MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

AFO Pangkor 2009

July 31, 2009

Bertolak dari Damansara Heights jam 8.10 pagi.

Ada yang drive sendiri. Kami pilih naik bas. Tak penat, duit pun jimat. Anak-anak pun seronok naik bas setahun sekali.

Sampai Jeti Lumut lebih kurang jam 12.05 tgh.

Pekan Lumut kecik jer. Tapi menarik.

Ronda-roda Pekan Lumut dulu. Feri kami (penumpang bas no. 4) jam 2.45 ptg.

Pertama kali kami sekeluarga naik feri.

Aisyah memang excited nak naik feri. 3 minggu dia dok countdown.

Lebih kurang 3o minit, feri sampai di Jeti Pangkor Island Beach Resort.

Jeti ni kepunyaan resort. Bukan untuk public.

Setiap kali trip, saya jarang lepaskan peluang snap panorama-panorama menarik.

Subhanallah. Memang cantik pemandangannya. Lihat alam semulajadi, jiwa terasa tenang dan damai. Mungkin kerana, semua makhluk (alam) tak putus-putus bertasbih kepada Tuhan, cuma kita sahaja yang tak faham tasbih mereka.

Resort bertaraf lima bintang. Alhamdulillah, pengurusan syarikat bermurah hati untuk bawa keluarga kakitangan ke tempat ‘mewah’ begini.

Jam 5.00 petang. Aktiviti pertama main layang-layang. Aisyah dan Amal masing-masing dapat satu.

Merajuk. Anis tak dapat layang-layang. Kecik lagi kata AJK.

Mandi di swimming pool aktiviti yang ditunggu Aisyah dan Amal setiap kali ke mana-mana hotel atau resort.

Muslimah swim suit, kami belikan untuk Aisyah dan Amal. Nak biasakan mereka tutup aurat dengan sempurna dari kecil lagi. Harga, sekitar RM90 sepasang. Brand D’Safa.

Anis baru 2 tahun. Tak ada swim suit untuk umur 2 tahun.

Mamanya pun dibelikan satu Swim Suit. Bagi chance main air sesekali. Bukan selalu dapat peluang begini.

Menarik. Swimming pool tepi pantai. Buatlah pilihan; nak mandi swimming pool atau pantai.

Tepi swimming pool tu Kingfisher Pool Bar. Mat Salleh ramai yang dok ‘tonggang’ tepi swimming pool.

Peraturan; tak boleh pakai t-shirt, seluar trek (panjang), dan tudung. Untuk keselamatan katanya.

Saya dah stand by siap-siap. Baju renang lelaki, dan seluar tiga suku (tapi panjang). Alhamdulillah, dibenarkan mandi di swimming pool.

Pantai memang cantik. Tapi lebih cantik pantai Teluk Sekadih, bahagian selatan Pangkor. Saya ke sana berkayak dari Teluk Batik, masa kursus OBS tahun lepas.

Mat Salleh memang ramai kat sini. Tak tergamak pulak nak ambik gambar kalau ada mereka. Perempuan semua pakai bikini. Dok berjemur tepi swimming pool dan tepi pantai sambil khusyuk baca buku tengah panas.

Challet di Private Area. Mat Salleh ramai menginap di challet tu.

Hornbill memang banyak di kawasan ni. Pertama kali saya tengok burung hornbill begitu banyak dan jinak di kawasan terbuka. Kalau ada makanan, pasti dia akan turun dari pokok.

Dinner bersama. Anak-anak semua letih lepas mandi kolam. Saya hantar mereka tidur di bilik hotel, kemudian turun balik temankan isteri makan malam. Anak-anak tidur, barulah ada masa untuk berdua-duaan.

Breakfast. Wah… antara breakfast menarik. Makan di tempat terbuka sambil menikmati pemandangan indah (mengadap pantai) di waktu dhuha.


Tempat breakfast.

Memang santai waktu breakfast.

Lepas breakfast, terus ke acara sukaneka.

Aisyah excited nak bersukaneka sampai tak nak makan. Ni acara pertama bagi kanak-kanak 4 – 6 tahun.
Masuk 2nd game, Aisyah sakit perut – mungkin kembung perut sebab tak makan. Nangis dan terpaksa tarik diri.

Sand Art di Dewan Angsana. Acara yang Aisyah tunggu-tunggu. Dulu dia pernah mintak masa kami ke PKNS Shah Alam, tapi kami tak bagi sebab waktu tak sesuai.

Amal pun try sekali. Tapi kalau benda-benda macam ni, Aisyah la yang lebih excited, fokus dan tekun.

Anis pun nak buat sekali. Masing-masing dapat seorang satu, termasuk mama dan papa.
Terpaksa habiskan di bilik hotel sebab saya join aktiviti Treasure Hunt.
Pusat Kraf Lumut. Kenangan yang saya sukar lupakan. Oh, menyesal, risau, terkejut, rasa tak percaya masa tu. Masa mula-mula, tengah dok pilih-pilih topi (untuk Aisyah, Amal dan isteri), tetiba Anis hilang!

Kelam-kabut kami cari Anis. Tepi jalan raya, tepi sungai, dan sekitar kedai. Takut kena langgar, kena culik, jatuh sungai. Alhamdulillah, jumpa Anis di jeti – lebih kurang 100 meter dari tempat kami beli topi. Ada auntie Cina nak tolong ‘tangkap’ dia sebab tengok dia jalan sorang-sorang. Takut jatuh kat jeti. Fuh… lega…

Bertolak bali ke KL dari Jeti Lumut lebih kurang jam 12.50 tgh.

Selamat sampai di Damansara Heights, KL jam 5.00 petang. Alhamdulillah, antara trip yang sangat menarik bersama company.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >