MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Siapkan Wasiat Sebelum Mati

April 27, 2011

Dokumen perlantikan wasi (pentadbir harta pusaka) dah saya siapkan sejak tahun 2009 lagi. Dokumen pengisytiharan harta sepencarian dah siapkan pada tahun 2011. Kalau nak tambah lagi, hanya dokumen hibah sahaja yang perlu saya siapkan. Syukur, alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah.

Menyiapkan dokumen 'wasiat', antara perkara akhir dalam hieraki pengurusan kewangan. Bermula dengan memastikan perlindungan takaful yang mencukupi, mengurus simpanan dengan betul, melabur wang di tempat yang betul, memastikan pelan persaraan yang kukuh, dan akhir sekali, menyiapkan dokumen wasiat. Semua proses telah pun saya uruskan dengan baik. Alhamdulillah.

Pelan seterusnya ialah, bersiap sedia untuk mati! (",)... Bersiap sedia untuk mati dengan memanfaat seluruh saki baki hidup untuk berbuat bekal selepas mati...

Set buku terbaru yang saya beli. Sangat bermanfaat. Sahabat boleh jimat banyak kos menyediakan dokumen wasiat.

Urus Harta Untuk Mati

Tulisan ringkas ini sekadar nak ingatkan sahabat semua tentang mengurus harta untuk menghadapi mati iaitu dengan menyiapkan:

  • Dokumen perlantikan pentadbir harta pusaka,
  • Dokumen pengisytiharan harta sepencarian terutamanya untuk isteri yang tak bekerja, dan
  • Dokumen hibah, kalau nak pastikan harta kita terus dapat kepada mereka tersayang setelah kematian kita tanpa perlu difaraidkan kepada ahli waris.

Saya yakin, bab ni ramai orang terlepas pandang!

Risiko Tiada Dokumen Wasiat

Apakah risikonya kalau semua dokumen tersebut tak disiapkan?

Bila kita mati, antara perkara yang boleh berlaku:

  • Harta pusaka tak dapat difaraidkan setelah bertahun-tahun kematian kita kalau berlaku konflik pelantikan pentadbir dikalangan ahli waris. Mungkin isteri kita terpaksa 'merempat' sebab tak dapat harta untuk sara hidup dan membesarkan anak-anak.
  • Waris-waris akan melakukan dosa memakan harta secara batil, waris memakan harta anak-anak kita yang yatim, memakan hak si mati yang masih belum dibersihkan seperti harta kita difaraidkan sebelum hutang kita dilangsaikan.
  • Berlaku pertelingkahan harta sebab waris-waris saling zalim-menzalimi sesama mereka, pemegang amanah tak mengagihkan harta pusaka dengan betul, isteri terpaksa tinggalkan rumah sebab rumah itu adalah milik ahli waris (termasuk adik-beradik serta ibubapa kita).
  • Kita tersiksa di alam barzakh sebab hutang kita tak diselesaikan oleh ahli waris, keluarga berpecah-belah, dan 1001 lagi konflik yang berlaku BERPUNCA DARI KITA yang tak merancang semasa hidup!

Oh, itulah bahayanya kalau ianya diabaikan.

Macam mana nak buat dokumen wasiat?

Cara Membuat Dokumen Wasiat

Pertama,  boleh berjumpa ejen wasiat seperti Wasiyyah Shoppe. Kos menyiapkan satu dokumen sekurang-kurangnya RM300 - RM400! Itulah yang saya buat beberapa tahun dulu. Saya membayar kos tersebut hanya untuk membuat dokumen Perlantikan Wasi (Pentadbir Harta).

Kedua, kalau nak jimat, baca set buku yang saya syorkan ini. Baca, faham, lepas tu buat sendiri. Sebenarnya, kita boleh siapkan sendiri tanpa melalui ejen wasiat! Saya jamin, dengan tulisan Ustaz Ghazali Ibrahim ni, sahabat boleh jimat ribuan ringgit!

Terkini 2017, saya difahamkan, ketiga-tiga buku tu telahpun digabungkan menjadi satu buku ni iaitu "Pembahagian Harta Pusaka dan Kepentingan Wasiat". Siapa nak beli, boleh contact seorang daripada ejen yang jual buku ni iaitu Pn. Azharina 013-209 2404.

Buat Sendiri, Jimat Ribuan Ringgit!

Kalau nak siapkan dokumen hibah contohnya, kosnya memakan ribuan ringgit! Tapi kalau tahu buat sendiri, kita boleh siapkan dengan kos tak sampai RM30! Huh... kalau saya tahu rahsia ni, saya dah siapkan semua dokumen ni 5 tahun lepas lagi!

Tapi syukur, semua rahsia terbongkar setelah Ustaz Ghazali Ibrahim (adik Allahuyarham Ustaz Asri, Rabbani) sampaikan kuliah zohor di syarikat kami tentang “Pengurusan Harta Pusaka”. Apa sahaja masalah, boleh terus contact Ustaz Ghazali. Beliau sangat friendly, dan sangat suka membantu.

Moga Allah sahaja yang membalas jasa beliau.

Wallahu a'lam.

"Diwajibkan ke atas kamu, apabila seorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan kaum kerabatnya secara ma'ruf. (Ini adalah) kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa" [Al-Baqarah; 180]

"Tidaklah menjadi hak orang Islam yang ada padanya sesuatu yang hendak diwasiatkannya dan ia akan bermalam dua malam, melainkan hendaklah wasiat itu ditulis di sampingya" [H.R. Bukhari & Muslim]

Zulkifli
Damansara Damai
20 April 2011
16 Jamadil Awwal 1432

(Artikel dikemaskini pada 14 Ogos 2017)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

    • Salam En. Zul,

      Saya nak minta pendapat : ibu bapa saya beli sebuah rumah lelong dengan menggunakan nama anak sulong (perempuan) dan masih belum habis dibayar loan bank.Bayaran loan setiap bulan dibayar oleh saya dan bapa. Famili telah bersetuju untuk menyerahkan rumah itu kepada saya anak kedua kerana saya yang menjaga ibu bapa kini.

      Soalannya dari segi perundangan kaedah apa yang terbaik bagi membolehkan rumah tersebut didokumenkan saya sebagai pewaris yang sah atau lain-lain kaedah yang sesuai untuk buat ada hitam putihnya. Ini kerana anak sulong terlah berkahwin dan ada anak.

    • Wslm Puan,

      Apa yang saya faham dari sudut perundangan, rumah tu hak milik penama (anak sulong). Untuk membolehkan puan warisi rumah tu, proses tukar nama tu kena buat sekarang sementara ibubapa masih hidup. Prosesnya akan jadi jauh lebih sulit bila ibubapa meninggal.

      Kalau loan belum habis bayar, mintak kakak puan jual rumah tu kepada puan dan buat financing atas nama puan terus.

      Wallahu a’lam.

  • These are generally short phrase loans that do present you meet your fiscal
    difficulties within a preferred distinct time period.
    Contemplating time limitations these loans are particularly intended above an obligation
    100 % free platform. As such, these are kept entirely cost-free from credential checksums. Challenges such as defaults, arrears, bankruptcy, CCJs and even IVAs are not considered here. Additional, there are also no collaterals related with these loans. There is minimal paper work essential on the aspect of borrower. There are also no hidden or added documentation or faxing necessary right here. Applying for these loans is also especially handy. People just require filling an via the internet form and as soon as this gets authorized money is received within 24 hours time frame. These loans are commonly supplied beneath hassle-free terms and conditions. The general fundamental applicant criteria here is that they ought to be a UK resident and of 18 years of age.
    Review my blog post : http://vlogerzy.pl/index.php?do=/profile-5854/info/

  • salam tuan..saya nak tanya pasal menulis wasiat..sya sudah tulis wasiat sendiri dan segala dokumen berkaitan harta dan waris sudah saya buat salinan untuk disertakan bersekali dengan wasiat ni..saya juga sudah sign wasiat ni dihadapan 2 org saksi..persoalannnya, apakah tindakan saya seterusnya? adakah wasiat ni sudah sah ataupun kena dapat pengesahan dgn matikan setem atau apa2 urusan peguam?..mohon pencerahan tuan..TQ..

  • Assalamuaikum
    Tuan,
    Saya ingin bertanya, jika saya ingin mhibah rumah yg masih dlm pinjaman kerajaan kpd anak sy. Pinjaman kerajaan sememangnya diambil insuran takaful dan akan jadi aset dan bukan liberliti selepas peninggalan kita. T kasih

  • Salam,
    Macamana pula kalau rumah yang masih dlm pinjaman bank? Adakah boleh di hibah kan atau pun perlu tunggu sehingga loan habis bayar?

  • assalamualaikum tuan

    parents saya sudah agak tua dan agak susah utk kesana kemari utk selesaikan dokumen2yg sepatutnya.
    beliau sudah membahagikan harta (tanah) kepada ank2 (termasuk sy) dengan hanya bicara tanpa ada hitam putih.

    masalah timbul apabila ade sebahagian adik beradik yg tak berpuas hati dengan bahagian yg diberikan.

    bolehkah saya menyediakan dokumen hibah utk bahagian saya (parents saya tinggal tandatangan) tanpa pengetahuan seluruh adik beradik?

    atau saya harus mendapatkan persetujuan dari semua adik beradik?

    atau pon dengan hanya pengetahuan beberapa orang adik beradik?

    minta jasa baik tuan utk memberi komentar.

    wassalam

  • salam tuan,
    ibu saya ada membeli tanah dan berhasrat menjualkn tanah tersebut kepada saya dan adik saya. ibu saya ingin membuat surat perjanjian dimana jika berlaku kematian, tanah tersebut akan dijual kepada saya dan adik saya pada harga yang sama semasa beliau membeli tanah itu. persoalannya, bentuk perjanjian apakah yg relevan sekiranya berlaku kematian kelak supaya mengelak dari berlaku salah faham akan datang?

  • Assalamualaikum.. Dekat mane saya bole dpt kan buku2 tersebut (nota wasiat)? Dekat kedai buku yg popular Ade jual x

  • Assalam. Saya ada wang simpanan rm 100.000 ribu. Saya hendak membuat wasiat bahawa wang itu di serahkan kepada adik saya anak saudara. Bolehkah saya menulis surat wasiat sendiri atau perlu pergi ke amanah raya.perlukah ada saksi dan berapa kos nya.

  • Asalam tuan,

    saya ingin bertanya berkenaan dgn hak milik rumah. Saya dan suami masing2 mempunyai rumah di johor bahru dan selangor. Kedua2 rumah masih dalam pinjaman bank. dan kedua2nya atas nama hak milik bersama. Bagaimana kalau sekiranya salah seorang dari kami meninggal dunia, benarkah insuran hanya akan membayar separuh dari pinjaman bank dan separuh lagi perlu di bayar oleh pasangan yang masih hidup? utk loan bank satu nama sahaja, pemilikan di geran berdua

  • Assalamualaikum wrh. wbt.
    Tuan banyak menyebut nama Wasiyyah Shoppe. Adakah perkhidmatan syarikat tersebut yang terbaik dalam kalangan mereka yang menyediakan perkhidmatan yang serupa? Adakah caj perkhidmatan Wasiyyah Shoppe berpatutan berbanding yang lain? Sebenarnya saya sedang mencari2 syarikat penulis wasiat/hibah yang menawarkan perkhidmatan yang cekap, pantas dan murah sebab saya tak mampu untuk membuatnya sendiri. Mohon jasa baik tuan untuk beri cadangan. Terima kasih banyak2 atas bantuan tuan.

    • Wslm Dr. Harlina,

      Saya tak pasti samada itu syarikat terbaik atau tak. Cuma saya jadi pelanggan Wasiyyah Shoppe sejak 2005 lagi. Dan berdasarkan taklimat yang saya dengar dari mereka, katanya mereka lebih murah berbanding ambil khidmat peguam dll. Memang bisnes mereka fokus kepada wasiat.

  • Terima kasih atas pendapat Tuan. Kalau Tuan sudah menjadi pelanggan WS smenjak 2005, itu mungkin indikasi bahawa Tuan berpuas hati dengan perkhidmatan mereka. Nak tnya lagi, mana lebih baik/selamat/untung melabur dalam unit amanah atau dinar emas? Terima kasih sekali lagi..

    Adakah Tuan boleh dihubungi pada no. tel yg tertera dalam web ini?

    • Sama-sama Dr.

      Unit trust & emas masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. Unit trust ada dividen tahunan sebagaimana ASB dan Tabung Haji. Emas lebih terjamin dari sudut nilai jangka panjangnya, tetapi emas tak ada pendapatan seperti dividen tahunan. Secara peribadi, saya hanya labur dalam unit trust untuk duit KWSP akaun 1 sahaja. Untuk simpanan tunai, saya simpan dalam Tabung Haji. Untuk simpanan jangka panjang, saya rasa lebih terjamin dalam bentuk aset fizikal seperti emas, perak dan hartanah.

      Dr. boleh contact saya pada no. telefon tertera di web ni pada bila-bila masa kalau ada persoalan. Wassap pun boleh.

  • Assalamualaikum wrh. wbt.

    1/3 harta semati yang boleh diwasiatkan hanya kepada bukan waris. Waris mengikut hukum faraid. Wasiat boleh dicabar.

    Boleh kah menulis sendiri wasiat tanpa setem untuk sesebuah hartanah atas nama saya kepada seseorang anak yg merupakan tuan hartanah yg benar, kerana semua perbelanjaan untuk membeli dan menyelenggarakan hartanah berikut ditanggung olehnya dicabar olehnya waris yang lain?

    Jika boleh apa gunanya wasiat? Tolong jelaskan

    • Wslm En. Roslan,

      Saya bukan pakar wasiat. Untuk betul-betul faham, saya syorkan En. Roslan cari buku yang saya cadangkan tu dan baca. Saya cuma berkongsi isu ini dalam konteks saya sahaja. Konteks cabar mencabar dalam isu wasiat, orang yang selayakkan untuk jawab ialah mereka yang terlibat secara langsung dalam hal pengurusan pusaka & wasiat.

  • Salam.
    Saya lili dari bukit Jelutong.
    Sy ade pertanyaan berkaitan dengan Hibah
    Ayah saya ade sebuah rumah yang masih dalam pinjaman kerajaan dan ada insurance. .
    Ayah ada letak penama kedua rumah tersebuh nama Ibu saya.
    Soalan:
    1) Sekiranya berlaku kematian ke atas Ayah, adik beradik ayah boleh tuntut rumah tersebut ke?
    2) Macam mana process hibah di buat. Sy nak buat hibah tu atas nama ibu saya (tak bekerja) supaya adik beradik ayah tak boleh tuntut rumah tu. Takot ibu and adik2 nanti merempat tak de tempat tinggal.
    3) Sekiranya rumah tersebut di hibah kan kepada mak, adakah selepas kematian ayah rumah tu Ibu kene teruskan bayaran ke? Rumah tu ade insurance dah sekira nya terjadi apa2 kepada ayah, rumah tu dah tak perlu bayar.

    Mohon pencerahan. Terima Kasih.

    • Wslm Cik Lili,

      1. Adik beradik ayah tak boleh tuntut kalau Cik Lili ada adik beradik lelaki. Itu hukum faraid.

      2. Cik Lili cari buku yang saya maksudkan dalam artikel ni untuk tahu prosesnya.

      3. Kalau ada insuran, tak perlu bayar. Waris dapat rumah tu percuma.

      • Salam En Mohd Zulkifli Shafie

        Untuk pengetahun En, adik beradik sy semua nye perempuan. 5 perempuan xde adik beradik lelaki.

        Jadi pakcik (adik ayah) mmg ade hak untut tuntut rumah tu..

        Kalau sy buat hibah rumah tu kepada emak atau adik, pakcik (adik ayah) mmg xde hak untuk tuntut rumah tersebut. Jadi selepas kematian ayah, rumah tu akan berpindah milik kepada mak / adik tanpa perlu meneruskan bayaran rumah… – tolong betulkan sy kalau sy salah.

        Terima kasih.

  • Salam En Zulkifli..
    Saya ingin bertanya.
    Arwah nenek saya ada meninggalkan sebuah rumah dan menyatakan bahawa rumah itu akan menjadi milik anaknya yang tinggal di situ dan menjaga dia. Arwah ada 3 org anak..2 lelaki dan 1 perempuan.
    Soalan saya. Bolehkan anak yang tinggal di rumah itu menuntut untuk menukar nama pada geran? Bagaimana sekiranya ada yang tidak bersetuju? Adakah persetujuan semua anak2 diperlukan? Bagaimana pula dengan prosedur yang perlu dilakukan?
    Terim kasih

  • Assalamualaikum Tuan Mohd Zulkifli,

    Ibu saya ada baru pencen dan rumah yang dibeli oleh ibu saya masih berbaki 100k +. Jika diikutkan ibu saya mempunyai simpanan yang cukup untuk membuat pembayaran penuh untuk pinjaman rumah tersebut. Tapi ibu berkeras tidak mahu pembayaran penuh dengan alasan insurans akan cover semua hutang rumah jika ibu meninggal. Ibu tetap dengan pendiriannya mahu teruskan pembayaran bulanan seperti biasa.
    Saya ada nasihatkan ibu untuk pendekkan tempoh pinjaman dengan bayar lebih dari biasa untuk kurangkan principle, tapi ibu berkeras tidak mahu.
    Pada pendapat tuan betul ke tindakan ibu saya?Adakah ibu berdosa jika ibu meninggal dengan loan belum jelas sepenuhnya tuan?dari segi proses pindah milik rumah jika ibu meninggal, adakah mudah sbb loan masih belum jelas sepenuhnya…mohon percerahan…
    Terima kasih tuan

    • Wslm Pn. Aina,

      Betul tu, kalau rumah tu dah cover insuran, memang rumah tu akan dilangsaikan oleh insuran kalau berlaku kematian. Proses pindah milik tu macam biasa je. Tak ada masalah. Ia hanya bermasalah kalau pinjaman perumahan tu tak cover insuran.

  • Salam,
    Saya nak bertanya, rumah saya telah beli pada tahun 2010 dan saya letak 2 nama. Nama saya dan emak saya. Mase tu saya pikir saya single, kalau ape -ape berlaki atas saya, emak saya akan mewarisi. Tetapi selepas saya berkahwin dan mempunyai anak, kerisauan di situ. Soalan?
    1. Jika emak saya ( meninggal dunia), adik beradik saya boleh tuntut ke rumah tu?
    2. Bagaimana saya nak letak buangkan nama emak saya? Saya belum habis bayar lagi.
    3. BAgaimana cara supaya adik beradik tidak boleh tuntut ?

    Mohon bagi pencerahan

    • Wslm Pn. Siti Fazilah,

      Apa yang saya faham:

      1. Rumah tu adalah milik bersama. Kalau emak meninggal dunia, memang adik beradik ada bahagian untuk tuntuk hak milik rumah tu.

      2. Kena bincang dengan peguam.

      3. Salah satu caranya dengan emak puan buat dokumen hibah. Kalau dia meninggal dunia, hak milik rumah tu terus pindah milik sepenuhnya kepada puan. Itu kena cari ejen wasiat.

  • Salam,

    Saya nak bertanya tuan berkaitan situasi ini:

    Arwah Atuk ada meninggalkan 3 buah rumah. Rumah yang pertama dihadiahkan kepada anak lelaki (pakcik), rumah kedua dihadiahkan kepada anak kedua (makcik), dan rumah yang ketiga dikongsi hadiahkan keatas anak perempuan seramai 4 orang (makcik 3, 4, 5 dan 6). Salah sorg makcik yang no 4, sudah meninggal kerana sakit dan tidak meninggal kan waris (tidak berkahwin). Atas sepakat semua, rumah ketiga hendak dijual kerana ingin membantu makcik yang no 6 (bongsu) sedang sakit juga. Menjadi persoalannya sekarang makcik yang kedua tuntut pembahagian adik dia yang sudah meninggal dengan alasan dia ada hak walupun beliau telah mendapat bahagian rumah ke 2. Sedangkan rumah itu telah dihibahkan kepada makcik 3, 4,5 dan 6 shj. Bagaimana untuk selesaikan masalah ini. Adakah perlu bahagian makcik yang meninggal diberikan kepada semua adik beradik?

  • Assalamualaikum

    Saya nak tanya.

    Baru baru ni atok saya meninggal dunia. Arwah tak tinggalkan apa apa wasiat atau penama utk rumah/motor/ akaun bank. Kalau ibu saya (anak atok) tuntut adakah perlu berkongsi mengikut sistem faraid?

    Dan sekiranya tiada penama utk harta, boleh ke adik beradik atok saya tuntut?

    Kalau nenek saya nak buat wasiat. Perlu ke ikut sistem faraid? Atau boleh sahaja nenek saya bahagikan mengikut keinginan dia?

    Terima kasih

    • Wslmm PN. Nur Amalina,

      Harga pusaka perlu dibahagikan mengikut faraid. Untuk tuntut harga tu, kena lantik pentadbir harta pusaka dengan persetujuan semua ahli waris. Pentadbir harta pusaka tu perluu dapatkan surat kuasa dari pejabat tanah bahagian pusaka kecil.

      Dan tanggungjawab pentadbir harta puaska tu untuk bahagikan harta tu mengikut faraid.

      Siapa yang layak untuk terima bahagian, kena tengok dulu senarai ahli waris yang masih hidup.

  • Salam Tuan, ibu saya ada menjual rumah kpd seseorang. Proses jual beli tersebut belum selesai. Keadaan ibu saya sangat uzur. Dia bercadang nak berikan duit hasil jual rumah tersebut kepada cucunya. Apa yang harus dilakukan.

  • As salam tuan, geran tanah arwah tok saya ada dua nama, pak lang saya bagi tahu nama seorang lagi tak jumpa sampai sekarang. Arwah tok tak ada buat wasiat, macam mana kami nak selesaikan masalah ini supaya dapat pecah geran?

  • Assalamualaikum
    Saya ada sedikit pertanyaan mengenai hibah. Saya ada membeli sebuah rumah atas loan saya sendri tetapi meletakkan nama suami sebagai penama kedua. Dalam S&P suami ada turunkan tndatangan. Suami tidak menyumbang sebarang kos utk rumah ini.
    Sehingga kini kami belum dikurniakan zuriat. Mengikut pembacaan waris suami blh menuntut hak sekiranya suami meninggal dunia.
    Apakah ada jalan terbaik utk pastikan rumah trsebut milik saya sepenuhnya sekiranya suami tiada. Perkara hibah pernah dibncngkn bersama suami tetapi suami berkecil hati seolah2 saya tdk mempercayai adk beradiknya.

  • Salam, bagaimana saya nak buat wasiat sendiri. Tanpa melalui agen2 wasiat. Boleh bagitau cara2nya. Terima kasih kerana membantu.

    Semoga tuan dan keluarga sentisa diberkati Allah.

    • Wslm,

      Boleh dapatkanb buku Ustaz Ghazali. Baca dan buat sendiri. Ustaz Ghazali dah tuliskan panduan terperinci. Untuk dapatkan buku tu, boleh contact salah seorang ejen yang jual buku tu iaitu Pn. Azharina 013-209 2404.

  • Assalam Tuan,

    1. Ibu bapa saya telah menukar nama harta kepada kami anak-anak perempuan mereka. Kami tidak mempunyai adik beradik lelaki. Bagaimana pula dengan simpanan mereka di TH, ASB dan bank komersial?

    2. Rumah saya sekarang adalah pinjaman bersama suami (mempunyai insurans MRTA) dan kami mempunyai 3 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Adakah adik beradik suami berhak ke atas rumah kami apabila suami meninggal?

    3. Selain kita sendiri, siapakah yang menyediakan servis menulis hibah? Adakah peguam atau ejen insurans?

    Terima kasih.

  • Assalamualaikum, sy ingin bertanya.
    Makcik sy seorang OKU, segala urusan kewangan sy yg uruskan. Jika jd apa2 duit semua tetap sy yg uruskan. Kalau ikut hukum faraid sy xde hak atas harta makcik sy. Hrata yg sy uruskan cuma duit Simpanan dan Tabung Haji. Apakah cara yg sebaiknya sy buat. Sbb makcik sy dh tua dan x larat utk uruskan doc2 sume. Bolehkan sy sendri uruskan. Tgal dia sign saja? Harap dpt membantu.

      • Assalamualaikum,
        Maaf encik, sy terlalu leka sehingga x buat apa2 hibah. Rumah mak sy atas nama makcik sy. Jd sy nk buat hibah atas nama sy. Sekarang makcik sy dh tak sedarlan diri. Adakah hibah masih boleh dibuat. Adakah boleh buat hibah di pejabat pesuruhjaya sumpah shj tanpa makcik sy.
        Harap dpat respond awal dr pihak tuan.
        Terima kasih atas jawapan

  • Assalamualaikum tuan
    Soalan
    1.Sekiranya saya yang menyddiakan sendiri
    wasiat bagaimana untuk menjadikan ianya sah dari segi undang-undang
    2. Bolehkah dikalangan waris melantik seorang pentadbir untuk urusan pembahguan harta
    3. Macamana cara pentadbir harta untuk mendapat surat kuasa bagi urusan pengeluaran wang simpanan tuntutan jnsuran dan jualbeli rumah simati
    Sekian terina jasih

    • Wslm Pn. Salwah,

      1. Dalam dokumen tu, ada tandatangan 2 orang saksi. Itu saksi yang mengesahkan puan sendiri yang menyediakan dokumen tu.

      2. Boleh, tapi prosesnya makan masa yang lama kalau waris yang perlu melantik dari kalangan mereka. Lebih mudah, kita sendiri yang lantik semasa kita hidup.

      3. Detail puan baca dalam buku yang saya maksudkan. Kalau harta tak banyak (tak silap saya bawah RM600k), boleh rujukan di Pejabat Tanah, bahagian Pusaka Kecil. Kalau jumlah besar, kena dapatkan daripada mahkamah.

  • Aassalamualaikum tuan,mohon pencerahan tuan.

    Tanah dan rumah ayah saya atas nama kakak sulung saya, setelah kakak sulung kawin, kami ingin membuat hibah atas nama ayah.Persoalan nya sekarang

    1- boleh ke jika kami membuat surat hibah sendiri dan pegi ke pesuruhjaya sumpah dan matikan setem?

    2- laku ke surat hibah kami mengikut undang undang?

  • Salam tuan..minta pencerahan…
    Ibu dan ayah saya ada dirikan rumah yg sdah lama…rumah itu atas tanah org..tetapi tanah itu mmg tidak dituntut lg…cuma ibu dan ayah saya xada geran utk rumah itu sbb rumah didirikan di atasa tanah org….dahulunya tanah itu diteroka sndri oleh arwah ayah.. Skrg persoalannya sblum arwah ayah mninggal dia ada berpesan pada ibu utk memberikan rumah ini kpada anak bongsunya sbb anak2 lain sdah memiliki rumah,dan slama ini anak bongsu yg mnjaga ibu dan ayah…stelah ayah mnggal rumah itu diberi sewa kepada org dan ibu mngikut anak bongsu tgal di rumahnya skrg…soalannya bgaimana utk mmbuat pengesahan dri sgi undang2 jika adik bradik yg lain mnuntut hak ke atas rumah itu?dan ibu stuju mmberi rumah itu kpada anak bongsu…apakan prosedur yg patut siibu buat?apa dokumen yg perlu disediakan?…hrap tuan dpat mmbantu

  • Assalamu’alaikum..
    Saya ada simpanan dalam akaun asb dan saya berhasrat untuk membuat sendiri dokumen hibah.
    1) selepas dokumen siap,bagaimana saya nk menjadikan dokumen tersebut sah dari segi undang2?
    2) Adakah dokumen yang telah lengkap itu boleh disimpan oleh sesiapa saja yg saya percaya?

  • Assalamu’alaikum..
    Saya ada buat loan untuk asb dan dana tersebut diinsurankan. Bermakna sekiranya berlaku kematian,insuran akan cover keseluruhan amaun pinjaman asb tersebut. Bolehkah sy hibah dana asb tersebut memandangkan loan asb belum habis bayar lg?

  • salam saya ingin bertanya…suami saya dalam proses menukar nama bangunan kedai ke atas namanyer..semua dokumen masih dengan lawyer..dalam keadaan ini bolehkah hibah dilakukan …dokumen apa yang saya perlukan dari lawyer utk proses hibah..

  • salam saya ingin bertanya..bagaimana dengan 3 biji rumah yang hendak dihibahkan …adakah perlukan 3 dokumen yang berlainan atau satu dokumen sahaja untuk 3 buah rumah tersebut..

  • Assalamualaikum..

    Nak tanya.. kalau saya dah buat sendiri dokumen wasiat dan hibah dan sudah dimatikan setem .. apa langkah seterusnya.. maksud saya perlu ke saya simpan atau serahkan pada individu atau mana2 badan sebagai wakil jika saya sudah tiada nanti..

  • As salam tuan,
    Sy ingin bertya bbrapa soalan:

    1- ayah saya telah bercerai dengan mama, dan tidak membuat pembahagian harta sepencarian atas persetujuan bersama, rumah yg ayah duduki skrg atas nama ayah dan mama masih sbgai pnama ke 2,dan ayah masih byr bulanan rumah seperti biasa, persoalannya, bolehkah rumah diwasiatkan ke atas anak lelakinya terus?

  • Assalamualaikum Encik,
    Ummi saya meninggal pada tahun 2016 dan membeli rumah dengan pihak Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan (SPWP). Ummi berkahwin dengan ayah tiri saya dan tiada anak.

    Saya seorang pekerja swasta dan ada seorang adik perempuan yang masih lagi belajar dan tak bekerja.
    Kami dihalau oleh ayah tiri daripada rumah Ummi yang tiada penama kedua.
    Kemudian, saya datang ke rumah tu, ayah tiri dah lari. Tinggalkan rumah terbiar.
    Sekarang saya yang sambung bayar bulanan yang sudah tertunggak hampir setahun.

    Apa yang saya patut buat pada rumah nama Ummi, tanpa penama dan wasiat?
    SPWP nasihatkan saya supaya membuat surat kuasa untuk membuktikan saya sebagai pentadbir.
    Tetapi apa yang akan jadi pada aset tersebut jika tiada nama saya hitam putih?

    Terima kasih.

    • Wslm Pn. Mea,

      Saya tak pakar pasal urusan ni. Cuma memang apa yang saya tahu, mesti dapatkan surat kuasa sebagai pentadbir harta pusaka tu. Bila dapat surat tu, barulah boleh diuruskan untuk pembahagian mengikut faraid. Ayah tiri tu pun ada bahagian pada rumah tu.

  • saya ingin bertanya
    bolehkah harta sepencarian saya suami isteri
    ..bagai mana untuk membuat surat wasiat supaya segala hak akan jatuh kepada isteri dan anak2 sahaja
    tanpa boleh di tuntut adik beradik suami
    sekiranya berlaku kematian.

  • Salam nk tanye….kalau buat surat wasiat sendiri dgn ade 2 org saksi, adakah ia sudah ckup ? Perlu ke memfailkn di amanah raya ke…atau disetemkan..sekian,terima kasih

  • Assalamualaikum tuan,

    Ibu saya telah menjual rumahnya yang telah habis bayar (tiada lagi loan bank) kepada anak perempuannya yg bongsu berjumlah RM35k

    Jika dinilai oleh jabatan penilaian rumah tersebut berharga RM80k

    Ibu ingin mewasiatkan bayaran rm35k itu diserahkan kepada 2 org anak perempuannya yg lain secara ansuran rm350.00 sebulan sehingga selesai.. (Bayaran ansuran ini bermula setelah ibu meninggal dunia)

    Soalan saya, adakah wasiat ibu ini dikategorikan sebagai HIBAH untuk wang berjumlah rm35k itu?

    Terima kasih jika tuan sudi menjawab soalan saya.

  • Saya ingin bertanya, ibu saya mempunyai sebuah rumah yg mana ada nama saya juga di dalam Geran Rumah. Ibu saya skrg dlm keadaan kurang sihat. Bagaimana caranya untuk ibu saya membuat wasiat. Boleh kah ibu saya menamakan saya sebagai Pemegang Amanah jika sekira ibu telah tiada lagi. Mohon pencerahan dari pihak tuan berhubung perkara ini. Terima kasih.

  • Salam, tuan.

    Saya ingin bertanya bolehkah mana-mana individu membuat hibah tanpa melalui syarikat tertentu? Hanya dengan mematikan setem, adakah dokumen hibah tersebut sah di sisi undang-undang Islam & Malaysia?

  • Assalamualaikum tuan..
    maaf sy tertinggal jauh dibelakang memandangkan artikel tuan ini dibuat pd tahun 2011.

    sy ingin bertanya, selain dari mematikan setem hasil adakah perlu mendapat kn khidmat pesuruhjaya sumpah supaya dokumen wasiat tersebut sah disisi undang2?

  • Assalamualaikum.. Boleh ke sy hy tuliskn sepucuk surat wasiat dan ditandatangani oleh sy tanpa ada saksi, dan sy buat mati setem.. Adakah itu dikira wasiat yg sah?

  • Assalamualaikum.

    Sy ingin bertanya. Jika sy menulis surat wasiat pentadbiran pusaka sendiri mengikut draf seperti di dalam buku Pembahagian Harta Pusaka dan Kepentingan Wasiat (Ustaz Ghazali Ibrahim) dengan siapa sy boleh dptkn pengesahan untuk memastikan wasiat sy tidak akn dipertikaikan kelak.

    Terima kasih.

  • Saya seorg balu pada 17 tahun yang lalu dan mempunyai 3 org anak berusia 23, 22 & 20. Saya teleh berkhawin utk kali ke 2 pada tahun 2018 dan mempunyai seorg anak tiri yg masih bersekolah dan utk makluman tuan semua perbelanjaan & keperluan hidup adalah dibawah tanggungan saya. Suami saya tidak mempunyai pekerjaan tetap.
    1) Saya bercadang utk membuat wasiat harta kepada 3 org anak saya.
    Perlukah saya memaklumkan kpd suami baru perihal ini.
    2) Sekiranya salah seorang anak saya yg telah diwasiatkan meninggal dunia
    terlebih dahulu, apakah tindakan saya selanjutnya.

  • Salam…
    Boleh x buat wasiat tanpa hibah. Segala pembahagian telah dinyatakan di dlm surat wasiat tersebut.

  • Assalamualaikum Tuan Dzulkifli,
    Baru2 ni sy pegi LHDN cawangan duta dan menara olimpia utk stamping doc wasiat dan hibah..sy dimaklumkan untuk pegi mahkamah sbb mereka tak stamping hibah dan kos untuk stamping 1% dari nilai harta ..betul ke Tuan

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >