk tnye public gold sebenarnye..

Reply

6 hassan June 8, 2015 at 8:51 pm

Assalamualaikum wbt.
Saya nak bertanya mengenai cara bermain emas nyata dgn usaha kita sendiri utk pajak dan tebus sendiri di ar rahnu.
sebagai contoh katalah kita fully dependent pada permainan emas ni sebagai income kita, kita beli 2 set emas katakan setiap set beratnya 100gram, pada permulaan kita pajak SET A pertama untuk mendapatkan 65% dari nilai marhum dan simpan duit utk beli balik emas atau tambah andai kata nilai emas susut sedikit, kemudian selang beberapa bulan saya pajak lagi SET B untuk rolling duit tu dan selamatkan set A dan begitu seterusnya.
soalan saya:
Adakah cara ni lebih menguntungkan?
Emas yang jenis ape terbaik untuk buat macam ni?barang kemas atau emas yang coin tu?

sekian terima kasih

Reply

7 Mohd Zulkifli Shafie June 9, 2015 at 12:27 am

Wslm En. Hassan,

1. Secara asasnya, ada 3 cara jana keuntungan dengan emas. Boleh baca artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/10/3-strategi-asas-jana-keuntungan-pelaburan-emas.html.

2. Kaedah beli, pajak, beli lagi dan pajak lagi, itu dinamakan “Teknik Manipulasi Pinjaman Ar-Rahnu”. Kaedah begitu, risiko rugi lebih besar daripada potensi untung. Boleh baca penjelasan lanjut saya dalam artikel di link http://www.bit.ly/manipulasiarrahnu .

Reply

8 farisya June 9, 2015 at 7:50 pm

tak terfikir pulak… boleh dijadikan hadiah rupanya..

Reply

9 Mohd Zulkifli Shafie June 9, 2015 at 8:04 pm
10 shida idris June 11, 2015 at 3:57 pm

assalamualaikum en zulkifli,

saya nak beli gold bar 1 gram with GAP. saya check kat website harga dia harini 11/6/2015 RM152. so saya kena masukkan RM157 kan (caj premium). lagi satu, saya nak kad design birthday, macam mana caranya?

dan satu lagi, saya ingat nak beli emas setiap bulan tapi mana lagi untung beli gold bar 1 gram setiap bulan atau tunggu duit dan beli gold bar 10gram. introducer, saya letakkan en zulkifli since saya sangat sukakan maklumat yang saya dapat dari blog tuan.

Reply

11 Mohd Zulkifli Shafie June 11, 2015 at 4:29 pm

Wslm Pn Shida,

1.Masukkan RM152 je hari ni. RM5 tu bayar masa nak ambil emas nanti.

2.Masa nak keluarkan emas tu nanti, call branch terdekat dan minta mereka reserve design yang puan nak tu.

3. Saya prefer beli secara konsisten walaupun sedikit untuk pemurataan kos belian tu.

4. Boleh, silakan puan. Kod saya PG002369 Mohd Zulkifli Shafie.

Apa-apa persoalan, puan boleh wassap terus kepada saya 019-336 8009. InsyaAllah lebih cepat saya reply.

Reply

12 Nazri June 17, 2015 at 9:49 pm

Salam tuan,
Saya mula meminati emas melalui pembacaan tentang ekonomi dunia, fiat money, currenry etc. Malangnya saya terlebih dulu mngenali PG dan lambat berjumpa blog tuan. Sy tlh mendaftar dan membeli emas yg melayakkan sy jd dealer tanpa ada introducer.
1. Bolehkah saya tukar Introducer kepada nama tuan spy blh sy boleh dapat nasihat tuan dari masa ke semasa

Reply

13 Mohd Zulkifli Shafie June 18, 2015 at 8:11 am

Wslm En. Nazri,

Alhamdulillah sebab dah bermula.

Introducer tak boleh tukar, kecuali En. Nazri nak buat belian lagi RM200k dalam satu belian untuk upgrade menjadi Priority Dealer. Walaubagaimanapun, En. Nazri boleh jer contact saya untuk dapatkan apa-apa nasihat tentang emas dari semasa ke semasa. InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu. InsyaAllah.

Reply

14 Nazri June 18, 2015 at 11:29 am

Tq tuan. Sy baru ambil emas d caw PG. Staff bgtau boleh tukar Introducer sbb pmblian baru lg. So saya letak nama tuan sbg introducer

Reply

15 Mohd Zulkifli Shafie June 18, 2015 at 2:41 pm

Ok En. Nazri. Alhamdulillah.

Nanti En. Nazri wassap kepada saya 019-336 8009 Maklumat dan PG Code En. Nazri. Saya ada nak bagi tips penting untuk dealer-dealer di bawah bimbingan saya.

Reply

16 Robi Erwin Setiawan June 28, 2015 at 3:55 pm

Assalamualaikum salam kenal ya akhi Mohd Zulkifli Shafie,

Klo di tempat rekan saya bekerja, emas dijadikan reward/hadiah bagi karyawan/pegawai yang berprestasi. Namun ini berlaku untuk level menengah atau bawah saja. Sebagai pemicu semangat berkerja. Untuk top level management cara ini tidak terlalu signifikan dalam hal menjaga loyalitas. Tetapi untuk level menengah dan bawah loyalitas bisa ditingkatkan dengan reward emas.

Salam kenal ya dari Indonesia. :)

Reply

17 Mohd Zulkifli Shafie June 30, 2015 at 8:59 am

Wslm Akhi Robi,

Terima kasih kerana berkongsi pengalaman yang menarik. Alhaamdulillah.

Salam perkenalan juga dari saya. :)

Reply

18 farah February 16, 2016 at 10:22 am

Salam tuan. macam mana nak beli gold coin dengan kad tema hari jadi tu? kat mana harus saya refer?

Reply

19 Mohd Zulkifli Shafie February 16, 2016 at 11:33 am

Wslm Pn. Farah,

Boleh beli terus di office Public Gold dengan harga RM200 (harga hari ni). Atau beli melalui akaun emas GAP. Hari ni cuma RM175 + RM5 jer. RM5 tu bayar masa nak keluarkan emas tu. Untuk beli kaedah GAP, boleh baca artikel saya di link http://www.bit.ly/beliemasgap .

Atau boleh wassap saya 019-336 8009 kalau ada apa-apa persoalan. Nanti saya guide, insyaAllah.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: