MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Ops Banjir : Persediaan Bantu Kerja Pembersihan Selepas Banjir

January 7, 2015

Sahabat-sahabat yang nak hantar team membersih kesan banjir, kena bersedia untuk membersih di tempat yang:

1. Tak ada air

2. Tak ada elektrik

3. Tempat penuh berlumpur tebal (dalam tu ada kaca, paku, kala jengking etc)

4. Toilet tak boleh digunakan - tak ada air, dan tersumbat dengan lumpur!

5. Kedai-kedai sekitar (untuk makan dan barang keperluan) kebanyakkannya belum buka! Kena pergi jauh sikit baru ada..

Itu pengalaman di Maahad Muhammadi Gua Musang. Saya perhati foto-foto, rakan-rakan yang membersih di area Gua Musang dan Manek Urai, begitulah juga keadaannya...

Kelengkapan dan team yang cukup

Jadi kalau nak pergi, kena ada KELENGKAPAN YANG CUKUP dan KOMBINASI TEAM yang baik. Setiap sukarelawan, at least mesti bersedia dengan KASUT GETAH dan SARUNG TANGAN. Baru selesa untuk bekerja...

Kelengkapan Jabatan Amal Subang hari tu, termasuk GENERATOR untuk pamp air dari kolam berdekatan, dan sebagai sumber elektrik (waktu malam dan caj telefon dsb). Air dari kolam (yang kurang bersih) itu sebagai sumber air untuk mencuci dan untuk buang air (bagi petugas)...

Dalam satu team, kena ada team teknikal yang tahu pasal generator, elektrikal, dan ada yang tahu memasak! Bagi yang tak ada kemahiran khusus macam saya, kerja cuma mencuci sahaja...

Hal ehwal makan petugas 

Masa kami di Maahad hari tu, hal ehwal makan kami tak perlu fikir. Yang fikir hal ehwal makan untuk semua petugas di Maahad ialah Ustaz Rashid dari PAS Kedah.

Ustaz Rashid dah seminggu duduk di situ. Tugasnya hanya memasak, cari bahan-bahan memasak dan sediakan makan minum petugas. Pendek kata, petugas-petugas yang datang dari mana-mana tempat sekalipun akan makan dan minum yang disediakan oleh Ustaz Rashid.

Bagusnya komitmen Ustaz Rashid, petugas-petugas tak sempat rasa lapar sebab makanan memang ada 24 jam sehari! 

Saya rasa kalau tak ada orang macam Ustaz Rashid tu, jenuh juga kami memasak atau keluar pergi cari makan...

Sumber air bersih 

Di Maahad hari tu, kami tak ada sumber air bersih. Kena keluar dalam 7 - 10 kilometer untuk dapatkan air bersih untuk memasak dan minum.

Setiap pagi, ada petugas yang kerjanya pergi isi bertong-tong air untuk bekalan memasak dan minum satu hari...

Mandi?

Air kolam yang kami sedut di Maahad tu tak sesuai untuk mandi. Takut nanti gatal-gatal... Petugas cuma mandi sehari sekali. Lepas kul 5.00 petang kami akan keluar mandi sungai ramai-ramai! Jaraknya sekitar 5 kilometer dari Mahaad...

Itulah lebih kurang gambaran suasana team Ops Bersih. Sebagai panduan untuk sahabat-sahabat yang nak hantar team Bersih kepada mangsa-mangsa banjir... 

Wassalam.

Zulkifli
Damansara Damai
7 Januari 2015
16 Rabiul Awwal 1436H


Jumpa kala jengking waktu pembersihan. Kena pakai kasut getah panjang untuk keselamatan.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>