MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

Udang Geragau : Walaupun Kecil, Tapi Bergerak Dalam Kumpulan Yang Besar

March 21, 2022

“Bubuk (udang geragau) ni, kalau nelayan yang tak pandai tangkap, boleh terbalik bot nelayan!”, Kata Kak Bibi waktu beliau dan suami bawa kami ke pengkalan nelayan di Miri, genap 4 tahun yang lalu (tahun 2018).

[baca catatan pengalaman saya pada 2018 itu DI SINI dan DI SINI]

“Wah... Macam mana udang sekecil ini boleh sampai terbalik bot nelayan dibuatnya?”

Saya kagum.

More...

Kumpulan Yang Besar Lagi Bersatu Hati

Kak Bibi bagitahu, walaupun udang spesis ini sangat kecil, tapi MEREKA BERGERAK DALAM SATU KUMPULAN YANG BESAR.

Dan apa yang lebih penting, mereka bukan sekadar bergerak berkumpulan, tapi mereka bergerak seiringan dengan ARAH TUJUAN YANG SAMA!

Jadi kalau nelayan sauk pukatnya melawan arah pergerakan udang, maka dengan bot-bot nelayan tu sekali boleh terbalik - dilanggar oleh kumpulan udang yang kecil tersebut!…

Wah… Ini ibrah besar yang saya belajar pada hari itu.

Kita kecil tak apa. Kita tak kuat tak apa.

Tapi kita akan dapat kekuatan yang besar kalau kita bergabung membentuk kumpulan yang besar…

Dan apa yang lebih penting, kumpulan kita itu bergerak seiringan menuju arah yang sama!

Maka sebesar mana pun cabaran, kita akan dapat rempuhnya dengan mudah!

InsyaAllah…

Rahsia G100 Jadi Network Terbesar

Kisah bubuk yang Kak Bibi ceritakan kepada saya itu, saya sering sampaikan setiap kali menjelaskan tentang “The Power of Unity” di dalam kelas-kelas pembangunan dealer Public Gold.

Dan saya percaya, asas itu jugalah yang dipegang oleh murid-murid saya dalam membangunkan team G100 Network, terutamanya di saat saya direhatkan selama 2 tahun (Oktober 2018 - Oktober 2020)…

Secara logik akalnya, G100 sepatutnya sudah terkubur dalam tempoh 2 tahun tersebut.

Bukan sahaja saya terpisah daripada mereka, bahkan nama saya terpalit dengan dakwaan yang boleh menjatuhkan kepercayaan kepada kepimpinan saya.

Lebih kritikal lagi, tidak ada seorang pun leader yang ada nama besar menggantikan kepimpinan saya ketika itu.

Yang tinggal cuma ‘udang-udang kecil’, tetapi dengan kepimpinan Tuan Muda Syarif Jamil, mereka semua bergabung dan bergerak bersatu-hati dengan arah tujuan yang sama, hingga akhir sekali kami menjadi network terbesar dealer Public Gold hari ini… 

Alhamdulillah… Puji-pujian bagi Allah…

Zulkifli
Cyberjaya, Selangor
21 Mac 2022
18 Syaaban 1443H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 6,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia).

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>