Muhasabah Diri Tentang Keberkatan Rezeki

by on August 26, 2014

Post image for Muhasabah Diri Tentang Keberkatan Rezeki

Kenapa saya letak matlamat berkerja sendiri sejak 10 tahun lepas antaranya sebab risau pasal keberkatan rezeki. Seorang sahabat usrah yang bekerja sendiri selalu ingatkan soal cabaran keberkatan rezeki bila bekerja makan gaji. Itu antara faktor kenapa akhirnya dia berhenti kerja dan berniaga sendiri. Katanya, walaupun rezeki bisnes menajanya tak menentu, dia dapat rasakan keberkatan tu. Tak kaya, tapi cukup. Dan paling penting, nak membentuk anak-anak pun lebih mudah katanya. Anak-anak lebih lembut hatinya, lebih mudah mendengar kata mungkin sebab keberkatan rezeki. Bukan dia sahaja yang kata begitu, ramai lagi kenalan yang berniaga sendri pun bagi respon yang sama.

Bila fikir betul-betul, memang soal keberkatan rezeki yang merisaukan saya. Kita tak lah sampai curi harta syarikat, tapi tercuri hak syarikat tu memang biasa bila makan gaji. Yang kedua, tercuri waktu kerja untuk urusan peribadi.

Tercuri Harta Majikan

Bila saya teringatkan bertapa amanahnya Khalifah Umar Abdul Aziz, saya jadi takut. Bagaimana beliau menutup ‘lampu pejabat’ bila mana anaknya datang berjumpa untuk bincang hal keluarga.

Masa berkerja, memang banyak benda yang kita tercuri dalam tak sedar. Buat hal peribadi di bawah lampu pejabat tu tak payah cerita, mungkin banyak harta pejabat kita terguna untuk urusan peribadi. Pakai mesin fotostat, guna alat tulis, caj handphone di pejabat, guna telefon pejabat dan banyak lagi untuk kegunaan peribadi.

Ya Allah… serba salah jadinya.

Tercuri Waktu Berkerja

Ini yang paling susah. Bukan sikit kita biasa curi waktu kerja. Sampai pejabat, kita buat urusan peribadi dulu; baca news paper, tengok internet guna PC syarikat, tengok facebook dsb. Belum lagi cerita duduk releks masa boss tak ada. Yang mengular dan ‘lari sekejap’ untuk urusan bank tu tak payah la cerita.

Ya Allah… saya risau. Apakah bersih rezeki yang saya bawa balik untuk isteri dan anak-anak saya? Boleh ke dengan rezeki begini saya mampu bentuk keluarga jadi orang yang soleh?

Minta Halal Dengan Owner?

Saya tak pasti, macam mana saya nak ganti balik hak syarikat kalau-kalau ada yang saya tercuri. Sebab rasa bersalah, saya biarkan hak saya tak diclaim agak banyak. Lebih banyak dari gaji bulanan saya. Mudah-mudahan, itulah harga ganti kepada syarikat kalau-kalau saya tercuri harta dan waktu sepanjang 10 tahun lebih saya bekerja

Kalau company tu milik individu, kita boleh minta halal dari owner. Tapi bila syarikat besar milik shareholder, maksudnya kita kena minta halal dengan semua shareholder?! Kalau kerja dengan kerajaan, kita kena minta halal dengan rakyat Malaysia?! Ya Allah… bukan mudah nak minta halal kalau macam tu.

Cara Pastikan Rezeki Halal

Bagi saya, kalau nak pastikan rezeki bekerja tu halal dan berkat bila bekerja (makan gaji), antaranya:

#1 – Pastikan prestasi kita “meet the expectation”.

Lagi berkat kerja kalau kita perform “above expecation”. Kalau perform “below expectation”, takut-takut rezeki tu tak berkat. Kita ‘berhutang’ prestasi dengan pemilik syarikat. Bahkan kalau kita adalah owner, saya rasa adil kalau tak diberi bonus atau dipotong terus gaji bulanan pekerja begitu!

#2 – Berlebih kuranglah buat claim.

Kalau travel 100 km, claim perjalanan kurang dari 100 km. Mudah-mudahan kita dapat set-off kalau-kalau kita tercuri hak majikan. Kita dapat terkurang claim tak apa, jangan sampai claim terlebih.

#3 – Carilah kerja yang kita minat.

Bila minat, kita seronok datang kerja. Bukan sebab terpaksa. Bila minat, mudah bagi kita untuk perform “above expectation”. Kalau rasa liat jer nak pergi kerja tiap-tiap pagi, cuba cek balik, adakah kita tak happy dengan kerja kita? Saya masih ingat pesan Ustaz Pahrol, orang yang seronok kerja, dia akan seronok hidup.

#4 – Mulakan bisnes sendiri.

Kalau tak minat dengan kerja, cari lah kerja yang kita minat. Kalau kita memang happy dengan kerja, kita sebenarnya dah pencen sebelum pencen. Kita dibayar untuk buat perkara yang memang kita minat. Tapi kalau memang tak jumpa kerja yang kita minat, saya rasa tak ada pilihan lain melainkan memulakan bisnes sendiri. Bila bisnes sendiri, kita bebas dari dosa dengan majikan.

Bebas Kerisauan Bila Bekerja Sendiri

Alhamdulillah, hari ni Allah rezekikan saya bekerja sendiri. Saya dah hilang kerisauan tentang masalah ‘keberkatan rezeki’. Saya hanya perlu amanah dalam urusniaga jer. Soal tercuri harta majikan memang tak ada. Semua harta bisnes saya beli dengan duit sendiri walaupun sebatang pen dan sehelai kertas A4. Soal tercuri waktu kerja pun dah tak ada. Terpulang lah kalau saya nak tidur atau tergolek atas katil waktu saya bekerja. Terpulanglah saya nak browse internet atau tengok facebook waktu kerja sebab itu waktu saya. Bahkan saya nak keluar shopping waktu kerja pun tak ada masalah. Jatuh bangun bisnes, saya tanggung sendiri…

Wallahu a’lam

Zulkifli
Damansara Damai
25 Ogos 2014
28 Syawal 1435

(Kredit foto : nukilanbayangan)

{ 38 comments… read them below or add one }

1 Shukri Sahari August 26, 2014 at 10:43 am

Salam,
Saya pun sedang ‘memburu’ ke arah title bekerja sendiri dalam mencari keberkatan rezeki sendiri dan keluarga. Selain dapat bguat kerja yang kita minat, dapat luangkan masa yang lebih untuk keluarga. Kepuasan hidup yang maksima. Saya harap saya dapat menggapai matlamat itu sebelum umur 30 tahun. Amin :)

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie August 26, 2014 at 11:21 am

Wslm,

InsyaAllah En. Shukri. Saya doakan Allah melapangkan rezeki En. Shukri sekeluarga. Amiin ya Allah.

Reply

3 Mag August 26, 2014 at 12:45 pm

Assalamu’alaikum, wlupun sdkit dpt duit bkerja sndri sb skop business yg kecik tpi, happy n tenang melalui khidupn sharian di samping mengurus anak²…:-)

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie August 26, 2014 at 4:13 pm

Alhamdulillah..

Reply

5 shafiq December 19, 2014 at 2:37 pm

Alhamdulillah..

Reply

6 HafizMusa August 27, 2014 at 11:36 am

Assalammualaikum,
Saya sangat sangat sangat suka membaca blog tuan..mmg byk ilmu yg sy pelajari..hari-hari mesti baca sebagai motivasi pada diri saya sendiri. Topik ini dapat memberi saya semangat lagi untuk berniaga dan bebas hutang walaupun tak sampai 1 % lagi bisnes saya. Dan sekarang saya masih lagi bekerja makan gaji.Saya masih terlalu muda dan bukan dari keluarga yang berniaga. Ilmu perniagaan pun masih 0%. Tapi dengan blog ini dapat sedikit sebanyak ilmu dan membuka akal dan minda saya. In sya Allah semoga sasaran untuk berniaga sepenuh masa di makbulkan. Saya sangat memerlukan bimbingan dari orang yang dah berjaya seperti tuan. Semoga apa yang tuan kongsikan dapat memberi manfaat kepada saya dan juga manfaat kepada tuan. Syukran..

Reply

7 Mohd Zulkifli Shafie August 27, 2014 at 1:17 pm

Wslm En. Hafiz,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ni bermanfaat, insyaAllah.

Letakkan azam dari sekarang. Buat apa yang termampu. At least, 5 tahun akan datang, En. Hafiz lebih dekat dengan matlamat tu. InsyaAllah.

Reply

8 HafizMusa August 27, 2014 at 1:56 pm

Terima Kasih tuan..harap dipermudahkan segala urusan.

Reply

9 Mag August 27, 2014 at 3:10 pm

Terasa keikhlasan en.zul dalam membantu yg lain agar celik dalam pengurusan hidup yg lbih tenang…yg sya salute,en.zul sntiasa memblas apa jua komentar pbaca setia blog en.tnpa merasa bosan…saya perhati blog lain, tk kshlh blog papun, lmbt respon kdg² lgsung tk mbls komentar pmbaca… sya slu menjadi silent reader sb sy terasa ketulusan en.dlm berblog wlu papun topik yg en.tulis…semoga Allah melapangkan segala urusan dunia akhirat en.amiiin….

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie August 28, 2014 at 9:38 am

Alhamdulillah. Mudah-mudahan blog ni terus bermanfaat, insyaAllah.

Reply

11 Azizi August 28, 2014 at 9:22 am

Assalamualaikum Tuan Zul,
memang betul apa yang Tuan Zul tulis. Semoga target saya untuk bekerja sendiri menguruskan bisnes sendiri tercapai. Semoga Allah permudahkan urusan saya dan Allah memberkati juga Tuan Zul diatas perkongsian ilmu kepada kami semua…

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie August 28, 2014 at 9:37 am

Wslm En. Azizi,

Alhamdulillah. Saya doakan Allah memberkati usaha En. Azizi. Amin ya Allah..

Reply

13 sha August 28, 2014 at 10:22 am

Assalamualaikum
Saya nak tanya pendapat En Zul. Saya bekerja makan gaji. Terpaksa menanggung 4 orang anak dan suami. Suami bekerja sendiri tapi dari mula kahwin sehingga kini, masih tidak stabil. Duit rumah, kereta, bil2, pebelanjaan anak2 semua ditanggung oleh saya. Problemnya, saya sebenarnya tidak berminat untuk bekerja. Saya lebih suka menjadi suri rumah dan membuat perniagaan dari rumah. Cuma saya tak tahu nak berniaga apa dan bagaimana nak mulakan perniagaan serta saya tidak ada modal. Saya juga takut tak mampu nak bayar komitmen bulanan saya sekiranya saya berhenti kerja sebab saya pernah merempat selepas berhenti kerja untuk menjaga anak kedua saya yang sakit. Saya juga rasa bersalah untuk terus bekerja bila saya rasa saya tak mampu nak ikut requirement syarikat. Apa pandangan En Zul dalam hal ini?

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie August 28, 2014 at 8:36 pm

Wslm Pn. Sha,

Kalau saya ditempat puan, saya akan mulakan bisnes sendiri dari sekarang. Mulakan sekarang, at least 5 tahun akan datang akan jadi lebih baik berbanding kita berserah pada nasib. Untuk memulakan bisnes, mungkin artikel yang saya pernah tulis dulu dapat bagi pencerahan. Puan boleh baca di link http://www.mohdzulkifli.com/2011/09/2-petanda-asas-menilai-sesuatu-mlm.html . Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

15 skyfun August 28, 2014 at 12:19 pm

Assalamualaikum Tuan Zul,
sy selalu tercuri waktu berkerja kerana solat zohor dan asar.
x tau lah ini dikira ‘curi’ atau kewajipan.tapi jika berkerja di kompeni orang bukan islam mereka anggap perbuatan ini ‘curi tulang’ dan alasan.

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie August 30, 2014 at 3:46 pm

Salam tuan,

Kalau syarikat tu benarkan staff berehat sekejap untuk merokok, bagi saya tak ada masalah untuk kita ambil waktu untuk solat. Yang penting, waktu yang kita ambil untuk solat tu berpada-pada. Dan kita mesti jaga prestasi kerja.

Wallahu a’lam.

Reply

17 MAJIKAN September 2, 2014 at 3:08 pm

betul tu tuan..

yang tercuri hak majikan tu kira ok lagi..at least dia datang jugak kerja.

tu yang kaki ponteng aka kaki MC tu..itu yang paling teruk. dahla tak datang kerja, tetapi turut menyusahkan rakan sekerja yang terpaksa ganti tempat dia. mana nak berkatnya? tapi jika kalau betul2 sakit takpelah jugak. itu namanya darurat.

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie September 2, 2014 at 4:00 pm

Ini komen dari Tuan Majikan terus. :)

Reply

19 Zaini September 3, 2014 at 10:51 am

Terima kasih tuan atas artikel yang sangat berguna. Memang banyak tercuri masa majikan. Sedar atau tak sedar, hakikatnya pekerja makan gaji memang begitu.

Cadangan saya, sesiapa yang ingin minta maaf semasa berhenti hantar email kepada semua staff terutama big bos minta maaf halalkan semua benda. Kalau nak berjumpa seorang demi seorang penat juga,

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie September 4, 2014 at 5:30 pm

Kalau tercuri hak majikan, kena minta maaf dengan owner. Boss kita mungkin cuma pekerja yang dibayar gaji macam kita juga. Dia mungkin bukan pemilik syarikat.

Reply

21 ali September 12, 2014 at 2:43 pm

Ahamdulillah perkongsian yang sangat bermanfaat. Mohon share untuk perkongian ilmu.

Reply

22 Mohd Zulkifli Shafie September 12, 2014 at 3:05 pm

Alhamdulillah. Silakan share. Mudah-mudahan artikel ni bermanfaat, insyaAllah.

Reply

23 Huraizah September 12, 2014 at 4:03 pm

Assalam En. Zul,
Memang benar apa yang ditulis. Apa yang saya buat untuk mengurangkan masalah tercuri inilah :-
– Zakatkan pendapatan
– Tidak berkira untuk membuat extra work tanpa claim apa-apa.

Semoga dapat balance kan dengan ‘ketercurian’ yang tidak disedari itu.

Reply

24 Mohd Zulkifli Shafie September 12, 2014 at 6:08 pm

Wslm En. Huraizah,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan Allah kurniakan rezeki yang berkat. InsyaAllah.

Reply

25 Nor Azah Ahmad September 13, 2014 at 1:45 am

Artikel yang sangat2 bermanfaat untuk muhasabah diri yang kadang2 alpa dan leka. InSyaaAllah segala tips untuk keberkatan rezki akan dikuti ,,mohon share ya .. Jazakallah khairan

Reply

26 Mohd Zulkifli Shafie September 13, 2014 at 1:58 am

Alhamdulillah. Silakan share kak. Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

27 P nYati March 19, 2015 at 4:19 pm

Assalamualaikum…mohon share juga ya…

Reply

28 Mohd Zulkifli Shafie March 21, 2015 at 4:47 am

Silakan Pn. Yati.

Reply

29 shikin April 20, 2015 at 7:42 pm

dari satu entry sehingga ke satu entry saya sampai ke entry ini. saya tiba tiba rasa sedihhh sangat. rasa sayu sangat hati bilamana dahulu sewaktu saya bekerja betapa banyak nya saya ‘mencuri’..

Reply

30 Mohd Zulkifli Shafie April 28, 2015 at 3:09 am

Salam Pn. Shikin,

Gantikan semua kepada majikan apa yang telah tercuri tu.

Reply

31 Shiqin Sunshine September 4, 2016 at 9:52 am

Sangat memberi inspirasi ;’) trima kasih tuan… hopefully sy yng baru bekerja makan gaji ni diberkati dalam mencri rezeki, inshaAllah…amin

Reply

32 Mohd Zulkifli Shafie September 5, 2016 at 6:32 am

Alhamdulillah. InsyaAllah Pn. Shiqin.

Reply

33 Norazizah October 22, 2016 at 1:13 pm

Assalamualaikum Encik Zulkifli. Alhamdulillah.. suka membaca entry encik nie. Penuh motivasi dan menyedarkan diri. Saya ada soalan untuk bertanya. Bagaimana jika kita bekerja dalam keadaan dimana kita mengetahui ada pihak tertentu buat kerja haram disebalik syarikat yg kita kerja? Situasinya begini, saya adalah orang yg bertanggungjawab untuk memastikan stok bekalan untuk pemprosesan adalah sentiasa cukup. Namun, selalu ada kebocoran stok bukan utk kegunaan kilang. Tapi saya tahu stok tu hilang kemana disebabkan aktiviti lain. Saya terikat sebab dia juga adalah bos saya. Saya merasakan seperti kerjantidak berkat walau gaji besar tapi selalu tak cukup. Adakah saya perlu cari kerja lain saja?

Reply

34 Mohd Zulkifli Shafie November 19, 2016 at 7:24 am

Wslm Pn. Norazizah,

Jangan bersubahat dengan kerja haram begitu. Majikan amanahkan puan untuk jaga stok, maka pada saya, stok itu kena pastikan iad dimanfaatkan pada tujuan yang sebenar. Kalau berlaku kebocoran, kena laporkan kepada pihak atasan.

Reply

35 Baya Musa November 7, 2016 at 6:30 pm

Salam Tuan,

Saya membaca artikel ini pada masa yg sesuai. ALHAMDULILLAH.
Ketika saya berkira-kira mahu berhenti kerja kerana
1.nk jaga anak
2.kerja below expectation- x minat dgn kerja.

wpun takut x blh nk survive kalau kerja seorg, tp hari berat nk berhenti.
Terima kasih Tuan Zul

Reply

36 Mohd Zulkifli Shafie November 19, 2016 at 7:12 am

Wslm Pn. Baya,

Alhamdulillah. Mudah-mudahan Allah tunjukkan jalan terbaik buat puan, amiin ya Allah.

Reply

37 Syahirah November 11, 2016 at 9:43 am

Assalam, saya nak tanya. Saya bekerja di syarikat yang kecil. Jadi kerja memang tak banyak. Jadi kebiasaanya lepas saya siapkan kerja saya, saya akan bermain dengan phone, yelah takde kerja. Nak cari kerja pun memang takde. Camne ye? Tapi saya tak pernah abai kerja saya kalau ada. Boleh bagi penjelasan?

Reply

38 Mohd Zulkifli Shafie November 13, 2016 at 7:33 am

Wslm Pn. Syahirah,

Kalau memang tak ada kerja tak ada masalah.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: