Strategi Pelaburan Emas 2015

by on January 2, 2015

Post image for Strategi Pelaburan Emas 2015

Cabaran utama pelaburan emas pada tahun 2015 ialah perlaksanaan GST (Good & Services Tax) yang akan bermula pada 1 April 2015. Mana-mana negara, bila cukai GST dikenakan, pasaran emas akan terjejas teruk samada barang kemas atau emas pelaburan. Emas tak lagi menarik untuk dijadikan salah satu bentuk simpanan sebab kosnya dah meningkat. Cuba bayangkan, kita terpaksa bayar lagi kos tambahan 6% daripada harga emas yang kita beli, sedangkan komisyen dealer emas Public Gold seperti saya pun cuma 1% – 2% sahaja! Maksudnya, kos tambahan 6% bagi emas tu sangatlah besar.

Selain susut nilai emas, kos simpanan emas, dan kos logistik untuk hantar atau ambil emas yang saya anggarkan sekitar 8% – 15%, kita terpaksa bayar lagi 6% dan menjadikan kos pemilikan emas sebenar boleh mencecah 20% daripada nilai emas tu sendiri! Bila kos sudah 20%, kalau harga emas naik 20% setahun (tapi jarang-jarang berlaku), maksudnya kita baru balik modal! Belum lagi untung. Jadi inilah cabaran penyimpan atau pelabur emas fizikal di Malaysia tahun 2015 yang ramai orang di luar sana tak tahu.

Salah Faham Pengecualian GST

Pada 13 Oktober 2014, secara rasminya kerajaan keluarkan senarai barangan yang dikecualikan GST, ia termasuk emas pelaburan. Jadi ramai pengeluar emas salah faham tentang senarai itu. Mereka fikir semua emas ketulenan 99.5% dan ke atas akan dikecualikan GST! Sedangkan, hanya emas 99.5% yang mempunyai standard antarabangsa (seperti LBMA) sahaja dikecualikan GST. Emas yang lain, masih dikenakan GST walaupun emas berketulenan 99.99%! Fakta ini memang telahpun disahkan oleh Public Gold sendiri dengan Jabatan Kastam.

Jadi sekarang ni, hampir kesemua gold bar dan dinar Public Gold ditukar kepada emas yang diiktiraf oleh LBMA (London Bullion Market Association), kecuali Bungamas dan Taifok. Dan Public Gold satu-satunya syarikat tempatan yang mempunyai emas LBMA-nya tersendiri buat masa ini.

publi gold bar LBMABentuk gold bar dengan pengiktirafan LBMA

public gold dinar 999 lbmaDinar 999.9 dengan pengiktirafan LBMA

Kelebihan Dan Kekurangan Emas LBMA

Secara ringkasnya, ini saya senaraikan kelebihan dan kekurangan emas LBMA untuk makluman sahabat pembaca:

Kelebihan emas LMBA Public Gold

  1. Pembeli jimat dari membayar cukai GST sebanyak 6%
  2. Emas ini diiktiraf peringkat antarabangsa. Maksudnya kalau nak jual di luar negara, ia diterima dengan harga yang lebih tinggi.
  3. Ianya sangat cantik, nampak high-class, dan saya yakin kita bangga memiliknya. Emas LBMA ni menyelesaikan rungutan pembeli emas Public Gold sebelum ni tentang packaging yang rendah standard.

Kekurangan emas LBMA Public Gold

  1. Emas ini berseal kekal. Kalau buka plastik seal tu, Public Gold hanya akan beli balik sebagai “used gold” dengan spread sekitar 10% (kalau tak buka seal, spread cuma setinggi 8% sahaja).
  2. Emas ini diterima oleh banyak ar-rahnu, tapi kebanyakkan ar-rahnu mensyaratkan seal tu mesti dibuka untuk ujian ketulenan. Kalau buka, maksudnya kita rugi susut nilai 10%. Buat masa ni, cuma Ar-Rahnu Pos Malaysia sahaja yang terima emas Public Gold tanpa perlu buka seal.
  3. Susut nilai lebih tinggi sedikit.
  4. Gold premium lebih tinggi sedikit.

Strategi Pelaburan Emas 2015

Jadi dengan perkembangan terbaru ni, apa yang pembeli emas Public Gold perlu tahu dan pertimbangkan beberapa strategi penting, antaranya;

#1 – Gold Bar dan Dinar Sama Sahaja

Tak ada beza dari sudut (1) ketulenan, (2) harga per gram, dan (3) spread / susut nilai. Jadi kalau orang tanya saya mana yang lebih baik untuk pelaburan, gold bar atau dinar? Jawapan saya sama sahaja.

gold bar dinar lmba 2015

#2 – Gold Premium Dikenakan Di Penang

Kalau dulu, semua item pembelian Public Gold di Penang akan dikecualikan caj “gold premium”, tapi sekarang, pembelian di Penang juga dikenakan caj “gold premium”. Ini disebabkan Public Gold menanggung kos yang lebih besar untuk tempah emas tersebut dari kilang yang diiktiraf LBMA iaitu Nadir Metal Rafineri (Turkey), dan dibawa masuk ke Malaysia.

Jadi kalau sahabat pembaca beli emas untuk dijual dengan harga yang lebih tinggi, pertimbangkan item yang gold premiumnya lebih rendah. Contohnya, gold bar 1 gram RM5 sekeping. Kalau 10 keping, kita kena bayar RM50, tapi kalau gold bar 10 gram x 1 keping, gold premium cuma RM10 sahaja. Jimat RM40! Tapi kalau nak mudah jual sikit-sikit nanti, emas yang item lebih kecil lebih baik walauupun gold premiumnya lebih tinggi.

public gold gold premium

#3 – Kaedah GAP Mungkin Terbaik

Kaedah pembelian GAP (Gold Accumulation Program) bagi saya sangat bagus sebab kita boleh simpan percuma dengan Public Gold, atau boleh keluarkan emas tu bila-bila emas. Bagi pembeli emas secara kecil-kecilan, mungkin harga per gram lebih murah berbanding membeli dengan kaedah biasa i.e. lock harga -> bayar -> collect item.

Contohnya, kalau beli gold bar 1 gram dengan kaedah biasa (lock harga atau cash & carry), harga hari ni kita perlu bayar RM165. Tapi kalau beli menggunakan kaedah GAP, kita hanya perlu membayar RM141 + RM5 gold premium. RM5 tu kita cuma bayar masa nak ambil emas tu nanti di office Public Gold.

harga emas public gold 2015-01-02 at 5.01.29 AM

Jadi kalau nak beli emas, cuba bandingkan dulu harga GAP dengan harga emas per item yang dipaparkan di website Public Gold. Kalau harga GAP lebih rendah, lebih baik beli cara GAP. Harga GAP disemak mengikut harga jam 12.00 malam setiap hari, sedangkan harga per item disemak setiap 20 minit mengikut harga emas dunia.

#4 – Bungamas dan Tai Fook Mudah Untuk Pajakan

Bagi yang masih nak beli emas Public Gold yang tak berseal untuk memudahkan pajakan, kita masih boleh beli gold bar Bungamas dan Tai Fook. Ia masih bebas dari GST kalau beli sebelum 1 April 2015.

bungamas tai fook public goldGold bar Bungamas dan Tai Fook Series keluaran Public Gold

Saya dapat tahu, Public Gold akan terus jual dua produk tak berseal ini walaupun dikenakan GST nanti. Harga, susut nilai, dan ketulenan gold bar Bungamas dan Tai Fook sama sahaja berbanding emas LBMA. Bezanya cuma ia tak berseal dan bakal dikenakan GST. Jadi kalau nak jimat, borong banyak-banyak dari sekarang! (“,)

#5 – Tukar Dinar 916 kepada Dinar 999.9

Sekarang, Public Gold dah tak jual dinar berketulenan 91.6%. Ia digantikan dengan Dinar LBMA yang berketulenan 99.99%. Ia lebih cantik, lebih mahal sebab ketulenannya lebih tinggi, dan paling penting, ia dikecualikan GST.

Bagi pemilik dinar 916, Public Gold jamin beli balik emas tu, jangan risau. Public Gold masih paparkan harga di website. Sila rujuk harga “PG Buy” 1 Dinar 916 di website. Harga “PG Sell” tu dah tak relevan sebab emas tu dah tak dijual lagi. Bila “PG Sell” dah tak relevan, spread / susut nilai pun dah tak relevan. Jadi kalau nak jual coin 5 dinar x 1 keping, rujuk harga “PG Buy” darab dengan 5 sahaja.

harga emas public gold 2015-01-02 at 5.01.29 AM

Bagi yang nak tukar Dinar 916 kepada Dinar 999.9, Public Gold sekarang buat promosi. Kita cuma perlu tambah RM60 untuk setiap 1 dinar. Saya buat anggaran kos, perbezaan sebenar harga 916 dan 999.9 untuk berat 4.25 gram ialah sekitar RM45. Bila ditambah dengan gold premium RM5 untuk 1 dinar, kos sebenar sekitar RM50. Jadi kalau Public Gold caj RM60, bagi saya KOS TAMBAHAN yang kita perlu tanggung sebenarnya sekitar RM10 sahaja. Ia sangat murah.

trade in dinar 916 dinar 999 lmbaPromosi tukar dinar 916 kepada dinar 999.9

Cuma saya tak pasti kaedah ini patuh syariah atau tak sebab ia seolah-olah trade-in emas yang sama beratnya. Jadi buat masa ni, saya masih simpan syiling-syiling dinar 916 saya. Rasa sayang nak jual atau trade-in sebab ia senang untuk pajakan ar-rahnu dan mungkin boleh dijual sebagai “rare item” tak lama lagi.

#6 – Beralih Kepada Syarikat Emas LBMA

Nasihat terakhir saya ni mungkin agak keterlaluan. Tapi secara jujurnya, saya syorkan semua pembeli emas pelaburan jenama yang bukan LBMA, sila tukar kepada syarikat emas yang ada produk LBMA sendiri mulai sekarang!

Syarikat yang jual emas bukan LBMA akan bermasalah. Jualan mereka akan jatuh mendadak! Dan tentunya pembeli emas akan terkena tempias ‘kerugian’ tersebut. Buat masa ini, pilihan yang ada cuma emas Public Gold, atau emas jenama antarabangsa yang lain seperti Pamp Suisse, Canadian Maple Leaf, dan lain-lain jenama antarabangsa yang dijual oleh UOB Bank.

Bagi saya, pilihan yang paling baik untuk tahun 2015 ini bagi pembeli emas pelaburan di Malaysia hanyalah Public Gold. Ia senang dibeli, senang dijual, dan untungnya maksimum, insyaAllah.

Jadi itulah strategi-strategi penting yang pelabur emas di Malaysia (terutamanya pembeli emas Public Gold) perlu pertimbangkan untuk tahun 2015 ini. Mudah-mudahan artikel ini dapat beri pencerahan tentang prospek pelaburan emas di Malaysia diambang pelaksanaan GST, insyaAllah.
Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
2 Januari 2015
11 Rabiul Awwal 1436

[Artikel ini dikemaskini pada 2 Jun 2015. Sebahagian “comments” dalam blog ini mungkin tidak lagi relevan selepas tarikh ia dikemaskini]

{ 167 comments… read them below or add one }

1 Jamry January 2, 2015 at 7:53 am

Assalammualaikum En. Zul, pertama sekali saya ingin ucapkan selamat tahun Baharu 2015, semoga kita akan sentiasa dirahmati, dilindungi, diberikan rezeki yang murah dan sentiasa bersyukur di atas apa sahaja nikmat dari Allah untuk kita di masa-masa yang mendatang. Saya ingin bertanya kalau kita masih menyimpan Dinar 916 selepas GST adakah kita akan dikenakan cukai 6% apabila kita menjual Dinar 916 tersebut kepada Public Gold? mohon pencerahan..

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie January 2, 2015 at 11:12 am

Wslm.

Selamat tahun baharu 2015 En. Jamry.

GST dikenakan masa beli emas sahaja. Masa jual balik tak dikenakan GST.

Reply

3 ida January 2, 2015 at 6:58 pm

Assalam. Nk tukar 1 dinar 22k ke 24k kena tambah rm65 bukan rm60. Betul x. Tq

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie January 2, 2015 at 8:19 pm

Wslm Pn. Ida,

Kalau ikut yang dipaparkan di facebook Public Gold, cuma RM60 jer.

Reply

5 Mohd January 3, 2015 at 3:42 am

Salam,
Maksud Puan Ida tu ada termasuk charge Premium RM5 atau tiada.

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie January 3, 2015 at 9:00 am

Wslm En Mohd,

Saya baru sahkan dengan HQ Public Gold, memang betul. Untuk exchange tu, cajnya RM60 + RM5 gold premium.

Reply

7 atan ahmad January 3, 2015 at 9:14 am

Salam en zul..

maksudnya…

kalau saya ade 5 dinar 22k ke 24k nak tukar terus. Jadi kos tambahan adalah

RM60x5 + RM5x5 = rm325 … betul ke mcm nie ?

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie January 3, 2015 at 8:57 pm

Wslm. Betul En Atan.

Reply

9 syed nasir January 3, 2015 at 11:44 am

Artikel yang sangat berguna kepada rakan-rakan. Satu lagi sumbangan Mohd Zulkifli yang sangat jujur dan saya amat mengkagumi cara pendekatan Tuan yang bagi saya sangat-sangat berbeza daripada yang lain. You have the X factor tuan

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie January 3, 2015 at 8:58 pm

Alhamdulillah.. Puji-pujian bagi Allah.

Reply

11 syafiq January 3, 2015 at 6:54 pm

As salam…
Apa beza goldbar dengan LBMA?adakah goldbar akn dikenakan GST?adakah goldbar bawah GAP sudah diiktiraf LBMA…maaf tuan,kalau silap tolong betulkan…syukran

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie January 3, 2015 at 9:05 pm

Wslm En Syafiq,

1. LBMA tu pengiktirafan standart untuk gold. Macam pengesahan SIRIM. Maksudnya, ia lebih berkerdibiliti.

2. Gold bar tu bentuk emas kepingan segi emas.

3. GAP tu kaedah belian macam akaun emas. Tapi kita boleh keluarkan gold bar yang disahkan LBMA.

Reply

13 asilah January 4, 2015 at 1:09 am

salam en zul

pada pendapat en zul, perlu ke kita tukar dinar 22k ke 24k? kalau tak silap kos tukar pun dah boleh beli dinar 24k. kalau tak tukar tiada masalah kan?

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie January 4, 2015 at 2:03 pm

Wslm Pn Asilah,

Saya belum nampak keperluan untuk tukar. Tapi Public Gold galakkan untuk tukar.

Reply

15 Nor Azah Ahmad January 4, 2015 at 7:35 am

Alhamdulillah , banyak maklumat tentang strategi dan teknik pelaburan terkini bg tahun 2015 tuan Zul simpulkan dalam artikel ni.. Sangat2 membantu .. Moga Allah merahmati tuan sekeluarga.. Baarakallahu Fik … Jazakallahu khairan kasira..

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie January 4, 2015 at 2:06 pm

Alhamdulillah.

Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah merahmati Kak Nor Azah juga, amiin ya Allah..

Reply

17 Maizul January 4, 2015 at 5:19 pm

En. Zul adakah kos premium ni digantikan dengan transportation cost?

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie January 4, 2015 at 8:45 pm

Betul En Maizul.

Reply

19 5-zal January 4, 2015 at 10:34 pm

Baru menceburi pelaburan emas untuk masa depan anak2 dan keluarga..saya hanya bagi tumpuan pada 3 item LBMA je iaitu GAP,1/2 dinar dan 1 dinar sebab tidak melibatkan kos yang terlalu tinggi untuk memiliki produk emas tetapi ianya sudah pasti membawa keuntungan untuk jangka masa panjang.apa pendapat tuan zulkifli sebagai orang lama.terima kasih.

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie January 5, 2015 at 2:54 am

Untuk gold bar 1 gram dan 1/2 dinar, saya syorkan beli melalui kaedah GAP sebab ia lebih murah. Untuk 1 dinar boleh beli ikut kaedah biasa.

Reply

21 Laili Mohamed January 5, 2015 at 9:41 am

salam encik zul,

maksudnye pembelian 1/2 dinar bole dibuat melalui kaedah GAP ke?

Reply

22 Mohd Zulkifli Shafie January 5, 2015 at 10:29 am

Wslm. Boleh keluarkan 1/ dinar melalui akaun GAP Puan Laili.

Reply

23 ruby January 5, 2015 at 12:05 am

Assalam en.zul,
Berapa susut nilai untuk emas LBMA? Masih sama dengan emas dinar 24k. Maaf kurang faham. Adakah selepas ini hanya emas lbma dikekalkan atau masih ada emas 24k selain tai fook?

Reply

24 Mohd Zulkifli Shafie January 5, 2015 at 2:59 am

Wslm Puan,

Susut nilai emas LBMA, gold bar;

100 gram – 6%
50 gram – 6.5%
20 gram – 7%
10, 5 dan 1 gram – 8%

10 dinar – 6.5%
5 dinar – 7%
1 dan 1/2 dinar – 8%

Buat masa ni saya difahamkan cuma emas LBMA, Tai Fook, Bungamas dan Flexibar yang akan dikekalkan.

Reply

25 idham January 5, 2015 at 11:04 pm

Tqvm Tuan, mohon share..
thanks.

Reply

26 Mohd Zulkifli Shafie January 5, 2015 at 11:06 pm

Sama2 En Idham. Silakan. Mudah2an bermanfaat, insyaAllah.

Reply

27 suhailah January 6, 2015 at 12:16 am

Assalam tuan…
sy.bminat utk mulakan pelaburan dgn kos rm5k..jd apa kaedah y terbaik utk.sy…GAP atau pembelian biasa…sy sebenarnya lbh suka jika emas dsinpan olh PG sndr

Reply

28 Mohd Zulkifli Shafie January 6, 2015 at 9:36 am

Wslm Pn. Suhailah,

Untuk simpan dengan Public Gold, saya syorkan puan beli melalui kaedah GAP. Untuk beli secara GAP, puan ikut step di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/09/mudahnya-simpan-emas-dengan-gap-public-gold.html .

Reply

29 ummi January 7, 2015 at 12:45 am

Assalamualaikum wbkth Tn Zul..

1) Bagaimana nasib emas perhiasan dan dirham selepas GST?

2) Saya mempunyai beberapa keping Dinar, adakah menjadi masalah sekiranya saya xmenukar kpd LMBA?

3) Dengan adanya GST, adakah kos upah simpan Rahnu jg akan meningkat?

Reply

30 ummi January 7, 2015 at 12:47 am

Maaf LBMA Tn..

Reply

31 Mohd Zulkifli Shafie February 28, 2015 at 8:27 pm

Wslm Pn. Ummi,

1. Emas perhiasan akan kena GST 6%.

2. Dinar 916 Public Gold mungkin susut nilainya akan naik lepas 1 April disebabkan pasaran emas 916 masih belum menentu selepas GST.

3. Itu saya tak pasti. Saya rasa akan kena caj GST juga.

Reply

32 Nuurul Hudaa January 7, 2015 at 5:05 pm

Assalam, En. Zul. Sy baru terbaca blog En. Zul, sungguh informatif pasal gold investment. Sy nk tahu lebih lanjut pasal public gold (newbie & tak tau apa2). Mcmana nak register jadi ahli?, Mcmana nak beli gold bar?, etc.

Thank you very much, in advance

Reply

33 Mohd Zulkifli Shafie January 7, 2015 at 8:09 pm

Wslm Pn. Nuurul Huda,

Puan boleh wassap saya 019-336 8009. InsyaAllah saya boleh guide mengikut kesesuai puan.

Reply

34 faizuladilah January 8, 2015 at 4:18 am

Assalam en zul…sye ingin bertanya…apakah beza powergold dan public gold…mane yg lebih berkelebihan??

Reply

35 Mohd Zulkifli Shafie February 28, 2015 at 8:22 pm

Wslm En. Faizul,

Apa pun jenama emas, 5 kriteria penting yang perlu kita pertimbangkan kalau nak memaksimumkan keuntungan. Saya syorkan En. Faizul baca artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2012/05/5-kriteria-penting-memilih-emas-pelaburan.html .

Reply

36 Hisyamul Ariffin January 9, 2015 at 2:07 am

Salam Tn Zul,

Saya mohon bertanya. Jika saya mempunyai modal sekitar RM3k sekarang, apa recommendation Tn jika saya nak mulakan pelaburan ? Dan jika saya tambah belian dari masa ke semasa, hingga RM20k, adakah saya akan automatically menjadi dealer ?

Terima kasih Tn & salam hormat.

Reply

37 Mohd Zulkifli Shafie February 28, 2015 at 8:20 pm

Wslm En. Hisyam,

Belian RM30k dalam satu belian automatik jadi dealer. Kalau belian terkumpul, cukum RM50k dalam tempoh 12 bulan baru layak jadi dealer. Dengan bajet RM3k, En. Hisyam boleh dapat gold bar dalam 20 gram.

Reply

38 Ridhwan bin Ibrahim January 9, 2015 at 4:21 pm

As slm..nak tanye tuan..caj gold premium tu sama tak kita beli di mana2 cawangan PG?

Reply

39 Mohd Zulkifli Shafie January 17, 2015 at 8:35 am

Wslm. Sama En. Ridhwan kecuali Sabah dan Sarawak. Senarai gold premium boleh cek di http://www.bit.ly/pggoldpremium .

Reply

40 Khairul January 11, 2015 at 1:25 am

Assalamualaikum,
Adakah bar 250g Public Gold juga dikenakan GST kerana bukan LBMA item.
Atau PG akan tukarkan kepada LBMA item juga, tentunya spread akan lebih besar dari 4.5?
Minta penjelasan dan pandangan tuan tentang simpanan saya dengan item 250g ini perlu diteruskan atau sebaliknya.

Reply

41 Mohd Zulkifli Shafie February 28, 2015 at 7:50 pm

Wslm En. Khairul,

Setakat apa yang saya tahu, Public Gold belum ada rancangan untuk jadikan gold bar 250 gram sebagai LBMA sebab permintaanya kurang. GST dikenakan semasa membeli. Kalau En. Khairul beli sebelum 1 April, selamat dari GST. Masa jual nanti tak kena GST.

Reply

42 azlan January 12, 2015 at 6:15 pm

Salam..sy nak tanya adakah maksudnya lebih untung kalau kita beli banyak skarang sbab lepas gst nanti harganya akan naik?.maksudnya skarang kan blom kena gst jd harganya lbih murah nanti dah kena gst harga mahal kita jual..tertakluk dgn harga emas semasa tp dh cnfrm naik 6% dr harga skarang..mcm tu ke tn.
mohon pencerahan.tq

Reply

43 Mohd Zulkifli Shafie February 28, 2015 at 7:47 pm

Wslm En. Azlan,

Harga emas tak terjejas dengan GST. Cuma selepas GST, kita kena bayar cukai GST 6% semasa membeli. Cukai 6% itu akan diserahkan oleh penjual kepada kerajaan.

Reply

44 Puan Sha Hussin January 13, 2015 at 12:10 pm

Assalamualaikum Tuan,

1) kalau saya beli dengan kaedah GAP, 1 gram setiap bulan tanpa saya collect di PG, katakan saya dah kumpul hingga 5 gram. Kalau saya nak collect harga premium akan jadi (1 gramx5)x5 = RM25? atau (5 gram x 10)=RM10?

2) Dengan kaedah GAP, boleh ke saya beli terus 5gram/10 gram? (sebab nak elak kos premium dan beli harga rendah)

3) Adakah pembelian dengan kaedah GAP, saya masih akan miliki gold bar LBMA?

4) Apa yang menyebabkan emas jadi use gold setelah seal dibuka? Bukankah emas tetap emas? (maaf confuse sikit)

5) Bagaimana mahu jadi ejen PG? dan adakah PG juga MLM?

Terima kasih..

Reply

45 Mohd Zulkifli Shafie January 17, 2015 at 8:31 am

Wslm Pn. Sha,

1. Kalau keluarkan gold bar 1 gram x 5 keping, gold premium RM5 x 5 keping = RM25. Kalau keluarkan gold bar 5 gram x 1 keping, gold premium cuma RM5 jer. Senarai gold premium boleh cek di http://www.bit.ly/pggoldstorage.

2. Gold premium tu cuma bayar masa nak keluarkan emas tu. Gold premium tu bergantung jenis item yang nak dikeluarkan. Selagi tak keluarkan emas tu, selagi tu tak perlu bayar gold premium.

3. Betul, emas LBMA.

4. Betul. Emas tetap emas, tapi bila dah buka seal, syarikat tak dapat jual semula emas tu. Mereka terpaksa hantar semula ke kilang untuk proses semula. Bila kos syarikat lebih besar, susut nilai akan lebih tinggi.

5. Untuk jadi ejen Public Gold, kena beli RM30k dalam satu belian. Public Gold bukan MLM.

Wassalam.

Reply

46 Abdul Hakim August 1, 2015 at 10:47 pm

Promosi Merdeka beli 100 gram GAP layak jadi dealer klu x silap

Reply

47 Mohd Zulkifli Shafie August 1, 2015 at 11:08 pm

Betul.

Reply

48 Azie January 14, 2015 at 1:49 pm

Assalamualaikum En Zul. Saya terima wasap dari seorang rakan mengajak melabur membeli emas dengan harga serendah RM110/1g melalui satu skim. Saya merasa ragu-ragu kerana tidak tahu latar belakang mereka yang mengendalikan pelaburan tersebut, tambahan pula saya tiada ilmu atau pengalaman dalam bidang ini. Saya search latar belakang syarikat yang dimiliki oleh pengendali tersebut di internet, ia cuma sebuah perniagaan menjual spare parts kereta berjenama. Bayaran akan ditransfer ke syarikat spare parts tersebut.

Mohon pandangan dan nasihat en zul.

Berikut antara isi kandungan wasap yang saya terima.

“Jika anda beli 1g dengan harga RM110 hari ini dan barang akan landed pada 30 hari bekerja yang berikutnya.
Cukup 30 hari bekerja, barang landed, harga pasaran ketika itu RM135 anda menjual dengan dengan harga RM135, disitu anda mendapat keuntungan RM25, itulah margin atau keuntungan.
jika dikumpul keuntungan itu 4 bulan atau 4 kali beli /landing ETA dan jual semula , jumlah keuntungan itu hampir-hampir 1g ETA, bulan ke-5 anda bole menambah 1g ETA dengan mengunakan keuntungan terkumpul 4 bulan terdahulu disitu dan anda telah gandakan 1g anda kepada 2g.
proses ini adalah berulang, beli dan jual lagi selama 4 bulan, anda telah gandakan lagi 2g kepada 4g.
proses berterusan lagi sehingga dalam tempoh 40 bulan ETA anda telah menjadi 1kg .

kiraan mudah:
4 bulan 1g ~ 2g
8 bulan 2g ~ 4g
12 bulan 4g ~ 8g
16 bulan 8g ~ 16g
20 bulan 16g ~ 32g
24 bulan 32g ~ 64g
28 bulan 64g ~ 128g
32 bulan 128g ~ 256g
36 bulan 256g ~ 512g
40 bulan 512g ~ 1024 g bersamaan 1.024kg

setiap gandaan memerlukan masa 4 bulan atau 4 kali beli dan jual.

setiap jemaah 100g kita wujudkan satu team whassap,ada team 7 org,ada team 15org,tergantung pd berapa gram mereka beli.jika semua
1g,maka team itu 100 org,jika semua 10g,hanya 10 org

setiap team akan di lantik seorang ketua /admin utk memutuskan keputusan setiap perancangan team dari bulan ke bulan samaada nak buyback (jual) ataupun compounding (terus mengumpul untung dan dibawa kedepan)

jemaah lebih baik dr solo krn anda mempunya rakan utk refer atau bertanya dan mendptkan info.

▶ simulation mudah
1 kpd 2,2 kpd 4,4kpd 8,8 kpd 16,16 kpd 32,32 kpd 64,64 kpd 128,128 kpd 256,256 kpd 512 dan 512 kpd 1024 bersamaan 1.24kilogram.
setiap kali gandaan memerlukan masa 4 bln atau 4x beli dan jual.

PULANGAN :
semasa 40 bulan anda akan menerima :

1 kg pamp / 10 keping pamp dimana 1 pamp =100gm

ATAU
tunai

ATAU
membeli property seperti kereta dan lain2 di bawah kelolaan ******

semua di atas bergantung dengan pilihan anda.”

Reply

49 Mohd Zulkifli Shafie February 28, 2015 at 7:40 pm

Wslm Pn. Azie,

Saya syak ianya skim cepat kaya berdasarkan kepada ciri-cirinya. Puan boleh baca artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/08/awas-skim-cepat-kaya-bertopeng-emas.html .

Reply

50 Rania Haslinda Hassim January 15, 2015 at 5:12 am

Assalamualaikum..En,Zul,saya tertarik membeli emas melalui kaedah GAP sgt menarik dan harganya pn lebih murah.
Perkongsian ilmu tuan begitu membantu saya.Saya berniat menyimpan emas dlm bentuk GB dan Dinar.

Reply

51 Mohd Zulkifli Shafie January 17, 2015 at 8:01 am

Wslm Pn Rania,

Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah.

Reply

52 muiz January 16, 2015 at 9:04 am

Salam..tuan mohon bg pendapat..sy ad beberapa cion 1dinar..apa pandangan tuan,elok ke sy simpan je coin ni,or kena tukar yg baru punya?niat dihati nk smpan je sbb kalau nk tukar baru ad cas kan?ekonomi sy pun kurang memberansangkan buat masa ni..mohon pencerahan..

Reply

53 Mohd Zulkifli Shafie January 16, 2015 at 9:12 am

Wslm En. Muiz,

Kalau ikut Public Gold, digalakkan tukar sebab mungkin susut nilai akan naik sebab market emas 916 tak tahu apa nasibnya lepas perlaksanaan GST nanti. Tapi saya secara peribadi, masih simpan sebahagian besar simpanan dinar 916 saya.

Reply

54 muiz January 16, 2015 at 1:26 pm

Tuan,ade kemungkinan ke emas 916 ni xde harga langsung??sebab sy beli dulu ntok long term..mgkin lps 10-15 tahun sy jual balik,tu pun kalau perlu,or mgkin sy smpan je smpai tua nnt..pd pandangan tuan klo plan mcm sy ni,patut tukar or x?

Reply

55 Mohd Zulkifli Shafie January 16, 2015 at 2:49 pm

Mustahil sampai tak ada harga langsung. Emas 916 akan tetap mahal. Cuma susut nilai tinggi sikit, macam barang kemas. Kalau untuk long term saving tak ada masalah. Kalau siapa nak buat trading (jual bila harga naik), lebih untung kalau tukar kepada 999.9.

Reply

56 muiz January 16, 2015 at 11:09 pm

Jadi,apakah tuan setuju kalau saya jz simpan emas yg ada,n beli emas 999 yg baru bila mahu tambah koleksi saya?sy berterima kasih atas semua pandangan tuan..saya mula yakin simpan emas atas semua maklumat yg tuan bagi dlm blog ni..moga tuan dirahmati Allah..

Reply

57 Mohd Zulkifli Shafie January 17, 2015 at 7:25 am

Saya setuju. Dan itulah yang saya juga buat.

Reply

58 liana January 16, 2015 at 10:51 am

Salam tuan…saya juga ada banyak keping dinar 916..rasa serba salah nak tukar atau tidak kepada yg baru..katakan modal saya beli dinar 916 dulu 20k..kalau tukar saya kena tambah dalam 2k..apa pendapat tuan..berbaloi atau tidak..
terima kasih

Reply

59 Mohd Zulkifli Shafie January 16, 2015 at 12:58 pm

Wslm Pn Liana,

Caj RM60 untuk 1 dinar tu bagi saya murah berbanding kos upgrade dari 916 –> 999.9, dan dari emas biasa –> LBMA. Ianya berbaloi, insyaAllah.

Reply

60 faisal January 17, 2015 at 1:32 am

Salam tuan. Macam mana dengan PG silver bar 999? Kena GST jugak ke?

Reply

61 Mohd Zulkifli Shafie January 17, 2015 at 7:25 am

Wslm En. Faizal. Saya tak pasti. Saya rasa kena GST juga selagi belum dapat pengiktirafan LBMA.

Reply

62 siti January 19, 2015 at 6:30 pm

Slm..sy berminat nk beli emas pg dgn duit simpanan asb rm30k…tapi nampaknya harga emas mula naik..sesuaikah sy bermula sekarang atau tunggu harga emas turun semula dulu..mohon tunjuk ajar en zul

Reply

63 Mohd Zulkifli Shafie January 19, 2015 at 7:23 pm

Wslm Pn. Siti,

Harga emas memang naik berbanding bulan lepas. Tapi masih dianggap rendah berbanding 2014. Puan boleh bandingkan graf sejarah harga emas di http://goldprice.org/gold-price-history.html.

Untuk pembelian dengan bajet tu, puan contact saya 019-336 8009 (wassap, sms). Nanti saya guide mengikut matlamat puan membeli emas. InsyaAllah.

Reply

64 ummi January 21, 2015 at 12:32 pm

Assalamualaikum En Zulkifli,

Saya ada gold bar public gold yang sekarang…adakah saya boleh terus simpan atau jual dan beli gold bar yang LBMA ?

Reply

65 Mohd Zulkifli Shafie January 21, 2015 at 5:18 pm

Wslm Pn. Ummi,

Simpan jer. Tak perlu tukar kepada LBMA. Saya lebih suka gold bar lama sebab lebih mudah untuk pajakan. Yang mungkin bagus untuk tukar ialah dinar 916 –> dinar 999.9.

Reply

66 Hairil January 21, 2015 at 2:13 pm

As-Salam tuan,

Nak bertanya..tuan berkata PG tidak akan mengeluarkan lagi jongkong yg tiada pengiktirafan LBMA…so apa yg patut sy lakukan utk Jongkong PG sedia ada yg tiada pengiktirafan LBMA..maaf..confused sikit statement tuan di atas..no #6…adakah sy boleh menjual kepada PG selepas ini..mohon tunjuk ajar tuan…tq.

Reply

67 Mohd Zulkifli Shafie January 21, 2015 at 5:17 pm

Wslm En. Hairil,

Tak perlu jual. Simpan jer. Ia tak ada masalah, bahkan lebih baik berbanding emas berseal sebab lebih mudah untuk pajakan. Public Gold jamin beli balik emas tu, jangan risau.

Reply

68 Haris January 22, 2015 at 10:07 pm

Assalamualaikum En Zul.
Saya Nak Minta pendapat En Zul.dulu Sebelum baca blog En Zul saya ada beli beberapa keeping gold bar 10g.tapi Lepas Sy baca blog ni sy Dapat tahu Yg spread nya rendah Jadi Tak Berapa untung.
Sekarang sy tgk harga PG buy gold bar 10g Dah tinggi sikit dari Harga yg sy beli Dulu.jadi Elok kah saya jual Sekarang dan beli semula 5 dinar emas apabila harga dinar rendah sikit nanti?

Reply

69 Mohd Zulkifli Shafie January 23, 2015 at 1:49 am

Wslm En. Haris,

1. Gold bar 10 gram spreadnya lebih tinggi. Ia kurang untung berbanding gold bar lebih besar yang spreadnya lebih rendah.

2. Kalau nak pakai duit, jual jer emas tu sekarang. Tak perlu tukar kepada 5 dinar. Kalau belum nak pakai duit, simpan jer emas tu.

Reply

70 haris January 24, 2015 at 8:28 am

Ya en zul betul.spread tinggi yg 10g.sy tulis salah.
Oo tak perlu jual dan tukar dinar ye.
Skrg x de la nk guna duit tu cuma sy terfikir nk tukar ke 5 dinar .
Sy nak tahu,adakah harga emas akan tinggi bila USD tinggi?

Reply

71 Mohd Zulkifli Shafie January 24, 2015 at 8:48 am

Biasanya USD bergerak songsang dengan harga emas.

Reply

72 Jamry January 24, 2015 at 1:09 pm

Assalammualaikum En. Zul

Nak tanya, antara 50 Gold Bar dengan 10 Dinar manakah antara item ini yang lebih baik untuk pembelian untuk mendapatkan keuntungan memandangkan kedua-dua item tersebut mempunyai Sprade yang sama iaitu 6.5% dan Premium Kos pun sama iaitu rm30.00

Reply

73 Mohd Zulkifli Shafie January 24, 2015 at 1:57 pm

Wslm En Jamry,

Bagi saya sama jer dari sudut pelaburan. Harga per gram sama, spread pun sama.

Reply

74 Jamry January 24, 2015 at 2:14 pm

Satu lagi mohon pencerahan En Zul. Saya adalah normal Dealer PG, berdasarkan pengumuman PG mulai 1 Disember 2014 insentive yang bawah dari rm 200.00 akan dimasukan dalam akaun GAP. Saya telah membuat sedikit pembelian pada bulan Disember 2014 tapi sy check dalam akaun GAP saya tiada transaction yang dimaksudkan. Mohon pencerahan En.Zul. Terima Kasih

Reply

75 Mohd Zulkifli Shafie January 24, 2015 at 3:50 pm

Betul En Jamry. PG akan masukkan dalam akaun GAP. Saya dapat info, semua dealer yang dapat GAP, belum masuk lagi dalam GAP Statement. Mungkin sebab ini bulan pertama untuk polisi ni. Cuba cek akaun pada Isnin petang.

Reply

76 Seha January 28, 2015 at 4:52 pm

Salam…
1. Saya adalah priority dealer sejak tahun 2012. tp dah lebih setahun saya tak aktif jual beli. Bagaimana dgn status sy..
2. Saya antara yg beli 1 dinar 916 dengan harga rm768.. Harga sekarang sgt2 rendah dan rugi sgt2 bila sy jual.. Pd pendapat tuan, adakah sy perlu tukar atau jual dinar tersebut…

Mohon pencerahan.. terima kasih…

Reply

77 Mohd Zulkifli Shafie January 30, 2015 at 5:47 am

Wslm Pn Seha,

1. Puan boleh call office Public Gold terdekat untuk semak status puan.

2. Apa perlu buat, itu bergantung kepada matlamat puan. Kalau beli emas untuk simpanan semata2, simpan jer emas tu selagi belum nak pakai duit tu. Kalau beli utk jual bila harga naik i.e trading, saya syorkan puan join Seminar Analisis Teknikal Harga Emas oleh En Shufaad http://www.melakfx.com. Kalau beli untuk jana pendapatan sebagai dealer, puan kena cari introducer / Master Dealer puan, dan belajar dari mereka.

Wallahu a’lam.

Reply

78 Seha March 10, 2015 at 5:01 pm

Sekarang public gold dah call sbb transaksi tidak mencapai 50k. So saya akan downgrade ke normal dealer.. Ape yg perlu sy buat..

Reply

79 Mohd Zulkifli Shafie March 11, 2015 at 6:01 am

Kalau tak berminat jadi Priority Dealer lagi, biarkan downgrade. Kalau jadi Priority Dealer tapi tak capai target transaksi RM50,000 dalam tempoh 6 bulan, bagi saya sama sahaja statusnya dengan Normal Dealer sebab tak dapat apa-apa manfaat.

Kalau berminat jadi Priority Dealer, pergi cari introducer yang Master Dealer. Belajar macam mana nak buat transaksi RM50,000. Transaksi RM50,000 bagi EMAS untuk tempoh 6 bulan bari Priority Dealer tu sebenarnya sangat kecil.

Reply

80 Rahmat Zakaria January 29, 2015 at 11:41 pm

Salam sifu sya nak minta pandangan jika bajet RM20k hingga RM30k Beli dinar emas atau gold bar drp Rahmat .terima kasih

Reply

81 Mohd Zulkifli Shafie January 30, 2015 at 5:38 am

Wslm En Rahmat,

Sekarang ni, dinar dan gold bar sama sahaja dari sudut ketulenan, harga per gram dan spread. Beza cuma pada bentuk dan berat setiap item.

Kalau beli untuk jual bila harga naik, beli item yang besar2 macam gold bar 100 gram sebab spread lebih rendah i.e. lebih cepat untung.

Kalau nak simpan semata2, dan nak mudah jual sikit2 nanti, beli item yang kecil2 macam 1 dinar atau gold bar 10 gram.

Kalau beli RM30k tu automatik jadi dealer. Kalau nak jana pendapatan sebagai dealer, beli item yang kecil2 sebab permintaan lebih tinggi. Lagi cepat stok tu boleh pusing untuk jana pendapatan.

En Rahmat boleh wassap saya 019-336 8009 kalau ada apa2 persoalan khusus.

Reply

82 Najeeha February 19, 2015 at 8:05 pm

Assalamualaikum en. Zul. . Saya minat nk beli n simpan dinar PG utk future. Sy baru 21 thn dan fikir nk maintain beli 1 dinar setiap bln mmndgkn skrg xde komitmen sgt. Ape pendapat n cadangan terbaik dr encik zul ye? Sy dr kuantan. . Harap membantu

Reply

83 Mohd Zulkifli Shafie February 19, 2015 at 9:07 pm

Wslm Cik Najeeha,

Bagus perancangan tu. Untuk simpanan berkala, samada beli 1 dinar sebulan, atau beli beberapa gram setiap bulan mengikut kaedah Gold Accumulation Program (GAP). Cik Najeeha boleh baca artikel saya berkenaan GAP di http://www.mohdzulkifli.com/2014/09/mudahnya-simpan-emas-dengan-gap-public-gold.html . Kalau ada apa-apa persoalan, boleh wassap saya 019-336 8009.

Reply

84 mel February 24, 2015 at 4:30 pm

Sy bru nk bljr bli public gold..cmnr

Reply

85 Mohd Zulkifli Shafie February 24, 2015 at 5:48 pm

Boleh baca artikel-artikel tentang pelaburan emas dalam blog ni. Kalau ada apa-apa persoalan, boleh wassap saya 019-336 8009. InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu.

Reply

86 shahrul March 9, 2015 at 8:29 pm

Salam En. Zul, saya berminat menjadi dealer.
Adakah berbaloi sekiranya saya beli
emas melalui kaedah GAP sebanyak 20k
kerana terdapat promosi buat masa ni.
Bagaimana hendak aplikasi teknik pajak dgn emas GAP?
Adakah terdapat kursus/seminar tentang pelaburan
emas yg En Zul organise? Maaf byk bertanya
saya baru pertama kali hendak membeli emas pelaburan.
Terima kasih byk2

Reply

87 Mohd Zulkifli Shafie March 9, 2015 at 9:12 pm

Wslm En. Shahrul,

Kalau untuk jana pendapatan sebagai dealer, insyaAllah berbaloi.

Teknik pajakan? Tak perlu pajak. Risiko rugi lebih besar daripada untung.

Untuk dealer di bawah bimbingan saya, saya sediakan support group melalui facebook. Dalam group tu akan sentiasa dapat update tentang tips jana pendapatan sebagai dealer, insyaAllah.

Reply

88 Lenggang Kangkung March 11, 2015 at 4:04 pm

Saya difahamkan semua emas ketulenan 99.5% dan ke atas akan dikecualikan GST. Warta Kerajaan tiada menyatakan tentang standard antarabangsa (seperti LBMA) sahaja dikecualikan GST.

Reply

89 Mohd Zulkifli Shafie March 11, 2015 at 4:17 pm

Dalam warta kerajaan ada dinyatakan. Rujuk sub-clause dalam warta tu. Memang disebut dengan jelas tentang LBMA.

Reply

90 Lenggang Kangkung March 11, 2015 at 4:16 pm

Adakah kita akan kena GST semasa JUAL emas kita yang bukan LBMA pada Public Gold ?

Reply

91 Mohd Zulkifli Shafie March 11, 2015 at 10:17 pm

GST kena bayar masa beli sahaja. Masa jual tak kena GST.

Reply

92 Wan March 12, 2015 at 8:11 am

Assalaamu’alaikum En.Zul

Boleh tak saya tukar 10keping gb public gold 1gram kepada 1 keping gb public gold 10gram di mana-mana cawangan public gold?

Reply

93 Mohd Zulkifli Shafie March 13, 2015 at 9:38 am

Wslm En Wan. PG tak buat macam tu. Kalau nak tukar begitu, boleh tukar dengan mana-mana dealer.

Reply

94 sam March 12, 2015 at 2:44 pm

minta pandangan En.Zul,
saya baru berjinak jinak dgn emas ni..
Modal RM3000 ..sebaiknya beli emas Bar 10g 2 keping atau beli Dinar 5 keping
Beli untuk tujuan simpan jangka masa 3 tahun ke atas..

terima kasih

Reply

95 Mohd Zulkifli Shafie March 13, 2015 at 9:36 am

Saya prefer 1 dinar x 5 keping sebab senang jual sikit2 nanti. Lagipun spread sama2 8%.

Reply

96 sam March 13, 2015 at 10:15 am

TQ Encik Zul,
Lg satu kalau saya beli Bar bunga raya Poh Kong..
simpan utk jangka masa yg lama 4 -5 tahun ada kah bersesuaian
kerna spreadnya yg cecah belasan persen …mngkin ia tak sesuai utk jangka masa singkat ..adakah tepat teori saya

Reply

97 Mohd Zulkifli Shafie March 13, 2015 at 11:36 am

Boleh juga En. Sam. Tapi daripada beli emas yang spreadnya tinggi, lebih untung beli yang spreadnya rendah.

Reply

98 Ahmad Afiq March 22, 2015 at 10:56 am

Asslm encik Zul..Sy berminat tentang bisnes emas ni..tapi sy xde basic..kosong. Harap encik Zul sudi membantu saya.

Reply

99 Mohd Zulkifli Shafie March 22, 2015 at 10:22 pm

Wslm En. Afiq,

InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu. En. Afiq boleh wassap saya 019-336 8009 kalau ada apa-apa persoalan yang perlukan penjelasan.

Reply

100 Khairee March 23, 2015 at 8:18 pm

Assalamualaikum tuan, saya nak tanya, sykt sy mengambil upah utk simpan emas dan cuci emas, kos perkhidmatan tu dikenakan gst atau tidak ye?mengikut pandangan sy mcm kena…susah nak contact custom skrg dan kdg2 jawapan mereka berbeza2 :) mohon pencerahan
terima kasih

Reply

101 Mohd Zulkifli Shafie March 24, 2015 at 12:35 am

Wslm En. Khairee,

Apa yang saya faham, perkhidmatan begitu dikenakan GST.

Reply

102 sam March 24, 2015 at 1:08 pm

Saya membeli emas di Public Gold dgn ber INTERDUCE kan public gold ampang….Bolehkan saya tukar interducer kepada seseorang ?

Reply

103 Mohd Zulkifli Shafie March 24, 2015 at 2:44 pm

Tak boleh, melainkan tuan upgrade daripada customer biasa menjadi Normal Dealer, atau dari Normal Dealer menjadi Priority Dealer.

Reply

104 Ruszali bin Zakaria March 25, 2015 at 12:51 pm

Assalammualikum sdr Zul.

Saya mula timbul minat untuk melabur dalam pasaran emas dan baru nak menimba maklumat berkenaan pelaburan emas fizikal ini. Saya ada juga buat perbandingan dengan produk-produk emas dari syarikat yang lain. Saya belum yakin dengan maklumat2 yang ada sebab ada yang belum terjawab persoalan dalam minda saya. Keraguan saya adalah kepada perkara2 berikut:
1. Ketulinan emas – Saya maklum yang ketulinan emas ini disahkan oleh pihak ketiga yang bertauliah. Pada certificate belakang produk ada distampkan dengan organisasi2 seperti Nadir Metal Rafineri, LBMA, DMCC dan BORSA Istanbul. Apa kaitan agensi-agensi ini dengan PublicGold? Adakah PublicGold menjadi ahli kepada LBMA? Saya tidak jelas bagaimana agensi-agensi ini berhubung kait dengan PublicGold. (Persoalan ini bagi mengesahkan PublicGold adalah bertaraf antarabangsa kalau terdesak saya boleh jual emas PublicGold ini di London misalnya).

2. Pasaran – Mengapa saya tengok pasaran PublicGold dan lain-lain syarikat produk emas ramai orang melayu sahaja. Kaum lain seperti Cina adakah tidak berminat dalam PublicGold atau mereka dibuat satu skim yang berbeza dan diasingkan dari pasaran kaum Melayu. (Tidak ada niat untuk jadi rasist, cuma pemerhatian saya melalui website PublicGold dan menimbulkan tanda tanya).

Harap dapat Sdr Zul beri pencerahan sedikit bagi membolehkan saya melabur dengan tenang dan yakin. Sekian terima kasih, Wassalam.

Reply

105 Mohd Zulkifli Shafie March 26, 2015 at 8:58 am

Wslm Pn. Ruszila,

1. Ketulenan – Emas Public Gold ditempah dari Nadir Metal Rafineri, iaitu sebuah kilang emas yang mendapat pengiktirafan LBMA. Ia sebuah syarikat milik muslim dan pengeluar emas terbesar di Turki. Emas LBMA lebih diyakini dan lebih mudah diterim di peringkat antarabangsa,.

2. Pasaran – orang Cina juga pembeli emas Public Gold, tapi kebanyakkan mereka ialah silent buyer. Beli dan simpan diam-diam. Setakat apa yang saya tahu, ramai orang Cina yang terjebak dengan Emas Genneva (skim cepat kaya emas) yang diserbu oleh BNM tahun 2012. Dan dari situ ramai yang fobia dengan emas.

Apa-apa persoalan, puan boleh juga wassap terus kepada saya 019-336 8009. InsyaAllah lebih cepat saya beri respon.

Wallahu a’lam.

Reply

106 Ruszali bin Zakaria March 26, 2015 at 12:45 pm

Terima kasih di atas penjelasan pada Pn Ruszila, jawapan tersebut menjawab pada persoalan yang saya kemukakan sebelum ni.

Reply

107 Rushdan March 31, 2015 at 10:51 am

En. Zul, terima kasih di atas maklumat yang diberikan. Di sini kita berbincang berkenaan dengan emas fizikal. Bagaimana pula kesan GST ke atas saham emas bukan fizikal? Apakah jangkaan nilai saham ini dan bilakah patut menambah atau menjual saham ini . Terima kasih.

Reply

108 Mohd Zulkifli Shafie April 2, 2015 at 4:16 am

Salam En. Rushdan,

Saya tak berapa mahir tentang saham. Cuma bila kena GST, permintaan barang kemas akan jatuh mendadak. Ia mungkin beri kesan langsung kepada saham tersebut sekiranya syarikat itu berniaga barang kemas.

Reply

109 sam April 1, 2015 at 12:06 pm

Tentang Silver/Perak..
Ramai lebih tertumpu pada emas..
mungkin faktor keuntungan yg cepat/banyak..
atau perak sukar di gadai/jual di mana mana..
Rasanya pada yg kurang modal utk beli emas sesuai di tumpukan pada silver..kerana ia agak murah.

Pada pandangan En.Zul adakah silver boleh melonjak atau pernah naik harga dari melebihi keuntungan emas ?

Reply

110 Mohd Zulkifli Shafie April 2, 2015 at 4:21 am

Ramai pakar menjangkakan silver mempunyai potensi keuntungan lebih besar berbanding emas, termasuk pakar kewangan Azizi Ali. Saya pernah terangkan kelebihan, kekurangan dan potensi sebenar silver dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/05/5-tips-pantas-fahami-pelaburan-silver.html .

Reply

111 zaidi safuan April 4, 2015 at 12:25 am

Salam en.Zulkifli.. Sy ingin bertanya en.Zul, saya ada beli emas dr Nadir Metal Refinery. Kalau sy nak jual emas tu kat Public Gold, boleh ke Public Gold terima?

Tq

Reply

112 Mohd Zulkifli Shafie April 4, 2015 at 1:32 pm

Wslm En. Zaidi,

Public Gold terima semua jenis emas. Tapi harga lebih rendah dari harga emas Public Gold sendiri.

Reply

113 shahrul April 7, 2015 at 2:14 pm

Assalaamu’alaikum En.Zul,

Ape pendapat en.zul sekiranya harga emas naik saya jual emas dan beli USD dan apabila USD naik saya jual USD untuk beli emas ?

bukan tamak,hanya sekadar bertanya.

Reply

114 Mohd Zulkifli Shafie April 10, 2015 at 8:17 am

Wslm En. Shahrul,

Boleh juga. Menarik juga idea tu. Ini pertama kali saya dengar idea yang baik sebegini. Boleh cuba dapatkan pengalaman dengan strategi begini.

Reply

115 Bahrin Tuah April 17, 2015 at 12:09 am

salam,

saya berhasrat nak trade in gold bar 1 kg dari syarikat emas lain dengan emas public gold dalam bentuk lebih kecil eg 100grms etc dan menjadi pelanggan PG.Mcamana kah cara cara nya?

Reply

116 Mohd Zulkifli Shafie April 17, 2015 at 9:11 am

Wslm En. Bahrin,

Boleh terus ke office Public Gold terdekat. Bawa emas tu.

Masa trade in emas tu nanti, boleh letak nama saya sebagai introducer (PG002369 Mohd Zulkifli Shafie) supaya senang saya bantu kalau ada apa-apa yang perlu follow-up nanti.

En. Bahrin boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call) kalau ada apa-apa persoalan. InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu.

Reply

117 Rashidi April 21, 2015 at 3:26 pm

Assalamualaikum En.Zul,

Saya baru nak berjinak2 dalam dunia pelaburan emas. Ye lah, baru je masuk ke alam pekerjaan dan sedar yang simpanan dan pelaburan ni penting untuk masa depan. Dari maklumat yang saya baca di artikel ni, saya tak faham berkaitan susut nilai 15% bagi harga emas LBMA tu. Boleh encik terangkan lebih lagi tak?

Reply

118 Mohd Zulkifli Shafie April 28, 2015 at 2:55 am

Wslm En. Rashidi,

Alhamdulillah.

Susut nilai 15% tu kalau kita potong / gunting seal kekal tersebut.

Reply

119 adib May 7, 2015 at 1:19 pm

Slm.ada tak create group whatsapp utk q&a berkenaan emas pg ni. Kalau ada mohon utk add sy.Tqvm.

Reply

120 Mohd Zulkifli Shafie May 7, 2015 at 2:07 pm

Wslm En. Adib,

Tak ada. Saya memang tak sempat melayan group wassap.

Reply

121 raidah May 8, 2015 at 10:32 pm

Assalam. Encik zulkifli, mohon berikan pencerahan. Saya sudah membeli 1 dinar dan mahu tukar ke barang kemas. Boleh ke pertukaran ni berlaku?

Reply

122 Mohd Zulkifli Shafie May 10, 2015 at 7:03 am

Wslm Pn. Raidah,

Public Gold tak ada barang kemas sekarang. Memang tak boleh tukar.

Reply

123 umie May 13, 2015 at 2:41 pm

Assalamualaikum Encik Zul,

Terima kasih atas perkongsian, banyak ilmu bermanfaat yg saya dapat hasil penulisan tuan. Saya berminat untuk membuat long term investment dalam emas ni. Saya merancang utk membuat PL, sebagai strategi utk ‘memaksa’ saya menyimpan setiap bulan. Tetapi sebagai penjawat awam, adakah pembelian emas perlu diisytiharkan dalam borang pengisytiharan harta? Dan adakah pelaburan dalam emas akan dikenakan cukai? Contohnya cukai pendapatan? Mohon pencerahan, terima kasih.

Reply

124 Mohd Zulkifli Shafie May 13, 2015 at 3:22 pm

Wslm Pn. Umie,

Alhamdulillah..

Saya tak pasti samada ke isytihar harta atau tidak.

Emas tak dikenakan cukai. Zakat kena bayar 2.5% setahun.

Reply

125 VIDAYU May 25, 2015 at 8:49 am

Assalamualaikum

Saya nak bertanya tentang pelaburan emas 999 (gold bar). Saya ada gold bar 10gram yang saya beli dari sebuah kedai emas. Macamana saya nak gunakan emas saya itu untuk pelaburan? Apa kelebihan dan kelemahan jika saya gunakan gold bar saya tu?

Reply

126 Mohd Zulkifli Shafie May 25, 2015 at 10:12 am

Wslm puan,

Pelaburan emas; asasnya beli dan simpan. Jual bila nak pakai duit nanti. Untung atau rugi tu bergantung pergerakan sebenar harga emas.

Reply

127 SuperNifz June 10, 2015 at 12:23 pm

Memang teringin nak tau lebih lanjut pasal pelaburan Gold nih… tq for sharing admin.

Reply

128 Mohd Zulkifli Shafie June 10, 2015 at 3:23 pm

Tuan boleh contact saya 019-336 8009 (wassap) kalau ada apa-apa persoalan. InsyaAllah saya boleh guide.

Reply

129 Sabri June 26, 2015 at 2:54 pm

Assalam Tuan,
Adakah jika saya membeli secara ‘online’ di laman web PG, ia dikira beli secara GAP?

Reply

130 Mohd Zulkifli Shafie June 26, 2015 at 11:17 pm

Wslm En. Sabri,

Untuk beli secara GAP, boleh baca artikel saya di link http://www.bit.ly/beliemasgap .

Reply

131 zakiah July 3, 2015 at 8:57 am

Assalammualaikum Encik Zul,
Saya baru nak berjinak-jinak dan terfikir tentang produk PG.
Saya nak tanya,kalau org yang takda ilmu tentang emas mcm saya..macam mana nak tahu yang terbaik untuk diri saya untuk mendapat keuntungan di kemudian hari??
Dan lagi satu,saya tetap keliru antara Gold Bar dan Dinar..Silver atau Emas??

Mohon Encik Zul beri tunjuk ajar,
Terima kasih.

Reply

132 Mohd Zulkifli Shafie July 3, 2015 at 4:31 pm

Wslm Pn Zakiah,

Utk faham asas simpanan emas, sy syorkan download dan baca ebook percuma yg sy sediakan. InsyaAllah dlm masa 5 minit, akan faham asas simpanan emas.

Klik link http://www.bit.ly/5minitemas utk download.

Reply

133 Sabri August 13, 2015 at 12:41 pm

assalam tuan,
Saya sudah mempunyai AC Code PGXXXXX tetapi belum pernah membuat GAP. Saya mahu membuat / menyertai GAP ni.
adakah saya boleh terus membuat GAP dengan menggunakan akaun saya?

Reply

134 Mohd Zulkifli Shafie August 14, 2015 at 6:59 am

Wslm,

Boleh En. Sabri.

Reply

135 Sabri August 13, 2015 at 1:26 pm

Satu lagi,
andai kata GAP 1gram = RM151, bermakna sy perlu membuat pembayaran RM151? saya agak keliru sebab didalam web tulis gandaan RM50

Reply

136 Mohd Zulkifli Shafie August 14, 2015 at 7:00 am

Betul, bayar ikut harga per gram harian. Belian gandaan RM50 tu tak patuh syariah.

Reply

137 Zuliana Hanie August 13, 2015 at 6:59 pm

Assalammualaikum…terima kasih dgn perkongsian ilmu. Baru saya faham apa itu LBMA. Untuk pengetahuan ..saya membeli emas pada tahun 2011 & 2012..semasa itu emas boleh di katakan tinggi berbanding sekarang yg hanya RM 140 segram utk 999.9. Saya membeli 100gm , Emas Bar saya boleh dibuka n sesuai utk di pajak di mana2 (ilmu dari artikel tuan..terima kasih)..Oleh itu..saya berminat nak jual Emas bar saya jika ada yg berminat, kelebihannya..beli dari saya tiada GST..jika beli di PG akan dikena GST (ilmu dari artikel tuan juga..terima kasih) Jika berminat boleh hubungi saya 0192802162

Reply

138 Shahir August 21, 2015 at 7:46 pm

Saya nak tanya berkenaan emas 1/2 Dinar tu. Dalam website PG tak ada tulis PG Buy, cuma sell sahaja yang ada. Mengapa begitu? Macam mana dengan harga belian balik 1/2 Dinar itu atau tidak boleh jual pada PG semula? Terima kasih.

Reply

139 Mohd Zulkifli Shafie August 21, 2015 at 8:07 pm

Boleh jual. Refer PG Buy 1 dinar, bahagi 2.

Reply

140 ahim August 24, 2015 at 1:15 am

salam tuan…mcm mana oder emas nie?boleh bgi detal?

Reply

141 Mohd Zulkifli Shafie August 24, 2015 at 7:30 am

Wslm En. Ahim,

Boleh wassap / sms saya:

1. Nama penuh
2. No ic
3. Email
4. No telefon
5. Item yang nak di beli
6. Tinggal di mana (saya nak kenal pasti office Public Gold terdekat)

Nanti saya orderkan dan bagi panduan untuk belian, insyaAllah.

Reply

142 mars_yasin August 27, 2015 at 9:20 am

Assalamualaikum tuan.

1) Saya ingin bertanya, adakah emas dari syarikat lain seperti Power Gold tidak memenuhi LBMA? Adakah ia laku di pasaran negara lain seperti Jordan?

2) Adakah perbezaan goldbar bunga raya dan tai fook Dengan goldbar dan dinar?

3) Adakah betul pemahaman saya bahawa nilai spread bagi goldbar 1gram lebih tinggi dari 10gram?

4) Adakah emas Public Gold boleh dijual di kedai emas biasa? Jika ya, adakah nilai jualan itu lebih murah dari jual kembali pada Public Gold? atau kita tengok harga semasa?

Maaf banyak bertanya. Terima kasih.

Reply

143 Mohd Zulkifli Shafie August 29, 2015 at 5:46 pm

Wslm puan,

1. Setakat apa yang saya tahu, hanya emas Public Gold dan Poh Kong (terbaru) yang mempunyai emas LBMA di Malaysia.

2. Bungamas dan Taifook kena GST 6%. Tak sesuai untuk pelaburan. Kalau untuk pelaburan, beli gold bar dan dinar LBMA.

3. Spread gold bar 1 gram dan 10 gram sama-sama 8%.

4. Saya perhati, ada juga kedai emas biasa jual emas Public Gold, tapi harganya ikut harga kedai emas.

Wallahu a’lam.

Reply

144 Nabil Fahmi Azizan October 20, 2015 at 9:33 am

Salam Tuan,

Saya masih baru nak faham dalam bidang emas ni,

1- Setahu saya, sebarang emas Bar memang tidak dikenakan GST dan tidak dikeluarkan syarat oleh Kastam bahawa mesti ada LBMA baru tidak dikenakan GST. Mohon pandangan tuan?

2- Adakah emas yang tidak mempunyai LBMA tidak boleh dijual di Ar Rahnu? atau sekadar berbeza susut nilai?

3- Sebagai seorang muslim dan didalam keadaan tidak darurat, Adakah kita perlu mengutamakan penjual muslim berbanding nonmuslim? Mohon pencerahan.

4- Apakah packaging yang rendah standard mempengerahui harga susut nilai emas?

Terima kasih

Reply

145 Mohd Zulkifli Shafie October 20, 2015 at 9:47 am

Wslm En. Nabil,

1. Tak tepat tu. Sila baca Akta GST 2014. Boleh semak penjelasan saya dalam artikel di link http://www.mohdzulkifli.com/2015/04/kesan-gst-ke-atas-pelaburan-emas.html .

2. Ar-Rahnu hanya terima pajakan jenama emas yang mereka percayaai sahaja. Bukan sembarangan emas mereka terima.

3. Apa hukum guna kereta Honda atau Toyota di Malaysia sedangkan negara kita (Muslim) mengeluarkan kereta sendiri?

4. Susut nilai / spread ditetapkan oleh pengeluar atau pihak yang membeli balik emas tu sendiri.

Reply

146 Faizal September 6, 2015 at 10:08 am

Salam en zul,

Saya baru berminat untuk buat investment emas. Untuk daftar dalam PG ni,siapa saya boleh untuk letakkn sbg introducer ni atau saya boleh letakkan nama en zul?satu lagi, bagaimana saya boleh jual semula emas ni?adakah boleh jual semula melalui PG?harap en zul boleh advice.

Reply

147 Mohd Zulkifli Shafie September 7, 2015 at 7:12 am

Wslm En. Faizal,

Boleh letak nama saya sebagai introducer. Kod saya PG002369 Mohd Zulkifli Shafie.

Emas tersebut boleh jual di office Public Gold atau kepada mana-mana dealer Public Gold. En. Faizal boleh wassap saya 019-336 8009 kalau ada apa-apa persoalan. InsyaAllah saya boleh guide.

Reply

148 hirnah September 27, 2015 at 11:23 pm

Salam encik Zul…saye ingin bertanye,saye ade 10 keping untuk 1gram emas,tapi saye ingin menukar kn 1gram emas yg saye ade 10 keping tu kepada 1 keping emas(10gram emas)… Bolehkah saye buat macam tu? Terima kaseh

Reply

149 Mohd Zulkifli Shafie September 28, 2015 at 4:49 pm

Wslm Pn. Hirnah,

Boleh, tak ada masalah.

Reply

150 Azman October 11, 2015 at 1:28 pm

Assalamualaikum..

Saya newbie dlm pembelian ni… Apakah jenis emas kaedah terbaik untu beli emas dgn modal rm10k?
Mohon pencerahan dr En. Zul

Reply

151 Mohd Zulkifli Shafie October 11, 2015 at 1:54 pm

Wslm En. Azman,

Dengan bajet tu, item paling untung (spread paling rendah) gold bar 50 gram + 10 gram.

Reply

152 mohd amer October 27, 2015 at 12:37 am

Salam en zul..
sy ada soalan nk tnya..klau sy ada 5keping 1dinar adakah ianya brsamaan dgn 1keping 5dinar..?sdangkn % susutnilai berbeza sdangkn dlm segi kiraan sememangnya sy mmpunyai 5dinar…sy kurang faham..begitu juga % susutnilai bg goldbar 10gram dan 100gram..atau hnya boleh ditukar dgn dealer shaja..?
terima kasih..

Reply

153 Mohd Zulkifli Shafie October 28, 2015 at 7:06 am

Wslm En. Amer,

Susut nilai dikira mengikut JENIS ITEM, bukan berdasarkan keseluruhan emas yang kita ada. Kalau coin 1 dinar, spread lebih tinggi. Kalau coin 5 dinar (sekeping), spread lebih rendah.

Reply

154 mohd amer October 28, 2015 at 9:58 am

Terima kasih en zul…sy brminat utk melabur emas dlam pg ni..nanti sy wassap en zul utk brtanya dgn lbih detail..sy bca dlu entry en zul yg lain utk info selanjutnya..

Reply

155 Mohd Zulkifli Shafie October 28, 2015 at 10:17 am

Ok. Sama-sama En. Amer.

Reply

156 Azah March 16, 2016 at 9:41 pm

Salam En Zul, mengenai trade in emas lama atau emas non LBMA PG ke emas LBMA, saya difahamkan bahawa on paper PG beli balik emas lama dari kita cuma amount duit tu instead of bank in kat akaun, kita guna untuk beli emas LBMA dan kita tambah balance rm 60 or rm80, adakah kaedah ini dikira patuh syariah ? Saya juga difahamkan oleh staf PG jika kita nak trade in dia akan beli balik emas lama tu dgn harga lbh tinggi dari harga yg display so that balance kena bayar cuma rm 60/80 depending dgn emas lama yg kita tukar, begitu ke…

Reply

157 Mohd Zulkifli Shafie March 16, 2016 at 10:17 pm

Wslm Pn. Azah,

PG akan bayar emas yang kita trade in tu dengan voucher. Voucher tu kita boleh guna untuk redeem pembelian emas PG. Setakat apa yang saya faham, ia masih boleh diterima dari sudut syariah.

Reply

158 Azah March 17, 2016 at 5:39 am

Tq for the info En Zul. Dah lama nak buat cuma takut tak patuh syariah.

Reply

159 Mohd Zulkifli Shafie March 17, 2016 at 7:19 am

Sama-sama puan.

Reply

160 shahrul March 24, 2016 at 5:59 pm

Assalamualaikum..en.zul,

saya tengok dalam website PG..dah keluarkan gold bar 1000 gram/1kg.
berapa agaknya susut nilai tu?

Reply

161 Mohd Zulkifli Shafie March 24, 2016 at 7:29 pm

Wslm En. Shahrul,

Betul.

Spread 5%.

Reply

162 Michel June 3, 2016 at 9:03 am

Assalamu’alaikum wbh En Zul

Saya baru saja ambil peluang beli 250gx2 utk menjadi priority dealer Public Gold melalui promosi bulan Mei 2016. Saya ingin belajar utk menjadi seorang dealer. Mohon tunjuk ajar drp En Zul.

Reply

163 Mohd Zulkifli Shafie June 3, 2016 at 3:50 pm

Wslm,

Alhamdulillah. Tahniah.

Pn. Mischel boleh belajar di Jutawan Emas Leadership Training. Itu latihan khas yang dianjurkan oleh Public Gold untuk melatih dealer. Boleh contact branch terdekat atau terus rujuk upline Master Dealer.

Reply

164 ady September 15, 2016 at 1:37 pm

Assalamualaikum..tuan.zul,

mohon pencerahan bagi harga rujukan utk JUAL balik gold bar PG non-LBMA adakah LBMA gold bar PG Buy atau Bungamas/tai fook PG Buy? mohon bantuan tuan zul.

Reply

165 Mohd Zulkifli Shafie September 16, 2016 at 7:12 am

Wslm En. Ady,

Ikut harga gold bar Bungamas / Taifook.

Reply

166 ady September 19, 2016 at 1:08 pm

tkasih tuan zul.

Reply

167 Mohd Zulkifli Shafie September 19, 2016 at 2:02 pm

Sama-sama En. Ady.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: