MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Jamuan Membersihkan Jiwa

Makan makan

Bila buat makan-makan, kawan-kawan lama rasa selesa untuk datang ke rumah. Makan-makan begini, lebih efektif untuk mengukuhkan ukhuwwah berbanding majlis-majlis usrah yang formal. 

Nama-nama Kenduri

Antara nama-nama majlis kenduri/ jamuan sebagaimana dapat saya catit masa kuliah disampaikan oleh Ustaz Zulkarnaen Hamzah Al-Hafiz (Ustaz yang jadi host Kalam Suci - Astro Oasis) di syarikat kami ialah:

  1. Al-Qira -menjamu tetamu atau musafir yang datang jauh;

  2. At-Tuhfah - menjamu pelawat yang datang ke rumah;

  3. Al-Khurs - menjamu sempena kelahiran anak;

  4. Al-Ma’dubah - menjamu jemputan umum atau lebih famous dengan nama Majlis Doa Selamat;

  5. Al-Walimah - menjamu sempena perkahwinan. Walimah maksudnya "melayan". Kita yang melayan tetamu;

  6. Al-Aqiiqah - menjamu pada hari yang ke-7 kelahiran. Jika lepas hari ke-7 namanya kenduri Al-Ma’dubah walaupun sembelihan masih dianggap aqiqah;

  7. Al-Ghadiirah - kenduri sempena berkhitan;

  8. Al-Wadhimmah - menjamu ahli waris kematian dengan makanan asasi seperti nasi. Kita yang kena jamu, bukan waris si mati jamu kita;

  9. An-Naqii’ah - kenduri sempena pulang dari pelayaran, bermusafir, atau tinggal jauh untuk urusan keperluan, bukan tujuan melancong; dan

  10. Al-Waqiiah - kenduri selesai buat/ renovate rumah.

Orang Kampung Suka Buat Makan-makan

Bila Ustaz senaraikan jenis-jenis kenduri, saya fikir patutlah orang kampung suka buat kenduri kendara dan makan-makan. Anak nak masuk universiti, nak pegi haji/ umrah, kenduri maulid Nabi S.A.W dan macam-macam lagi.

Selain ia dapat membersihkan jiwa (antaranya dari sifat kedekut), ia dapat mengeratkan silaturrahim dan ukhuwwah. Memang saya realise benda ni.

Bila makan makan

Bila buat makan-makan, kita boleh saling mengenali dengan keluarga sahabat.

Kenduri Eratkan Ukhuwwah

Setahun dua lepas iaitu sebelum Fathi lahir, kami rajin juga buat makan-makan terutamanya masa birthday anak-anak. Ajak sahabat-sahabat di Damansara Damai datang makan tanpa bagi tahu ia sempena birthday sebab tak nak bebankan mereka membeli hadiah. Just bagi tahu buat makan-makan jer.

Masa buat makan-makanlah kami dapat saling mengenali antara sahabat. Kalau masa program, biasanya saya cuma jumpa para suami. Tapi bila buat makan-makan, para isteri boleh saling mengenali. Dan boleh kenal dengan lebih dekat ahli keluarga sahabat – termasuk anak-anak mereka.

Orang KL Kurang Berziarah

Bila buat jamuan macam tu, sahabat-sahabat selesa untuk datang. Kalau tak ajak, orang KL ni segan atau tak selesa nak berziarah.

Satunya, sebab rumah sempit. Duduk kat ruang tamu boleh nampak terus ke bilik tidur, dan dapur. Rasa macam kacau ‘privacy’ orang la pulak. Kadang-kadang, ruang tamu itulah juga tempat mereka sekeluarga tidur atau tempat anak-anak mereka bermain dan menonton TV.

Keduanya, orang KL ni selalu sibuk dan penat memanjang. Waktu malam, hari cuti, itu masa ‘privacy’ mereka untuk berehat atau bersama keluarga. Kalau pergi ziarah, takut mereka tak selesa.


Sekadar Termampu
Buat kenduri kendara dengan memberi makan (membelanjakan harta) penting supaya timbul rasa qana'ah iaitu rasa syukur serta cukup dengan apa yang Tuhan kurniakan.

Buat makan-makan sekadar termampu. Jangan sampai rasa terbeban. Asalkan ianya layak untuk dimakan oleh tetamu sudah memadai. Teringat masa 'belajar' di sekolah pondok dulu. Sahabat saya jemput ke beraya ke pondoknya. Yang dihidangkan cuma dua jenis kacang dan air kosong saja. Apa yang penting, raikan tetamu dengan apa termampu. Kerana kehadiran tetamu membawa rahmat, pemergian mereka menghapuskan dosa (kita).

Ada Duit, Tiada Ukhuwwah

Inilah antara faktor walaupun kenalan ramai di KL/ Selangor, tapi tak berapa ‘close’ sebab kurang saling berziarah. Orang KL (dan orang bandar-bandar mentropolitan lain) ni, tempat yang paling kerap mereka berziarah ialah Gaint, Tesco, Carrefour, Sogo dan tempat yang 'sama waktu' dengannya…

Akhirnya, duit ada, tapi tiada ukhuwwah dan persaudaraan dalam hidup bermasyarakat… Sedangkan ukhuwwah dan kasih sayang dalam bermasyarakat, antara perkara besar diusahakan Nabi S.A.W selepas membangunkan iman.

Zulkifli
Damansara Damai
13 Mei 2009

 

 

Rumah kami terbuka untuk diziarahi sahabat dan kenalan pada bila-bila masa. Tak perlu tunggu Rumah Terbuka pada Hari Raya. Datang ke Damansara Damai atau Sungai Buloh, jangan lupa singgah ke rumah kami yer. (",)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • boleh2.. jemput2… tp maklum dulu takut takde kat rumah..

    lama dah kita tak jumpa… last jumpa masa enta bujang.. sekarang dah sorang anak dah..

    jgn lupa bawa isteri dan anak sekali yer… 🙂

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >