MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

SOSMA, Saya Bersuara Demi Masa Depan Negara

April 12, 2023

Demi negara... Bukan tentang saya.

Saya sudah selesai menjalani hukuman. Tapi tentang orang lain yang tak pernah terkena dan terima nasib yang sama macam saya. 

Niat kita baik. Bahkan kita langsung tidak ada niat jahat.

Tapi kita terperangkap dan dihumban ke dalam penjara setelah melalui proses perundangan yang tidak adil.

More...

Kesalahan Kecil, Hukuman Sangat Berat

Banyak yang tak tahu...

Dengan peruntukan undang-undang yang ada sekarang, sesiapa pun boleh dihumban ke penjara hanya gara-gara dia auto-download foto yang dia suka dan membiarkan dalam handphone tanpa di delete. 

Pada kita itu cuma foto kalimah tauhid.

Tapi dari sudut undang-undang ia salah dan boleh dihumban sehingga 7 tahun ke dalam penjara kerana kesalahan di bawah seksyen 130 JB Kanun Keseksaan!

Saya jadi saksi.

Mangsa Tertekan Cuba Bunuh Diri

Seorang yang dihumban 2 tahun ke penjara hanya kerana menyimpan satu (ya, satu, bukan dua) foto digital kalimah tauhid yang rupa-rupanya ia sama dengan apa yang digunakan di dalam bendera kumpulan yang ada kaitan dengan kumpulan yang diwartakan sebagai pengganas oleh kerajaan Malaysia.

(Owh ya, siapa ya pernah tahu mana nak dapatkan senarai kumpulan dan individu yang diwartakan sebagai pengganas?. Siapa terkena nanti akan dapatlah tengok senarai tu dalam kertas pendakwaan)

Saya fikir, kalau suruh delete, tak ada masalah untuk dia delete yang cuma ambil masa 1 saat.

Tapi tidak.

Dia diseksa sepanjang proses siasatan tanpa mendapat akses kepada mahkamah untuk tempoh 28 hari (peruntukan di bawah SOSMA), didakwa dan kemudian dipenjarakan selama 2 tahun!

Marah... Kecewa... Stress... Murung... Tak boleh terima...

Akhirnya dia cuba bertindak membunuh diri dengan mengelar tangannya sendiri ketika sedang menjalani hukuman di Penjara Tapah!

Saya menjadi saksi...

Saya Saksi Kezaliman SOSMA

Dan apakah mampu saya berdiam diri hanya kerana Tuhan sudah limpahkan kesenangan setelah bebas dari penjara?

Tidak...

Saya bimbang saya tak mampu nak jawab di depan Tuhan kelak kalau saya langsung tak buat sesuatu supaya ketidakadilan dan kezalimanan undang-undang ini dihentikan.

Sekurang-kurangnya saya bercakap kepada kerajaan melalui channel yang betul. 

Supaya saya boleh jawab di depan Tuhan kelak tentang apakah yang telah saya buat ketika saya melihat kezaliman di depan mata kepala saya sendiri sedangkan saya mampu berbuat sesuatu.

Bila selesai kerja saya nanti, terserah pada kerajaan untuk buat pertimbangan dan tindakan pembetulan sewajarnya...

Feeback Saya Kepada Kerajaan

Sebentar lagi meeting dengan Timbalan Menteri Undang-undang, YB Ramkarpal untuk kali kedua, untuk berikan feedback tentang SOSMA.

Terima kasih kepada pihak kerajaan sekarang yang sudi mendengar...

Sama-sama kita doakan dan bekerja menjadikan negara kita lebih baik. InsyaAllah.

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‎اُنْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُوْمًا

Maksudnya: “Bantulah saudaramu yang zalim dan juga yang dizalimi”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 2263, 2264 dan 2438]

Bantu orang zalim maksudnya hentikan kezaliman itu...

Zulkifli
Cyberjaya
12 April 2023
21 Ramadhan 1444H

#TabahHadapiMusibah

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>