Banyak faktor yang menyebabkan duit kita bocor.
Tapi berdasarkan pemerhatian saya, kebocoran paling utama ialah tiada matlamat kewangan!
Duit dapat tiap-tiap bulan, tapi tak tahu nak ‘dihala’ ke mana.
Akhir sekali duit itu habis dibelanjakan. Akaun bank hanya jadi tempat ‘transit’ sahaja sebelum berpindah ke tangan orang lain.
Yang tinggal hanyalah penat dan puas, tetapi akhirnya menyesal sebab duit itu habis pada kepuasan yang bersifat sementara...
Matlamat pertama "dana kecemasan"
Bagi yang dah berkeluarga, duit habis dengan alasan “mengembirakan keluarga”. Beli itu dan ini secara mewah.
Bagi orang bujang, duit habis untuk makan dan melancong. Badan makin membesar, tapi tabung simpanan masih lagi kempis!...
Jadi perkara utama untuk selamatkan duit dari kebocoran ialah menetapkan matlamat kewangan itu sendiri.
Untuk jangka panjang, letaklah matlamat untuk ada HARTA yang cukup dan hidup sebagai seorang yang BEBAS... Tak kerja pun ada duit (pendapatan)... Financially free, insyaAllah...
Untuk permulaan ni, letaklah matlamat setidak-tidaknya untuk cukupkan dana kecemasan sebanyak 3 bulan pendapatan (atau gaji kasar) terlebih dahulu sebelum mampu terbang tinggi.
Duit bocor bila tiada matlamat
Kemudian fokus langsaikan "hutang-hutang miskin" satu persatu di samping meletakkan matlamat jangka pendek dan sederhana mengikut halatuju kehidupan masing-masing.

Tip menarik diterangkan oleh Tuan Zaidi Ismail, salah seorang dari guru kewangan yang jadi rujukan saya. Boleh klik DI SINI untuk melihat posting asal beliau.
Berusaha tanpa sedar
Bila dah ada matlamat kewangan, otak kita akan mula bekerja tanpa sedar.
Waktu tu barulah kita akan berpada-pada dalam berbelanja demi matlamat yang kita nak capai.
Kita mula berfikir, daripada banyak habiskan duit dengan melancong sana sini, ada baiknya ‘melencong’ balik kampung gembirakan orang tua, dan memenuhkan tabung matlamat kewangan dahulu...
Daripada beli kereta baru, pakai sahajalah kereta yang masih ada tu selagi boleh bergerak dari point A ke point B (dengan selamat dan sedikit selesa).
Daripada makan di kedai, lebih baik bawa bekal masak sendiri dari rumah.
Kita akan mula berkira-kira supaya duit yang ada tak dibazirkan pada perkara yang tak perlu.
Dan dalam tak sedar, tabungan kita makin lama makin bertambah dan matlamat kewangan kita akan capai lebih cepat daripada apa yang kita jangkakan!
Itulah salah satu keajaiban bila kita mula meletakkan matlamat...
Salam
Betul tu Encik Zul. Saya dalam usaha mencukupkan dana kecemasan ( 6 bulan gaji). Bila ada matlamat, secara automatik kini saya jadi lebih berhati-hati dalam berbelanja, berbanding ketika tidak mempunyai ilmu kewangan. Malah kadang2 saya ketawakan diri sendiri kerana jadi ‘kedekut’ bila melibatkan kemahuan, tapi di hujungnya merasa puas kerana mampu mengawal nafsu dalam berbelanja. T.kasih atas perkongsian tip2 yang Encik Zul.
Wslm Pn. Nana,
Alhamdulillah…
Memang betul, bila kita ada matlamat, kita tak layan sangat kemahuan kita (yang tentunya tak ada kesudahan) selagi matlamat kita belum lagi tercapai.
Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat, insyaAllah.
Assalamualaikum en zul
alasan mengembirakan keluarga memang sering dijadikan sandaran utana untuk menghalalkan perbelanjaan lebih daripada yg sepatutnya.
masalah ini yg saya cuba atasi skrg.susah untuk menahan diri daripada membelikan anak2 pakaian dan bawa mereka berhibur di taman tema atau lain2 tempat hiburan keluarga.
wang banyak mengalir kat situ.
t kasih atas perkongsian.
Wslm En. Zaidi,
Alhamdulillah… Mudah-mudahan artikel ini bermanfaat, insyaAllah.
Aslm, sy nk tanya psl hutang pinjaman kenderaa. Kalau masa pinjaman kita dh ditentukan brp kena byr sebulan. Tp bila kita ada duit lebih kita byr lebih. Ada apa2 kebaikan bila kita buat mcm tu. Terima kasih
Kalau ada duit lebih, bayar lebih hutang kereta jadi jumlah hutang makin kurang dan cepatlah habis bayar nanti. Cuma daripada bayar lebih tu saya sarankan masuk tabung haji atau ASB sebab ada dividen yang boleh guna untuk kambus hutang kita tu di penghujung nannti mamandangkan interest kereta masih sama jika bayar lebih.
Terima kasih atas artikel terbaru ni.
Matlamat kewangan sangat penting sebab kita sudah fokus untuk salah satu tujuan hidup. Pengalaman saya, bila dah ada matlamat kewangan, diri sendiri akan jadi kedekut untuk layankan kemahuan diri. Sampaikan bila nak beli benda kecil pun cakap balik kat diri sendiri, “kalau setakat benda ni, tak mati pun”.
Saya dalam proses untuk membeli rumah pelaburan pertama. Doakan semoga Allah memberikan jalan dan kekuatan.
Sama-sama En. Fahmishah.
Alhamdulillah.
Saya doakan Allah memberkati usaha En. Fahmishah. Amiin ya Allah…
Subhanallah, posting yang sangat membantu. Saya akn aplikasi dan kongsi ilmu dengan kawan2 untuk manfaat bersama. terima kasih tuan Mohd Zulkifli dan Tuan ZAidi ISmail.
Alhamdulillah… Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
Alhamdulillah, saya rasa bersyukur sangat bila di jumpakan dengan blog Tuan Zulkifli dengan pengisian yang sangat berguna untuk di praktis dalam kehidupan masa kini tidak kira dunia akhirat.
Banyak yang saya petik dan cube amalkan dan terus konsisten.
Apa yang paling penting sekali ialah letakkan kerana Allah dalam semua perkara, In Shaa Allah semua serba boleh.
Jutaan terima kasih Tuan.
Alhamdulillah.. Mudah-mudahan blog ini bermanfaat, insyaAllah.
Perkongsian ilmu yang amat baik. Memang tepat, jika tiada matlamat bocorlah sana sini. Sejak mengikuti penulisan En Zul, baru tersedar bahawa terlalu banyak kesilapan yang telah saya lakukan sebelum ini. Selepas mengamalkan tips-tips yang diberikan dalam menguruskan kewangan alhamdulillah dah nampak hasilnya. Seperti kata cik nana, mula-mula tu rasa kedekut tapi bila dah mula nampak faedahnya kita jugak yang happy. Alhamdulillah… mesti nak kena fokus dan istikamah dan jangan peduli apa orang kata. cukuplah dulu, sebab nak dengar cakap orang sekeliling dan terlalu lambat buat keputusan, saya juga yang kecewa ahahahaa. Terima kasih en zul. Insyaallah…ada rezeki kita jumpa nanti di Malaysia.
Alhamdulillah En. Rosfan. Mudah-mudahan blog ini bermanfaat, insyaAllah.
Assalamualaikum En Zul.
Saya pernah buat pelaburan emas sblum ni akhirnya tertipu. .mkin sbb kurang ilmu.
Ada ke kursus ilmu emas ni yg En Zul anjurkan.
Dan cara terbaik utk mula semula pelaburan emas jika dah ada modal.
Wslm Pn. Marina,
Tak apa. Yang dah lepas tu biarkan berlalu. Jadikan ia sebagai pengajaran.
Public Gold ada anjurkan kurus percuma. Boleh semak jadual di http://www.publicgold.com.my pada bahagian Event > Seminar.
Puan boleh wassap saya 019-336 8009. Nanti saya akan guide cara yang sesuai dengan bajet puan, insyaAllah.
[…] Untuk belajar cara letak matlamat kewangan, boleh rujuk di artikel mentor saya. Klik Sini –> Cara Letak Matlamat. […]