MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Pakai Otak, Selesaikan Masalah Sendiri (DIY)

June 10, 2015

Pengalaman pertama tukar pintu rumah sendiri; kerjanya simple, tapi tak mudah juga kalau tak biasa. Saya memang tak biasa dengan kerja-kerja ‘bertukang’ macam ni. Beberapa tahun sebelum ni, saya upah orang lain jer untuk kerja-kerja macam ni; samada paip rosak, tukar lampu, baiki tandas dsb. Ramai orang yang buat kerja begini ialah rakan Indonesia atau Bangladesh. Sekali upah pasang pintu begini, satu pintu mereka caj sekitar RM100 – RM150. Saya tanya di kedai-kedai hardware yang jual pintu, semuanya tak sediakan servis pasang pintu sekali. Mereka cuma jual pintu sahaja. Bila nak pasang, kena cari orang lain katanya.

Semalam separuh hari saya dan isteri habiskan masa untuk tukar pintu sebuah rumah yang kami nak sewakan. Dari sebelum zohor sampai petang, cuma dapat pasang 2 pintu sahaja - pengalaman pertama. Tinggal lagi dua pintu yang nak ditukar. Saya fikir-fikir, daripada upah orang RM100 untuk satu pintu, why not saya belajar pasang dan upah diri sendiri?!

Kerjanya Mudah, Upahnya Mahal

Alhamdulillah, ilmu dan pengalaman baru yang saya dapat. Rupa-rupanya kerja-kerja ‘bertukang’ mudah jer. Kalau orang yang tak ada diploma atau ijazah pun boleh buat, inikan pula kita orang yang berpelajaran. Bahkan, ramai pendatang asing yang jadi kaya raya di Malaysia dengan hanya ambil upah bertukang.

Dulu saya pernah upah orang Indonesia untuk baiki sinki bocor dan tukar kepala paip. Dia minta upah RM250! Aduh… Mahalnya. Tapi nak buat macam mana, kalau tak upah orang, saya memang tak boleh buat sendiri – tak ada pengalaman, dan sibuk. Lepas berunding harga, dia setuju caj cuma RM200 (tak termasuk barang)!

Tapi bila saya ambil keputusan untuk ‘mencabar’ diri sendiri untuk belajar sesuatu yang baru, saya cuba baiki sendiri sinki-sinki yang rosak, masyaAllah, rupa-rupanya mudah sahaja baiki sendiri. Bahkan saya boleh baiki dengan cara yang lebih baik dari Indon tu buat. Masa saya upah Indon tu, lepas seminggu, sinki tu bocor semula. Masa saya buat sendiri, saya ‘kaji’ kenapa ia bocor dan ‘pakai otak’ untuk cari penyelesainnya. Alhamdulillah, ianya selesai. Ia tak susah, saya hanya perlu ‘pakai otak’ sahaja!

Bila 'pakai otak', saya terpaksa fikir lain dari biasa. Kenalpasti masalah sebenar, dan cari penyelesainya. Bila saya dapat kenal pasti masalah sinki bocor sebab kedudukan paip bawah sinki tu tak boleh fleksible, saya mula cari paip yang boleh jadi fleksible. Jadi saya pergi survey di kedai-kedai, rupanya memang ada paip yang fleksible. Salah satu cara belajar 'bertukang' ni, saya minta cadangan penyelesaian dari tokey kedai hardware tu sendiri. Ada tokey kedai yang memang friendly dan suka membantu. Alhamdulillah.

Cabar Diri Sendiri Untuk Belajar

Kekadang banyak perkara dalam hidup ini boleh selesai dengan mudah hanya dengan ‘pakai otak’. Masalah selalunya tak selesai sebab kita pakai emosi, bukan ‘pakai otak’. Kata guru kewangan saya, orang yang banyak masalah kewangan, biasanya bukan sahaja malas kerja keras, tetapi pakai otak pun malas katanya!

Kita terlalu biasa dengan buat kerja-kerja rutin yang membuatkan kita malas berfikir. Bila malas berfikir, kita terpaksa terlalu bergantung kepada orang lain – upah orang, minta nasihat dari orang yang salah dsb. Perkara semudah tukar kepala paip pun terpaksa upah orang lain. Padahal kerja itu tak sesusah belajar ambil diploma atau Ijazah!

Sejak akhir-akhir ini, saya mencabar diri untuk buat dan belajar perkara-perkara yang baru. Kalau hal bertukang di rumah yang simple-simple tu, saya belajar buat sendiri. Selagi tak buat sendiri, saya tak akan belajar. Saya fikir, apa guna belajar subjek “Kemahiran Hidup” masa di sekolah kalau kerja-kerja bertukang yang simple pun terpaksa upah orang?!

Pakai Otak, Masalah Akan Selesai

Hari tu van yang saya baru beli (second hand) ada masalah; angin panas daripada enjin masuk ke bahagian dalam van melalui bahagian gear. Jadi, air-cond jadi kurang sejuk dan lagi satu, bunyinya bising sebab enjin van tu betul-betul di bawah tempat duduk driver. Saya bawa ke dua buah workshop dan tanya pomen, mereka cakap tak boleh buat. Saya rasa bukan tak boleh buat, tapi mereka malas fikir untuk selesaikan masalah yang mungkin tak mendatangkan duit. Ada pomen yang bagi nasihat yang salah; suruh saya bawa ke kedai kusyen untuk tutup bahagian yang masuk angin panas tu.

Jadi saya pun mula ‘pakai otak’… Biar saya cari jalan penyelesaiannya sendiri...

Saya buka bahagian gear yang masuk angin tu untuk kenal pasti, apa masalah sebenar dan ‘cari jalan’ penyelesaiannya. Saya fikir, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Kalau van sebagus itupun orang boleh buat, inikan pulak nak selesaikan masalah kecil macam tu. Saya perlu cari penyelesaian itu sendiri.

Setiap masalah, pasti ada jalan penyelesaiannya...

Sesekali Upah Diri Sendiri

Lepas buka bahagian gear, baru saya faham masalah sebenar – salah pasang getah penutup gear dan getah yang lama tu pun dah sedikit terkoyak. Mungkin pomen semasa owner lama yang salah pasang. Jadi saya buka balik dan pasang sendiri, tak sampai 30 minit, alhamdulillah saya dah jumpa penyelesaiannya. Tapi masih ada 5 biji skrew yang dah hilang...

Saya bawa contoh skrew tu ke kedai-kedai hardware, tapi semuanya tak ada. Saya pergi tanya di dua buah bengkel motosikal, alhamdulillah, baru jumpa skrew yang ‘sama waktu dengannya'. Walaupun tak betul-betul sama, janji boleh pasang. Alhamdulillah, masalah kemasukan ‘angin panas’ dan bunyi bising selesai semua… Syukur, puji-pujian bagi Allah.

Sekarang ini, saya tak lagi upah orang lain untuk kerja-kerja bertukang dan kerja-kerja baiki yang simple; baiki sinki, tukar paip, tukar kepala paip, paip tersumbat, masalah pam tandas rosak, tukar pintu, tukar tombol pintu, tukar lampu, kerja-kerja mengecat dll. Kerja-kerja tu semuanya mudah kalau kita ‘pakai otak’ yang Tuhan beri.

Daripada upah orang lain, lebih baik upah diri sendiri... InsyaAllah…

Zulkifli
Damansara Damai
10 Jun 2015
22 Syaaban 1436H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • setuju dgn pendapat tuan,
    sy pernah praktikkan masalah ‘pakai otak’ ini apabila tahun lepas motor yamaha LC kesayangan sy tiba2 enjin mati sewaktu bergerak dijalan raya.
    sy syak caburator problem je,sy tolak ke kedai motor.bila check pomen tu cakap kena turun enjin,sebab satu jarum caburetor masuk dlm blok.
    kedai tu mintak upah dan tukar alat ganti sebanyak rm1.5k..sy rasa nak pitam.itu baru LC bukan superbike..dlm keadaan terdesak sy call kawan2 lama yg masih aktif bermain moto ‘rempit’ di kg..sebagai tempat bertanya.
    akhirnya sy ambil keputusan ‘overhaul’ sendiri motor berpandukan guide dari mereka.biarlah habis credit telefon dari bawa kekadai motor..hanya melalui wassap sy memberanikan diri membuka motor,bersama tools sy meninggalkan komponen engine satu persatu.rupanya piston engine sy sudah patah.sy beli spare part kt kedai alat ganti x abis rm300 pun..pasang..syukur,kos keseluruhan overhaul x sampai rm500 pun…bila fikir balik sy mcm x percaya apa yg sy buat…tapi kalau kena sekali lagi mungkin x boleh buat kut..hehe

  • Assalamualaikum..kisah akak pla tntng salur paip dr sinki trsumbat..dh bgtau suami tp asyik tangguh je..geram sgt dgn keadaan tu try bwat sendri..tp malang x berbau terlpa nk tutup lubang yg covernye dr steel..kaki tersadung..apalg dpt 5 jhitan n 3hr mc..paip pl msih blum spnuhnye elok..dek kerana accident tu suami pn sgera mnta tolong dr shbtnye baiki paip trsumbat..ade hikmah dsbaliknye..

  • sekarang ni semua benda boleh belajar dari youtube. saya buat wiring bilik sendiri pun belajar dari youtube saja 😀

  • betul tu tuan… pengalaman saya ‘do it yourself’ (DIY) banyak kelebihannya. Terutama bagi pemilik rumah baru. Pertama sekali sy cadangkan belilah satu set drill. Saya punya dah 4 tahun digunakn dan masih lagi elok. Tak sampai RM200 pun satu set. Banyak yg kita boleh buat sendiri seperti mengantung rail langsir, gambar hiasan, jam dinding, membuat tambahan kunci, kipas dinding, menggantung cermin dalam bilik air, tempat penyakut tuala dan macam-macam lagi. Kita boleh buat anytime and anywhere. Bayangkan kalau upah orang, dah berapa ratus mungkin ribu dihabiskan. Mungkin juga banyak masa dihabiskan untuk menunggu orang datang.

  • Salam

    Betul tu Encik Zul. Banyak kebaikannya jika ada kemahiran sendiri. Alhamdulillah, suami saya dikurniakan kemahiran itu. Bertukang, baiki peralatan elektrik, baiki bumbung bocor dan macam2 lagi dia boleh buat sendiri, Insya Allah. Jika tak boleh pun, dia tau kat mana nak beli peralatan yang sesuai dan berpatutan harganya. Bila berkelapangan, dia suka survey peralatan terkini dan compare harga di kedai2 dan berkawan dengan penjual/tukang. Dapat ilmu, dapat kawan dan dapat jimat kos.. 🙂

  • Assalamualaikum…

    Sama juga jika asyik makan di kedai.

    Lebih baik kita masak sendiri.

    Nak western? makanan ala-ala bangsawan?

    dalam Youtube boleh belajar.

    Ketika 2010, saya pernah mencuba mengecat sendiri side mirror kereta saya, upgrade daripada manual folding kepada autofolding,

    masa tu saya fb, msg, call kawan-kawan yang biasa buat DIY dalam garaj rumah mereka.

    Alhamdulillah, walaupun hasil kerja tak sekemas di bengkel, saya berpuas hati.

  • terima kasih kerana memberikan saya semangat luar biasa…baca je artikel initerus teringat mesin basuh yang tiba2 xleh spin n xboleh kuar air basuhan…mmg nekad “tukang”….mcm tuan cakap…fikir guna “otak”…belek sana belek sini…kira nekad la jugak…akhirnya jumpa masalah…stokin tangan anak saya tersumbat…lepas buang je, terus ok….fuhh, kalau panggil orang repair tu entah ape la di kelentong…sudah takdir penulisan tuan menjadi asbab penyelesaian masalah saya…terima kasih…alhamdulillah 🙂

  • Alhamdulillah…Terbaek En Zul. Betul sgt. Kos potong rumput di halaman rumah sy yg disewakan agak membebankan, setiap 2 bln skali. Jk kol tukang potong rumah, ckp rm80-100, akan cpt datang.. jk ckp RM50, mrk ckp Bz..dan akan dtg bila mrk free. Jk ckp RM30, mmg tak akan dtg. Slps 2 kali upah potong, rase membebankan. Tanya member2, google2, terus beli mesin rumput sendiri. Br RM300 new set tmasuk 2T dan lain2. Smpai skrg masih elok. Bila tak dpt idupkan, usik2 kt engine, jumpe button, try tekan, rupanya utk release petrol tersumbat dan dpt idup. jk masih xdpt, tkar plug.. Dpat kuarkan peluh skali. Alhamdulillah.

  • Betul En Zul. Saya sangat bersyukur ada seorang ayah yang selalu buat DIY ni. Dari buat kabinet dapur, sampai la betul atap rumah, semua dia buat sendiri.Bila sy tak dapat buat sesuatu, ayah selalu perli “Haishh, kemahiran hidup lemah” lepastu dia akan buat dan ajar satu2.. Memang banyak save duit. Rindu ayah!

  • Sekadar berkongsi cerita.

    Benar Encik Zul…
    BERFIKIR…dlm Quran pun ada di sebut sebut bagi mereka mereka yg berfikir..
    Jika kita berfikir akan terungkailah segala yg tersembunyi..
    Kalau org lain boleh buat kenapa sendiri tak leh buat.
    hanya perlukan masa.keberanian dan separuh modal dari kita bayar upah org buat.
    Mula saya membuat banyak kerja2 secara sendiri bila kita terdesak tak punya wang cukup..
    Saya pernah buat pinjaman peribadi di Bank utk repair rumah 15 ribu..
    saya gunakan buat rumah yang sederhana besar 3 bilik dgn hanya bertukang sendiri cuma habis 7 ribu sahaja ..ini kisah 12 tahun dahulu..(belajar campuran simen tanya otai2 di kampung..sekarang internet berlambak)
    dgn hanya berfikir..kreatif..keberanian ..teliti dan rajin MELIHAT..apa yg di lihat melekat dlm OTAK..
    kerana saya juga seorang pelukis buku kanak2 ini semua dikira bakat seni
    yg di kurniakan Pencipta..
    apa pun tak semesti nya bakat tapi kita kena BERANI mencuba..
    kalau repair2 tukar miyak itam kereta /moto …jangan harap lah kedai nak duit saya…
    Baru2 ni paip bocor hanya modal rm120 sahaja masalah selesai-masa setengah hari+korek tanah….upah org lain cecah 4 ke 5 ratus.
    Mari kita jadi BERANI dan seorang yg suka BERFIKIR.
    satu lagi jgn lupa..Jangan takut beli emas fizikal utk melabur duit takan lebur.

  • Alhamdulillah, ayah saya memang dari saya kecil ayah telah trained untuk buat kerja kemahiran hidup. Sekarang segala apa saja kerosakan yang minor atau biasa boleh saya buat sendiri. Buat tambah wiring plug/water heater buat sendiri je. Sekali je kena panggil kontraktor kerana paip utama bocor didalam dinding. Terpaksa panggil kontraktor kerana kerosakan major/besar. RM1400 gak abis tapi dapat la belajar. Sambil mereka buat, saya tengok dan belajar bagaimana mereka buat. InsyaAllah selepas ni boleh buat sendiri. Kalau buat sendiri, cut cost yang banyak sekali. Jimat banyak..

  • ASSALAM,

    Kepada yang memerlukan kursus kemahiran jangka pendek yang bhampiran kediaman tuan CTHnya pusat latihan kemahiran kerajaan ILP, IKM, IKBN, GIATMARA, Kolej Kominiti di seluruh negara. , Yuran kursus adalah murah,Jika brnasib baik dapt kursus percuma.

    http://www.jtm.gov.my

  • Salute dengan cara hidup En zul…menggunakan kemahiran diri mmperbaiki keperluan sampingan, islam perlukan banyak org seperti En zul yg mmpunyai usaha sendiri tanpa bergantung kpd org lain..barakallahufi.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >