Aisyah turut menyertai Sukan PASTI Kawasan Subang 2009. Aisyah memang excited dengan sukan. Tahun ni, saya dapat melihat PASTI An-Nur dari dua perspektif – sebagai Pengurus dan sebagai bapa pelajar.
Sukan tahun ni dibuat ditempat yang sama seperti tahun lalu iaitu Dewan MBSA Paya Jaras.
Menunggu giliran perlawanan bola sepak.
Pasukan Bola Sepak PASTI An-Nur 2009.
Akhi Nizam jadi pengadil di padang A.
Saya tak sempat menonton pasukan PASTI An-Nur bermain kerana bertugas di Padang B.
Guru-guru PASTI An-Nur (berbaju hijau) gigih melatih pasukan Bola Jaring.
Usaha gigih para guru mendatangkan hasil. Pasukan Bola Jaring An-Nur mendapat Naib Johan.
Saya penat dan ‘pening’ di Padang B. Penat jadi pengadil untuk anak-anak pra-sekolah ni. Belum faham peraturan permainan. Selagi pengadil atau penjaga garisan tak pengang bola, selagi tulah mereka akan berebut (menendang) bola!..
Perlawanan Akhir Bola Jaring antara PASTI An-Nur dan PASTI At-Tauhid dari Taman Ehsan, Kepong. Saya pun tak dapat tengok sebab jadi pengadil untuk penentuan tempat ke-3 dan ke-4 Bola Sepak di padang B.
Perasmian dan penyampaian hadiah oleh Akhi Zainurin selaku Pengerusi PASTI Kawasan (Parlimen) Subang.
Beratur menunggu penyampaian hadiah. Tahun ni, 8 daripada 9 PASTI di Parlimen Subang sertai Sukan Tahunan 2009.
Cikgu Ropiah (bertudung biru) menerima hadiah mewakili pasukan PASTI An-Nur Damansara Damai.
Guru PASTI At-Tauhid. PASTI At-Tauhid Taman Ehsan, Kepong menjadi juara kedua-dua acara untuk 3 tahun berturut-turut.
Pasukan Bola Jaring PASTI An-Nur. Dapat tempat ke-2 pada tahun ke-2 menyertai Sukan PASTI Subang. Alhamdulillah…
Pasukan Bola Sepak PASTI An-Nur berpuashati dengan saguhati. Apa pun, kelihatan semua ibubapa sangat excited tengok anak-anak bersukan. Kalah menang adat perlawanan.
Sukan tahun lalu – Sukan PASTI Subang 2008
[3] BELI TERUS DI CAWANGAN PUBLIC GOLD (OFFLINE)- Datang dan beli di cawangan Public Gold. Beritahu nama Mohd Zulkifli Shafie, kod dealer PG002369 sebagai INTRODUCER untuk dapatkan bimbingan daripada saya selepas belian.
Apa-apa persoalan, wassap saya +6019-336 8009 (Zulkifli) atau terus klik www.wasap.my/60193368009 untuk hubungi saya bila-bila masa.
BUKU WANG EMAS & MISI BEBAS HUTANG
Buku "Misi Bebas Hutang" dan "Wang Emas" hasil tulisan saya yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu. Bahan bacaan ringan dan santai tentang kewangan dan pelaburan emas berdasarkan pengalaman sebenar saya sejak 2008.
Jadual penuh seminar Public Gold termasuk oleh penceramah lain, KLIK DI SINI.
Semasa daftar, pastikan tulis nama saya sebagai Introducer (Mohd Zukifli Shafie, Kod PG002369) untuk dapat bimbingan peribadi saya selepas seminar. Wassap saya +6 019-927 2780 atau terus klik www.wasap.my/60199272780 kalau ada sebarang persoalan.
{ 0 comments… add one now }