MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Apakah Kita Bersedia Kalau Hilang Upaya?

March 27, 2012

Hilang upaya

Boleh dikatakan setiap tahun, saya dikejutkan dengan email “HCM Announcement: Medically Board Out”. Sejak bekerja lebih 8 tahun ni, sekurang-kurangnya 6 – 8 staff terpaksa diberhentikan oleh syarikat disebabkan hilang upaya untuk bekerja. Daripada level kerani hinggalah top management, semua tak terlepas...

Bukan sebab kemalangan, tapi sebab sakit. Macam-macam jenis sakit. Terbaru, rakan kami En. Sabri (bukan nama sebenar), diberhentikan sebab sakit tulang belakang setelah lebih 17 tahun berkhidmat. Rakan kami ni jenis orang yang sangat kuat bekerja. Sebab terlalu kuat kerja, mungkin tak cukup exercise, dia kena sakit tulang belakang hingga terpaksa bertongkat datang kerja, dan lumpuh beberapa ketika.

Bulan Julai 2011, adalah bulan terakhir beliau digelar sebagai seorang pekerja.

Bukan dia sorang jer. Banyak lagi kisah menyayat hati, dan saya pernah ikuti beberapa diari hidup rakan  yang senasib dengan En. Sabri tu. Kisah-kisah live begini saya jadikan iktibar supaya kami bersedia untuk hari-hari mendung begitu.

Tak Siapa Sangka, Tapi Semua Perlu Bersedia

Actually, mereka pun macam kita juga. Mereka semua tak pernah sangka yang suatu hari nanti, mereka hilang upaya untuk bekerja. Kalau mereka tahu, mesti mereka bekerja keras semasa sihat, supaya mereka (1) bebas kewangan ataupun sekurang-kurangnya, (2) ada lindungan takaful yang cukup. At least, isteri dan keluarga tak perlu bersusah payah memikirkan tentang duit, dalam masa yang sama nak kena jaga kita sepenuh masa sebab sakit.

Memang takut, tapi kita semua perlu bersedia…

4 Persediaan Penting Kalau Hilang Upaya

Untuk bersedia dengan situasi luar jangka begitu, saya pastikan perkara berikut:

#1: Lindungan takaful yang mencukupi. Paling murah, ambil ‘personal accident’ sebab itulah risiko paling besar bagi ramai orang muda. Lagi pun, premium (sumbangan) pun rendah. Untuk dapat cover sehingga RM500 ribu, kosnya cuma sekitar RM500 – RM600 jer. Kalau nak cover RM1 juta, ‘premiumnya’ sekitar RM1,200 jer. Pasal insurans ni, sahabat semua boleh baca artikel saya bertajuk “Siapkan Waris RM1.2 juta Sebelum Mati”.

#2: Siapkan dokumen ‘wasiat’ iaitu perlantikan pentadbir harta pusaka, penyishtiharan harta sepencarian, dan dokumen hibah. Saya pernah kongsikan dalam artikel “Siapkan Wasiat Sebelum Mati”.

#3: Bina sumber pendapatan pasif. Maksudnya, kalau saya mati atau hilang upaya pun, isteri dan anak-anak masih boleh nikmati pendapatan tersebut tanpa gangguan. Saya pernah tulis artikel tentang cara sebenar mendapat passive income, tanpa perlu lagi membuang duit dan masa. Boleh baca artikel saya bertajuk “Jalan Sebenar Bebas Kewangan”.

#4: Latih isteri mampu cari duit sendiri, dan hidup berdikari. Saya pastikan apa yang saya buat, isteri pun boleh buat terutamanya untuk menggerakkan bisnes. Saya ajarkan isteri dengan skill-skill bisnes, dan kami jalankan bisnes sama-sama. Kalau saya dah tak ada nanti, dia boleh cari duit sendiri tanpa sebarang masalah, dan tak perlu bekerja makan gaji, insyaAllah.

Moga cerita-cerita begini menjadi iktibar untuk kita sebelum terlambat. Buatlah sesuatu. Cukupkan lindungan takaful, adakan simpanan untuk kecemasan dan bekerjalah ke arah bebas kewangan. Jikapun jatuh sakit seperti mereka, sekurang-kurangnya kewangan bukanlah lagi satu bebanan untuk keluarga kita, insyaAllah.

Wallahu a'lam.

"Tinggalkan isteri dan anak-anak dengan kesenangan adalah lebih baik dari meninggalkan mereka di dalam keadaan meminta-minta" (Hadis Riwayat Bukhari)

Zulkifli
Damansara Damai
1 Mac 2012
8 Rabiul Akhir 1433

Artikel asal ditulis pada 28 Julai 2011 bersamaan 27 Sya’ban 1432, dan disemak semula pada 1 Mac 2012 sebelum dipublish.

 

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Assalamualaikum..

    Perkongsian menarik dr perspektif para suami….mungkin perlu ditambah persedian #5 : Melatih para suami @ bapa menguruskan keperluan & urusan anak-anak. Mungkin ada kemungkinan isteri yg ‘pergi’ dulu, so para bapa tidaklah kekok menguruskan hal2 rumahtangga..sebagaimana harapan para suami agar isteri boleh mencari rezeki sendiri… Saya rasa konsepnya sama….

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >