MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Gunakan Facebook & Whatsapp Cara Produktif

July 25, 2013

Jimat masa, rapat ukhuwwah, sentiasa up-to-date. Tapi boleh juga jadi menyesal, otak penat, masa habis dan membazir emosi… Walaupun media sosial boleh merapatkan ukhuwwah, boleh berforum dengan ramai kenalan untuk dapat input positif, tapi kalau tak diurus dengan betul, ia akan berakhir dengan “buang masa”, “bazir emosi”, dan boleh “mencalar persahabatan”.

Jadi, saya buat keputusan untuk kurangkan membelek ‘forum’ whatsapp dan facebook. Saya prefer jadi silent reader, kecuali saya tahu FORUM tu masih dalam mood positif, membina dan berinformasi. Masa yang Tuhan bagi terlalu berharga untuk dibazirkan dengan chit-chat yang tak tahu apa kesudahannya. Hilang duit boleh dicari ganti, tapi hilang masa, selamanya rugi.

Seminggu sebelum hari mengundi 5 Mei 2013, teringat balik saya peringatan yang saya pernah tulis iaitu “Tinggalkan Perdebatan“. Banyak forum hangat dengan perdebatan yang berakhir dengan tiga perkara yang sangat merugikan samada (1) membazir masa, (2) membazir emosi, atau (3) mencalar persahabatan. Forum dalam mood negatif, dan “menang-kalah”. Daripada buang masa, lagi bagusnya kalau ruangkan masa dengan keluarga, peningkatan diri, dan memajukan kerjaya.

Facebook dan whatsapp, kalau digunakan dengan betul, boleh jimat banyak masa. Hanya dengan satu posting, kita boleh servis 100 customer sehari. Tapi kalau terjebak, boleh habis masa berjam-jam dengan facebook. Sejam mengadap facebook tak terasa apa, tapi kalau 30 minit mengadap Quran, rasa berpinar biji mata. Astaghfirullah…

Azam Facebook & Whatsapp

Lepas beberapa hari memuhasabah diri, ini azam baru saya tentang facebook dan whatsapp:

Azam #1 : Sebelum buka facebook dan whatssapp, senarai dulu apa yang patut diselesaikan dengan komputer dan internet. Antaranya; reply email, reply comments di blog, selesaikan hal “administration” bisnes, posting berkala informasi tentang bisnes, tazkirah dsb. Lepas settle semua baru boleh buka facebook dan forum whatsapp.

Lepas saya disiplinkan diri macam ni, memang tak sempat nak SCROLL forum facebook ataupun follow status orang lain. Memang benarlah kata Imam Hassan Al-Banna, tanggungjawab kita lebih banyak dari masa yang kita ada. Rupa-rupanya selama ni masa saya banyak terbuang dengan mengadap facebook dan scroll diskusi whatsapp yang tak ke mana.

Azam #2 : Baca, like, share apa sahaja informasi dan posting yang boleh memberi energy positif. Nak make sure kepala ni penuh dengan benda positif, mudah-mudahan outputnya pun positif, insyaAllah. Kalau orang yang sentiasa post atau bercakap perkara negatif, mungkin sebab dalam diri dia dah sarat dengan input negatif. Dia tak happy dengan diri sendiri. Maka output pun juga negatif. Kalau ada friend yang sentiasa mengeluh di facebook, gunakan bahasa yang kurang beradab, posting bersifat fitnah, saya terpaksa “unfriend”. Nak protect mindset dari perkara negatif.

Azam #3 : Tinggalkan segala perdebatan bersifat “menang-kalah”, forum negatif, ataupun forum dalam mood negatif. Tanggungjawab kita cuma sampai apa yang betul, bukan paksa orang terima apa yang kita rasa betul. Dan ambillah sikap “setuju untuk tak bersetuju”. Memang itulah yang Allah ingatkan berkali-kali kepada para Nabi dan Rasul tentang menyampaikan dakwah. Sampaikan apa yang betul lagi benar, selebihnya serah pada Tuhan.

Disconnect to Connect

Alhamdulillah, lepas mula praktis benda ni, saya rasa lebih peace of mind, lebih fokus, dan lebih produktif dengan facebook atau whatsapp. Untuk terus maju, saya perlu bersikap “work-oriented” berbanding “sembang-oriented”. InsyaAllah…

Ada satu video iklan yang membuka mata tentang masalah dengan gaya hidup moden yang mendekatkan orang jauh, tapi dalam masa sama menjauhkan orang dekat (tersayang). Jom tengok video menarik, bagaimana dalam tak sedar kita semua tenggelam dalam facebook dan media sosial, sedangkan bahagia itu ada di sebelah kita sendiri. Disconnet to connect… (Youtube : Disconnect To Connect)

Disconnet to Connent

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
25 Julai 2013
16 Ramadhan 1434

Artikel berkaitan:

 (Kredit foto : huffingtonpost)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Alhamdulillah akhirnya ada juga posting yang hebat ini.mohon izin dicopy paste dlm blig saya.saya memang teramat bersetuju dengan pandangan encik berkenaan fb.Boleh jadi kita ni menambah dosa dengan melihat gambar2 yg haram dan juga melibatkan diri dalam fitnah jika apa yg dibincangkan dlm fb itu bersifat tuduhan semata.teruskan usaha encik untuk menghasilkan nukilan2 yang bernas dan bermanfaat.

  • salam saudara Zul. Pertama kalinya saya ucapkan tahniah kpd saudara Zul kerana telah berjaya mengharungi kesulitan yang dihadapi. Alhamdilillah kerana saya telah dipertemukan dengan blog ini yang banyak memberikan panduan dan nasihat bukan sahaja dalam pelaburan emas serta perak tetapi juga dalam menjalani kehidupan seharian. Diharapkan saudara Zul dapat terus memberikan nasihat dan panduan kepada kami semua. tq

  • Salam…saya melihat semua aplikasi laman sosial ini sebagai salah satu cara mengeratkan silaturrahim..saya hanya menjengok fb dan wasup jika ada keperluan sahaja..tp suami berbeza pendapat..dia boleh ada semua akaun laman sosial, tp saya tidak boleh..bagaimana saya patut jelaskan kepadanya dengan cara yang baik?

    • Wslm Pn Iza,

      Betul, teknologi boleh dimanfaatkan untuk silaturrahim. Apa-apa pun, Pn. Iza kena bincang dengan suami. Highlight macam mana ianya boleh jadikan kehidupan Pn. Iza sekeluarga akan jadi lebih baik dan bermanfaat bila memanfaatkan internet.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >