Untungnya Siapa Buat Open House

by on August 12, 2014

Post image for Untungnya Siapa Buat Open House

Syawal ni sibuk dengan Open House, tapi kami dah beberapa tahun tak buat open house, iaitu sejak apartment kami buat “reserved parking”. Setiap unit rumah ada parking masing-masing. Memang bagus, tapi susah nak jemput tetamu macam sebelum ni. Kami pernah cuba buat makan-makan lepas tu, tapi setiap kali majlis, mesti ada jer ‘clatch’ tentang parking dengan jiran yang tak memahami.

Syawal tahun ni, isteri saya dah beberapa kali cakap nak buat Open House, tapi buat masa ni kami tangguhkan dulu sebab belum nampak penyelesaian tentang konflik yang akan timbul tentang parking. Kami nak kukuhkan persahabatan dengan kawan-kawan jauh tapi kalau setiap kali Open House berlaku konflik dengan jiran, maka lebih baik tak perlu buat lagi sebab pesan Rasulullah s.a.w, sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia berbuat baik kepada jiran. Hidup berjiran secara harmoni adalah perkara besar dalam agama. Jadi buat masa ni kami tangguhkanlah dulu. Mungkin sampai kami pindah ke rumah yang lebih selesa untuk raikan tetamu.

Kenapa kami seronok buat Open House walaupun rumah kami tak lah besar, kami cuma tinggal di rumah apartment kos sederhana jer. Sebabnya, banyak manfaat Open House ni especially untuk orang bandar, antaranya:

#1 – Kukuhkan Persahabatan dan Kekeluargaan

Bila kita buat makan-makan, barulah kawan-kawan senang hati datang ke rumah, dan menghubungkan persahabatan antara keluarga. Bukan sahaja kita dapat jumpa kawan lama, tapi isteri pun dapat kenal isteri kawan kita. Dan bila berjumpa face-to-face, kalau ada perselisihan sikit-sikit tu, insyaAllah selesai bila berjumpa. Konflik dalam persahabatan banyak yang tak selesai sebab tak berjumpa. Communicate dengan facebook atau wassap memang berisiko membesarkan lagi konflik sebab salah tafsir maksud dan intonasi mesej yang kita terima. Jadi, nak berukhuwah, lebih baik berjumpa.

#2 – Jimat Masa Jumpa Kawan-kawan

Bila buat Open House, kami boleh jimat masa untuk jumpa ramai kawan-kawan dalam satu masa. Kalau nak ziarah satu-satu, memang makan masa, tapi kalau buat makan-makan, kita boleh jumpa ramai kawan-kawan especially yang dah lama tak jumpa. Kita cuma tunggu di rumah jer. Untuk orang yang selalu sibuk, memang perlu sangat buat Open House untuk jimat masa melayan tetamu dan keluar rumah berziarah.

#3 – Rumah Lebih Kemas Dan Bersih

Bila ajak tetamu datang rumah, rumah kita terpaksa berkemas. Jadi bersih la sikit rumah siapa yang suka jemput tetamu. Kami pernah ada kenalan yang memang tak akan jemput datang rumah, alasannya rumah mereka “bersepah” katanya. Kalau datang area rumah mereka pun, jumpa di kedai mamak jer. Jadi kalau rumah tu bersepah, ubatnya ialah jemput tetamu datang. Maka, kita terpaksa bersihkan dan kemaskan. Bukan ker itu salah satu ‘rahmat’ jemput tetamu ke rumah?

#4 – Membersihkan Jiwa

Buat jamuan beri orang makan sebenarnya salah satu cara mendidik sifat qana’ah, iaitu rasa syukur dan cukup dengan rezeki yang Allah bagi kepada kita. Tak perlu tunggu kaya untuk buat makan-makan ni. Buat sekadar apa yang kita mampu. Tak mampu jemput ramai, jemput setakat yang kena dengan bajet kita. Buat makan-makan pulak tak perlu yang mahal-mahal, buat sekadar layak untuk dihidangkan kepada tetamu. Buat mihun goreng atau mee goreng, dan ada sikit side menu pun dah cukup. Bila berziarah, yang penting berjumpa. Orang datang musim raya pun bukan nak makan banyak pun. Datang sekadar penuhi jemputan jer sebenarnya.

Bagi sahabat yang tak pernah buat Open House, insyaAllah nanti saya bagi tips buat open house yang simple, bajet kecil, senang pengurusannya. Sebab kami kalau buat Open House biasanya, kami ‘buka kedai’ dari 2.00 ptg sampai 12.00 malam! Walaupun esoknya bekerja, jam 12.30 malam rumah kami dah kemas semuanya, dah boleh masuk tidur dan esok pagi boleh pergi kerja seperti biasa, alhamdulillah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
12 Ogos 2014
15 Syawal 1435

{ 13 comments… read them below or add one }

1 skyfun August 12, 2014 at 10:20 am

kalau kawan2 sy tinggal kt apartment atau condo mmg malas nak pergi.sebab ni lah.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie August 12, 2014 at 11:55 am

🙂

Reply

3 abah zuki August 13, 2014 at 5:55 am

As salam. Bagus la buat open house masa raya ni sbb boleh berkenal2 dgn kwn baru n merapatkan silaturrahim dgn kwn yg sedia ada n lama..

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie August 13, 2014 at 8:14 am

Wslm. Betul tu tuan. 🙂

Reply

5 haeida August 13, 2014 at 10:24 am

kalo buat open house ni antara yang dibimbangkan makanan cukup ke x bile kwn2 dtg..kalo xcukup kesian kwn2 yang datang..;).makesure kene budget lebih dri org yg dijemput

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie August 13, 2014 at 10:45 am

Tq puan atas perkongsian. Pengalaman pertama kami, makanan lebih berlambak-lambak sebab silap bajet. Jemput 30 orang, kami buat makanan setiap satu untuk 30 orang. Yang datang tak sampai pun 10 orang. Lagi satu, orang datang beraya makan sikit-sikit jer.

Reply

7 asmiza August 14, 2014 at 1:40 pm

Saya antara yang suka buat makan. ipar duai juga suka berkumpul di rumah. Biasa, kalau ada lebih, saya siap tapau lagi bagi tetamu bawak balik. dah experince dua kali buat open house and saya n suami masak sendiri. pengalaman yang menyeronokkan dapat berkumpul and jumpa kwn2..

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie August 14, 2014 at 1:51 pm

Betul puan. Itulah seronoknya buat open house. 🙂

Reply

9 norpi susanti ahmad August 15, 2014 at 9:29 am

Sye juge mengalami masalah org block kete d belakang..padehal lot parking sye tuh..memang banyak makan hati..rumah sye juge d apartment impian, damansara damai…ikut ati nk let go umah tu

Reply

10 fairuz August 19, 2014 at 10:50 am

Kalau jadi buat, jangan lupa jemput saya juga ye en.zul. 😉

Reply

11 Mohd Zulkifli Shafie August 19, 2014 at 6:10 pm

InsyaAllah… 🙂

Reply

12 Rich October 30, 2014 at 1:00 pm

Alhamdulillah tips yang berguna.
Cara kami buat jamuan makan2 lain sikit.
Kami akan ke rumah kakak dan jemput semua adik beradik2 datang dan jemput sekali jiran2 terdekat kakak untuk untuk datang..

Reply

13 Mohd Zulkifli Shafie October 30, 2014 at 1:27 pm

Menarik juga tips tu.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: