"Berniaga puasa tahun ni strugge lah. Tak ada orang... Tak sama macam tahun lepas..."
Keluhan sama kita dengar saban tahun setiap kali masuk Ramadhan.
Walhal setiap kali Ramadhan, ada peniaga yang buat duit banyak, dan ada yang jualan mereka merosot.
More...
Orang cuma tukar tempat membeli
Yang jualannya meletup-letup bulan puasa, tak bising di medsos. Mereka buat duit diam-diam.
Yang bising di medsos tu, peniaga yang tak perform.
Hakikat yang banyak tak sedar, sebenarnya bukan ekonomi teruk, tapi ekonomi berubah.
Bukan orang tak membeli, tapi orang tukar tempat membeli dan cara membeli.
Selagi hidup, manusia akan terus membeli dapatkan barang keperluan dan penuhi kehendak mereka.
Peniaga yang nak sustain, kena cepat adapt dengan perubahan ni.
Kena cepat sesuaikan dengan perubahan
14 tahun saya bersama Public Gold (syarikat pengeluar emas pelaburan terbesar Malaysia), saya pun nampak pattern ni.
Dulu orang jadi customer PG melalui blog, kemudian FB, kemudian IG, kemudian Twitter, dan sekarang ni melalui Tiktok dan Reels.
Siapa yang cuma bergantung pada blog semata-mata, semua pun dah tak perform.
Bukannya sekarang ekonomi teruk (orang tak beli emas), bahkan sekarang orang beli emas lebih banyak. Tapi bukan lagi melalui blog.
Ekonomi berubah. Peniaga kena cepat-cepat adapt (menyesuaikan) dengan perubahan kalau nak sustain (bertahan lama).
Samada kita berubah ataupun kita diubah! Pilih...
Berubah atau diubah
Sebagai peniaga, apa yang kita kena buat ialah;
- Sentiasa kenalpasti perubahan dan jangkakan perubahan dalam ekonomi.
- Sentiasa mengopi sesama peniaga supaya dapat kenalpasti perubahan yang bakal atau sedang berlaku.
- Cepat-cepat buat perubahan, tukar posisi yang sesuai sebelum pasaran tak memihak kepada kita.
Siapa cepat berubah, perubahan tu mungkin akan meningkatkan bisnes berlipat-kali ganda sebagai mana Public Gold ketika zaman lock-down COVID-19.
Itulah zaman sales Public Gold meningkat sampai 4 kali ganda berbanding sebelumnya, yang mana kali pertama dalam sejarah jualan Public Gold mencecah RM1 billion setahun, hinggakan Public Gold mampu membeli 2 buah bangunan di Jalan Tun Razak (Kuala Lumpur), betul-betul sebelah TRX.
Sedangkan sales kedai-kedai emas lain jatuh merudum ketika zaman COVID-19.
Perubahan ekonomi tu baik bagi siapa yang bersedia dan cepat buat perubahan.
Allahu 'alam.
Zulkifli
Cyberjaya
2 April 2024
22 Ramadhan 1445H
- Kuasa beli masih sama, tapi ekonomi berubah kata tokay yang memiliki 8 gerai ayam gunting - FB Safuan Borhan (2024)