MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Cara Tambah Belian GAP Public Gold

April 1, 2015

Untuk belian pertama kali Gold Accumulation Program (GAP), kena guna kaedah manual, iaitu wassap terus kepada Public Gold sebagaimana panduan yang saya sediakan dalam artikel “Mudahnya Simpan Emas Dengan GAP Public Gold“. Tetapi untuk tambah belian, boleh terus tambah melalui website. Ia lebih memudahkan sebab kita cuma upload slip bayaran di website dan lebih mudah ‘monitor’ progress pembelian tersebut.

Untuk penambahan belian di website ini, tak perlu lagi guna wassap (sebagaimana belian pertama). Tetapi bagi sesiapa yang mempunyai masalah untuk akses internet, masih boleh terus menggunakan kaedah wassap tersebut.

Untuk tambah belian melalui website, ikut sahaja langkah di bawah ini:

sistem belian GAP public goldLepas login web www.publicgold.com.my, pilih Option “My GAP”. Kemudian ikut sahaja langkah sebagaimana screen di atas.

sistem belian GAP - historyScreen begini akan keluar selepas selesai upload dan tekan butang “Request”. Dari screen ini, kita boleh semak ‘progress’ pembelian tersebut. Kalau pihak Public Gold dah selesai proses, status akan bertukar kepada “Success”.

gap statementKalau dah “Success”, maklumat belian akan keluar dalam Web GAP Statement begini. Kalau lepas 2 hari bekerja masih belum update dalam statement, contact cawangan Public Gold terdekat untuk mereka buat semakan.

cawangan public goldIni no. contact cawangan Public Gold.

Ini sahaja proses tambah belian GAP. Selamat menyimpan emas Public Gold dengan cara peace of mind, insyaAllah.

[Panduan ini dikemaskini pada 1 November 2015]

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Assalamualaikum,
    Saya nak tanya, kalau nak void purchased macam mana?.. Dan purchased saya dari 24/10 masih in processes, hmmm

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >