Nak settle hutang atau nak tambah ‘harta’? Persoalan ni banyak yang confuse.
Banyak orang kelam-kabut buat keputusan tambah lagi komitmen hutang walaupun komitmen sedia ada pun dia ‘sesak nafas’ nak tanggung.
Belum apa-apa lagi, dia kelam-kabut beli rumah impian, beli tanah di kampung untuk hari tua (sebab takut harga tanah makan mahal), buat pinjaman sana-sini untuk berniaga dan untuk ‘melebur’, dan akhir sekali, kewangan yang sempit makin terhimpit!
Nasihat saya, sabarlah dahulu. Saya percaya, peluang-peluang yang terbaik sentiasa ada bila kita ‘berduit’.
Ibarat Orang Tengah Sakit
Bila kewangan kita tengah bermasalah, itulah yang membuatkan kita rasa risau; takut rumah makin mahal, tanah makin mahal, takut tak mampu beli pada masa akan datang, takut rugi kalau tak melabur sekarang (walaupun hakikatnya ramai yang ‘lebur’ bila melabur ikut emosi) dan sebagainya.
Ibarat orang yang tengah sakit. Cakaplah apa ubat ataupun rawatan yang boleh sembuhkan penyakit dia, mesti dia akan beli! Walaupun pada hakikatnya ia bukan sahaja tak dapat sembuhkan penyakit dia, bahkan tambah lagi masalah lain - masalah kewangan!
Jadi kena sabar dulu. Ambil tempoh bertenang supaya kita buat sesuatu keputusan kewangan dengan rasional, bukan emosional.
Bina Kekayaan Step-by-step
Dalam membina kekayaan, saya lebih suka selesaikan satu persatu, step-by-step. Apa pun keputusan, saya akan pastikan kewangan saya dalam keadaan yang saya mampu bernafas lega;
- Adakan simpan minimum 3 bulan pendapatan sebagai dana kecemasan.
- Fokus langsaikan hutang-hutang negatif yang memiskinkan.
- Cukupkan simpanan 6 - 12 bulan pendapatan
- Fokus tambah harta, dan barulah mula melabur secara aktif...
Tak akan ke mana ‘dunia’ yang kita terkejar-kejar itu. Suatu hari nanti, pasti kita akan tinggalkannya semua tu dan kita akan balik kepada Tuhan sehelai sepinggang juga akhirnya.
Sentiasa Dapat Tidur Lena
Jadi biarlah harga rumah dan harga tanah makin naik melambung-melambung pun. Apa yang nak dirisaukan? Kita tetap ada tempat untuk tinggal dan tempat untuk berteduh kan?
Kalau terpaksa menyewa dulu pun tak apa. Bukannya rumah sewa itu tak ada bumbung atau tak ada dinding kan? Yang paling penting, kita boleh tidur lena setiap malam sebab bebas masalah kewangan.
Setiap kali tiba hari gaji, kita rasa seronok sebab dapat menabung sebahagian pendapatan setiap bulan. Bukannya sekadar “keluar pagi balik petang, cukup bulan bayar hutang”!
Bila Bank Suka
Bila kedudukan kewangan kita baik (walaupun pendapatan tak sebesar mana), bank akan berebut-rebut datang nak bagi pinjaman. Itu antara peluang yang datang bila kita dah berduit.
Dan itulah waktu sesuai untuk menggandakan kekayaan dengan ‘hutang’, insyaAllah.
Bila berduit, kita lebih tenang buat keputusan kewangan. Bila berduit, kita berpeluang dapat banyak “good deal”. Kita akan lebih rasional, dan tak gopoh untuk buat apa-apa keputusan tentang pelaburan atau bisnes.
Jadi risiko kita buat silap tentang kewangan lebih rendah, dan peluang untuk lebih kaya akan lebih mudah. InsyaAllah.
Lebih Kaya Bila Kurang Tekanan
Saya nak cerita tentang seorang kawan yang suka dengan superbike. Dia bukan sahaja pakai superbike, tetapi dia jual beli superbike secara suka-suka.
Apa yang saya perhatikan, setiap 2, 3 bulan sekali dia tukar superbike dan dia buat duit dengan jual beli superbike.
Yang terbaru, dia jual superbike pada harga RM20,000, sedangkan dia baru sahaja BELI SECARA TUNAI RM16,000 (second-hand) beberapa bulan sebelum itu.
Lepas dah guna superbike tu, dia saja-saja letak iklan di internet. Kalau tak ada orang beli pun tak apa katanya sebab dia memang guna superbike tu. Dia tak ‘desperate’ untuk jual. Tapi lepas sebulan, ada pembeli dan dia untung RM4,000!
Orang Berduit Mudah Dapat ‘Good Deal’
Sekarang dia beli lagi superbike baru (juga second-hand). Lepas dah pakai nanti, saya pasti dia akan jual semula dan buat duit! Mudahnya buat duit kalau kita berduit.
Tapi kalau orang yang beli superbike tu secara ansuran, duit dia sudahpun tersangkut pada superbike itu. Dan tak mudah untuk dapat ‘good deal’ bila dalam keadaan ‘desperate’.
Jadi kena banyak bersabar dalam membina kekayaan. Setiap keputusan kewangan yang nak dibuat (samada nak buat pinjaman atau nak tambah lagi pelaburan), pastikan kita masih dalam ruang yang mampu untuk bernafas lega. Peluang-peluang yang bagus tetap akan datang bila kita ada duit nanti, insyaAllah.
Kita hanya perlu berusaha dan bersabar dalam mencari kekayaan milik Tuhan...
Wallahu a’lam.
Assalamualaikum, tuan
Target saya sebelum hujung tahun ni.
1)Simpan minimum 3 bulan pendapatan
2)Cukupkan simpanan 6 bulan pendapatan
Target seterusnya:-
1)Fokus langsaikan hutang-hutang negatif
saya cuba selesaikan dulu hutang pinjaman kereta yang masih berbaki RM 5962.
Pada pendapat tuan, yang mana lebih praktikal dan menguntungkan?
1) teruskan buat simpanan bulanan (ikat perut sebab bujang, ahahah) dan teruskan pembayaran bulanan pinjaman kereta seperti biasa sehingga habis 24 bulan.
atau
2) keluarkan simpanan sebanyak RM 5962 pergi bank untuk buat full settlement sekali langsam, pada masa yang sama simpanan bulanan (kaedah ikat perut) dijalankan seperti biasa.
Maaf En. Zul..
Saya tolong jawabkan pertanyaan hanis zharif.
Jika ikutkan pendapat ayah saya, dia pasti cadangkan kenyataan no. 1 itu. Saya pernah bertanya soalan ini kepada dia dahulu. Dia kata teruskan kehidupan seperti biasa, simpan seperti biasa. Kenapa perlu bayar habis, kenapa perlu beri duit sebanyak itu kepada org/bank. Bayar kepada diri sendiri dulu ( simpan utk diri sendiri) dan kemudian baru bayar kpd org lain.
Kedua,
Dulu2 saya pernah membuat pinjaman dr Bank Rakyat. Setelah baki tinggal RM10 ribu, saya ambik keputusan nekad untuk selesaikan semua hutang. Saya bayar dalam RM8 ribu lebih ( jimat RM1 ribu lebih). Semasa itu simpanan saya sudah byk, jadi tidak menjejaskan kehidupan saya. Bagi saya bila tiada hutang bulan2 ini, kehidupan lebih aman dan tenang… tq.
Wslm En. Hanis,
Mana-mana pun ok. Tapi saya prefer no. 2 sebab bila dah bebas hutang, kita akan dapat semangat baru dan lebih bermotivasi untuk membina kekayaan. InsyaAllah.
Terima kasih juga Pn. Nani atas pandangan tersebut.
Salam Encik Zul
Artikel yang sangat bermanfaat. Saya suka sebab Encik Zul kembali aktif menulis di laman ini, dan sentiasa ada entry baru yang dinantikan bila berkunjung ke salah satu favourite sites saya ini. Semoga Encik Zul terus berkongsi ilmu dengan para pembaca. Mungkin Encik Zul tak tahu, banyak sangat yang Encik Zul dah bantu saya melalui laman ini. Terima kasih.
Selamat menyambut bulan Ramadhan kepada Encik Zul dan Puan Najdah serta semua pembaca..
Wslm Pn. Nana,
Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ini terus bermanfaat, insyaAllah.
Selamat menyambut Ramadhan 1436H. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini dapat membentuk kita jadi orang yang bertaqwa, insyaAllah.
salam, saya nak tanya pendapat. boleh kah kita simpan sambil melabur. contoh nya kalau kita simpan 3 bulan pendapatan dalam unit amanah. sama ada praktikal atau tidak?
lagi satu saya ada hutang kad kredit akibat kesilapan saya dulu. mana lebih prirority?. langsai hutang kad kredit atau simpanan 3 bulan dahulu?
Wslm En. Fendi,
1. Saya prefer simpan dalam akaun seperti Tabung Haji jer sebab tak ada risiko harga naik turun. Kalau unit amanat, ada caj yang dipotong dari caruman kita dan tertakluk kepada harga unit yang naik turun.
2. Saya prefer cukupkan 3 bulan pendapatan dahulu, lepas tu settle semua hutang. Sebelum capai 3 bulan pendapatan, semua hutang-hutang tu di bayar mengikut jadual ansuran seperti biasa.
Allahu a’lam.
Terbaik tuan Zul!! 😀
Alhamdulillah..
Salam encik Zul….saya ingin meminta pendapat…saya berminat dlm bidang computer dan akan myambung plajaran HND in computing…akan tetapi setelah rajin membaca blog ini saya mula berminat utk blajar bniaga dan ingin mgambil course business management…akan tetapi saya jadi serba salah…mohon pandangan dan nasihat.
Wslm En. Mohd Kamal,
Setahu saya course Business Management tak mengajar jadi usahawan, tetapi mengajar jadi pekerja. Kalau minat berniaga, kena belajar dari guru-guru perniagaan sendiri. Mulakan bisnes sendiri dan cari guru di luar.
Saya setuju dengan En Zul sebab saya sendiri dari aliran Busines. Hasilnya saya lebih kepada menjadi pekerja. Isteri cuma SPM tetapi melompat dari satu company ke company lain untuk menimba ilmu sepak terajang sebelum mencebur diri dalam bisness. Walau rasa dah mendalam, tetapi ilmu2 baru akan datang setiap masa yang tak ada diajar dalam kuliah. Buat saja computing sambil2 tu boleh berniaga utk ambil experience..
Alhamdulillah…perkongsian yg hebat tuan. Tq.
Alhamdulillah. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
Saya mengambil prinsip abah saya…hidup xde hutang…senang!
Alhamdulillah…
As salam. Sya cukup tertarik dgn blog tuan ini..sya ingin meminta sedikit saranan..sya ingin memulakan bisnes tp tidak tahu step-step nya..boleh tuan cadangkn blog atau website yg sesuai utk sya memndapat ilmu memulakan bisnes..tkasih.
Wslm tuan,
Alhamdulillah.
Untuk memulakan bisnes, saya syorkan tuan baca artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2013/02/4-langkah-mudah-memulakan-bisnes-sendiri.html . Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
As salam
En.Zul….Salam Ramadan Al Mubarak…. Saya ingin pandangan dari En.Zul..
1. Hutang rumah RM35 K di bank. bulanan rm380.00 rumah nama suami ..berbaloikah jika suami selesai hutang lebih awal dari sepatutnya dengan cara pengeluaran KWSP-akaun 2.
2. PL saya masih ada banyak lg .bulanan dalam RM1022.00 . Pinjaman ASB RM 10k – bulanan rm198.00-10 thn .saya ingin membuat PL sekali lagi setelah di hitung dalam rm174.00 bulanan ..dapat di di tangan dalam RM13K. wang tersebut saya gunakan untul beli emas.memandang jika disimpan ia akan lebur.adakah menguntungkan @membebankan.
Terima kasi..:)
Wslm Pn. Faezah,
1. Saya rasa berbaloi.
2. PL baru ansuran bulanan cuma RM174.00? Kalau loan baru boleh jimatkan dalam RM800 ansuran bulanan, itu bagus untuk ‘restructure’ semua komitmen bulanan.
Allahu a’lam.
salam… nak tanye pendapat tuan…. sy baru keje gov awl thn ni dan blum kawin lg… gaji hampir 4k jer sbulan.. hutang ptptn interest 1% ada dlm 21k blum bayar lg.. cadang mau bli tanah kat kg dengan cara wat personal loan dan langsaikan ptptn dengan wat loan baru… adakah tindakan ini betul atau sy tak perlu langsaikan ptptn dengan cara skaligus guna wang loan? apakah cara sesuai simpan duit untuk kahwin ? mohon pandangan dan nasihat
Wslm En. P,
1. Langsai PTPTN dengan duit personal loan tu merugikan sebab interestnya jauh lebih tinggin berbanding PTPTN.
2. Beli tanah pakai personal loan ok. Kalau terdesak sangat nanti, boleh jual tanah tu untuk bayar balik loan.
3. Saya prefer simpan dalam Tabung Haji jer dulu.
Allahu a’lam.
Salam en.zul. Sy bercadang hendak membeli emas 1 gram, setiap bulan selama setahun. Sy hendak menjadikan ia sbg simpanan (kalau nak pakai duit, baru jual). Cthnya, sbg tabungan utk pendidikan anak2. Soalan saya:
1) Adakah cara sy ini betul?
2) Bagaimana dgn zakat emas? Kalau x silap sy ada amount tertentu barulah dikenakan zakat?
3) Ada kawan mencadangkan supaya beli dinar. Apa bezanya ya?
Terima kasih.
Wslm En. Kemey,
1. Kalau untuk simpanan jangka panjang, memang sesuai beli emas.
2. Kalau cukup 85 gram disimpan tempoh cukup setahun baru kena zakat. 2.5% setahun.
3. Lebih kurang jer. 1 dinar tu syiling emas berat 4.25 gram.
Sama-sama En. Kemey.
Salam Encik Zulkifli,
Saya sangat tertarik dan termotivasi dengan info2 tuan.
Saya nak minta idea dan pendapat tuan..
Saya target untuk langsaikan hutang PTPTN saya dalam tempoh masa 3 tahun iaitu dari 2015-2017 yang berjumlah terkini lebih kurang RM30K (walaupun nampak macam mustahil pada mulanya tapi saya bertekad!InsyaALLAH ada jalannya). Saya dah buat jadual perbelanjaan dari gaji bulanan saya, tolak petrol, tol, keperluan anak,bil telefon,duit ibu abah, kereta (share bayar dengan suami), dll.
PTPTN (saya bayar setiap bulan untuk – 2 bulan ansuran bayaran DIPLOMA dan 2 bulan ansuran bayaran IJAZAH) cuma simpan RM50 sahaja lebihan di tabung haji tiap bulan.
Adakah betul cara saya hanya menyimpan RM50 sahaja tiap bulan dalam tabung haji untuk 3 tahun ini?Sebab sebelum ini memang saya akan simpan RM400 ke tabung haji dengan bayaran ansuran pinjaman PTPTN ikut jadual yang ditetapkan.
Atau saya perlu simpan 3 bulan pendapatan dahulu sambil bayar ikut jadual ansuran bulanan PTPTN kemudian baru buat kaedah bayaran PTPTN di atas?
Atau yang mana lebih baik dan lebih praktikal, ye tuan?
Assalamualaikum En Zul..Jazakallahukhair atas segala perkonsian ilmu. mashaAllah.
Saya jugk ingin mnta pndgn en zul. Saya kini sdg bercuti tanpa gaji dan mengikut suami belajar di luar negara. Subhanallah baru terasa betapa banyak kebaikan berada di rumah membesarkan anak-anak dengan tangan sendiri. Dan Inshaallah moga Allah izin utk terus berada di lapangan ini membina umat bermula dari keluarga sendiri.
Namun, back in msia, saya ada kontrak dgn kerajaan lagi 2 tahun setengah. saya sentiasa fikir untuk bayar sahaja instead of habiskan perkhidmatan yang berbaki kerana ingin cuba fokus kepada keluarga dan ibu yang telah saya tinggalkan selama 3 tahun untuk ke luar negara. sebelum berhenti perlu juga buat preparation seperti yg En Zul utarakan. Inshaallah suami sangat menyokong, cuma kami sama2 masih muda, anak 2 orang dan terasa masih kurang kuat dalam membuat keputusan.
Allah Maha Mengetahui yang mana terbaik.. mungkin En Zul juga dapat membantu dari satu sudut pandangan lain… terima kasih En Zul.. moga Allah terus beri kekuatan pada En Zul.. salam.
Assalamualaikum En.Zul.
Saya nak tanya.
Saya sedang berusaha menyimpan sehingga 3 bulan pndptn. Tapi pada masa sama,saya perlu renovate dapur rumah saya sbb ancaman ‘mickey mouse’ dan haiwan berbisa.
Saya serba salah mana satu perlu didahulukan. Boleh En. Zul tolong beri nasihat?
Terima kasih. Salam Aidilfitri utk En.Zul dan keluarga.
Saya suka dengan pendekatan en zul dalam kewangan. Sederhana Dan saya rasa sesuai dan mudah untuk semua orang ikuti Dan amalkan.
Teruskan menulis.
Salam en zul.. sy mpunyai hutang rumah baki lagi 14thn dlm 100k .. hutang personal loan lagi 3 thn dlm 40k ..hutang kereta lagi 3 tahun dlm 18k.. hutang cc dlm 2k… sy akan pencen awal dpt dlm 160k graduiti n now working in my 2nd career with a good salary.. soalan saya
1. Apakah sy perlu langsaikan semua hutang n hidup tanpa hutang tapi tiada simpanan
2. Apakah sy simpan separuh n langsai hutang separuh lebih baik
3. Simpan semua ganjaran dlm tabung haji dan dptkan dividen setiap tahun.
Tq n terima kasih
assalamualaikum..en. zol artikel yang sangat menarik , saya baru nak belajar tentang pemyimpanan wang dalam gold investment ..agak menarik memandang kan nilai matawang ringgit kian jatuh….
Salam En. Zul..
Saya mmg minat sangat baca artikel2 En. Zul.. dan berazam ingin menjadi saudagar emas mcm En. Zul suatu hari nnt…
Baru-baru ni saya diajak oleh kenalan saya untuk join forex.. mendengarkan pendapatan bulanan yang lumayan saya teruja untuk ikut serta.. mungkin nnt saya dapat beli emas dengan En. Zul:)
Saya nak minta pandangan Encik.. apa pandangan encik tentang forex ni.. elok ke untuk jana wang… pengalaman zero ni.. t.kasih yea
[…] Sumber Asal […]
Sekarang terdapat terlalu banyak kontraktor rumah yang sungguh tamak. Mereka bina bangunan dengan tidak berhenti-henti dan meningkatkan harga rumah sesuka hati. Kerajaan perlu keluarkan undang-undang untuk hentikan trend tidak sihat tu.