Cara Genapkan Baki Akaun Emas GAP

by on November 24, 2015

Post image for Cara Genapkan Baki Akaun Emas GAP

Kalau baki dalam Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) ada titik perpuluhan, sebenarnya kita boleh genapkan jumlah gram dalam Akaun GAP tersebut. Titik perpuluhan itu wujud disebabkan beberapa faktor, antaranya; (1) tersilap membuat pembayaran semasa pembelian GAP, (2) mengeluarkan emas fizikal dalam bentuk dinar i.e. 4.25 gram, atau (3) terima ganjaran / komisyen dalam bentuk GAP bagi dealer.

Bila berlaku titik perpuluhan, emas (dengan titik perpuluhan) tak dapat dikeluarkan dalam bentuk fizikal sebab syarat minimum pengeluaran mestilah seberat 1 gram. Paling kecil yang Public Gold benar keluarkan buat masa ini ialah gold bar 1 gram. Jadi lebih baik kita genapkan sahaja baki dalam Akaun GAP tersebut. Caranya…

#1 – Kira Jumlah “Gram” Diperlukan

baki akaun gap public gold (sebelum)Baki di dalam Akaun GAP sebelum penggenapan, 8.8939 gram

Contohnya Pengiraan:

Baki semasa : 8.8939 gram
Mahu digenapkan kepada : 9.000 gram
9.000 – 8.8939 = 0.1061 gram

>> Jadi “gram” yang perlu tambah untuk penggenapan = 0.1061 gram

#2 – Kira Nilai Dalam “RM”

(Katakanlah harga semasa GAP = RM163)

0.1061 gram x RM163 = RM17.2943

>> Total yang perlu di bayar RM17.29 (digenapkan kepada 2 titik perpuluhan)

#3 – Tambah Belian GAP

Jumlah minimum yang diterima oleh sistem GAP di website ialah RM100. Pembelian bawah RM100 akan direject oleh sistem. Jadi untuk genapkan akaun, kita perlu tambah lagi 1 gram sekiranya jumlah “RM” pada langkah #2 di atas kurang dari RM100.

Harga 0.1061 gram + harga 1 gram
RM17.29 + RM163
= RM180.29

>> Jumlah yang perlu dibayar = RM180.29

Langkah seterusnya, transfer RM180.29 ke akaun Public Gold dan upload slip bayaran di website www.publicgold.com.my sebagai mana panduan yang saya tulis dalam artikel “Cara Tambah Belian GAP Public Gold“.

baki akaun gap public gold (selepas)Baki Akaun GAP selepas penggenapan, 10.000 gram

Mudah-mudahan panduan ini bermanfaat untuk penyimpan emas GAP, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
24 November 2015
12 Safar 1437

{ 16 comments… read them below or add one }

1 Taufik Mansor November 24, 2015 at 2:46 am

salam en zul. tq atas artikel yg bermanfaat. a good blog. :)

harga emas diramal rendah tahun hadapan. jadi ini merupakan masa yg sesuai utk tambah stok emas bukan? hehe

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie November 24, 2015 at 6:56 am

Wslm En. Taufik,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ini bermanfaat, insyaAllah.

Saya rasa harga sekarang sangat bagus untuk membeli sebab harga emas dunia di paras terendah dalam tempoh 5 tahun.

Reply

3 Nizam November 24, 2015 at 10:54 am

As-salam, nak tanya macam mana nak buat / buka acc GAP untuk anak bawah 12 tahun.. boleh ke nak letak introducer = saya sebagai bapa? Utk pengetahuan saya baru saja jadi PG dealer bulan lepas.

TQ.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie November 24, 2015 at 11:15 am

Wslm En. Nizam,

Buat belian macam biasa (guna wassap), tetapi letak nama & no. ic anak bersama dengan ibu / bapa sebagai Joint Account. Pastikan email untuk anak tu guna email berbeza supaya dapat login website atau akaun dia nanti.

En. Nizam boleh jadi introducer.

Reply

5 fazdlie November 24, 2015 at 12:21 pm

Tuan, saya ada soalan.

Saya ada beli emas GAP pada bulan Julai melalui web PG, dan ada dapat komisyen (sebab sy dealer PG). kemudian pembelian seterusnya saya tidak mendapat komisyen.

Adakah ada syarat tertentu untuk dapat komisyen melalui pembelian PG ini atau saya ada tertinggal step tertentu yang melayakkan saya dapat komisyen tersebut?

Bolehkah saya menuntut komisyen yang sepatutnya saya dapat bagi pembelian GAP saya yang terdahulu?

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie November 24, 2015 at 8:09 pm

Salam En. Fazdlie,

Contact branch terdekat, minta mereka semak di mana hiccup yang menyebabkan komisyen tu tak masuk.

Reply

7 Jamilah Ismail November 25, 2015 at 5:06 pm

Ya saya pun sama x dpt komisyen utk belian gap bulan julai

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie November 25, 2015 at 8:26 pm

Kena contact branch terdekat, minta mereka semak.

Reply

9 Jamilah Ismail November 26, 2015 at 5:13 pm

Baru tau kalau insentif kurang rm10 ianya belum boleh dimasukkan lagi. Kena beli lagi sehingga insentif capai rm10 baru dpt insentifnya.

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie November 26, 2015 at 7:02 pm

Ok Pn. Jamilah.

Reply

11 Siti Hawa September 22, 2016 at 9:00 am

Salam En. Zul,

mcm mana kita boleh pilih utk ni – “(3) terima ganjaran / komisyen dalam bentuk GAP bagi dealer”?

T.Kasih.

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie September 22, 2016 at 10:30 am

Wslm Pn. Siti Hawa,

Tak boleh pilih.

Kalau komisyen bawah RM100, PG akan terus kreditkan ke akaun GAP.

Reply

13 Siti Hawa September 22, 2016 at 1:59 pm

oo mcm tu… tkasih.

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie September 22, 2016 at 2:18 pm

Sama-sama puan.

Reply

15 mohd asron bin razali December 11, 2016 at 2:59 pm

As’mualaikum..Tuan Zulkifli..terima kasih atas ilmu yg tuan beri sedikit sebanyak ia menambah pengetahuan kpd sy selama sy mengikuti blog tuan sebagai “pemerhati” dan kini sy pun dah memulakan dgn GAP ikut kemampuan yg sy mampu..walaupun sy bkn Dealer PG sy sering menerangkan kelebihan beli – simpan emas fizikal kpd family dan rakan² melalui sistem GAP PUBLIC GOLD…supaya agar lebih ramai “org kita” memiliki emas fizikal melalui cara yg betul tdk membebankan..dari melaburkan wang ke skim tersontot atau ke mesin judi..

TERIMA KASIH…CIKGU.

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie December 13, 2016 at 7:49 am

Wslm En. Asron,

Alhamdulillah. Terima kasih berziarah ke blog ini. Mudah-mudahan blog ini terus bermanfaat. InsyaAllah.

Reply

Leave a Comment

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post: