MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Setiap Kita Bermula di Garisan Berbeza. Kita Juga Akan Berjaya

November 24, 2023

Setiap kita tak sama. Kalau tengok orang lain lebih cepat berjaya daripada kita, bukan bermaksud kita tak boleh berjaya. Bukan...

Kita nampak dia cepat, sedangkan kita tak pernah tahu macam mana kehidupan dia sebelum memulakan sesuatu usaha.

Dalam bisnes, ada orang memang dilahirkan dalam keluarga bisnes. Bahkan ada orang yang pernah ada pengalaman berniaga sejak kecil lagi.

More...

Latarbelakang kehidupan kita tak sama

Ada orang itulah bisnes pertama yang dia pernah buat dalam hidup dia. Umur 30-an, 40-an atau 50-an baru mulakan bisnes.

Jadi bila mulakan sesuatu bisnes, kalau kita compare diri kita dengan orang yang sudah membesar dalam keluarga bisnes, itu tak betul.

Itu bukanlah perbandingan yang sepadan untuk menilai kemampuan sebenar diri kita. Sebab background dan pengalaman hidup kita tak sama.

Saya pernah digelarkan sebagai “the fastest growing dealer” dalam Public Gold. Tapi hakikatnya Public Gold bukanlah bisnes pertama saya. 

Sebelum kenal Public Gold, saya sudah 7 tahun jatuh bangun dalam bisnes yang hasilnya tak seberapa. Sudah banyak perkara yang saya buat bertahun-tahun tapi tak menjadi.

Champion pun pernah jadi loser

Saya terus explore sampai akhirnya saya berjumpa dengan Public Gold.

Public Gold sangat dekat dengan hati saya. Ketika saya mulakan bisnes Public Gold, saya sudah 3 tahun aktif share ilmu tentang kewangan di blog saya.

Bila saya jatuh hati dengan emas dan Public Gold, saya cuma teruskan apa yang sudah saya buat sebelum ni, iaitu share ilmu dan berbisnes.

Dalam masa 3 tahun, hasil dari bisnes membolehkan saya cukupkan harta dan pencen pada usia saya 33 tahun. “Tak kerja pun ada duit” (sampai sekarang), alhamdulillah.

Orang cuma melihat usaha saya 3 tahun dan kagum dengan pencapaian saya. Tapi mereka tak pernah tengok usaha saya yang kurang menjadi selama 7 tahun sebelum saya kenal Public Gold.

Dengan kata lain, saya pernah dianggap loser selama 7 tahun sebelum dianggap Champion!

Setiap kita bermula di garisan berbeza

Memang tak betullah kalau cuma tengok usaha saya 3 tahun, kemudian bandingkan dengan usaha orang lain selama 3 tahun juga, sedangkan itulah bisnes pertama dalam hidup dia.

Dari sini kita kena sedar, setiap kita bermula digarisan yang berbeza.

Kata Jack Ma (orang terkaya di China), kalau nak mencipta kejayaan yang besar, jangan tengok hasilnya esok ataupun tahun depan. Tapi lihatlah lagi 10 tahun kehadapan.

Sesiapa pun punyai peluang untuk cipta kejayaan besar lagi 10 tahun. Tapi cita-cita dan usaha tersebut kena bermula dari sekarang!

Sekarang adalah masanya...

Kita tak bermula dengan sesiapa

Jangan fikir nak berlumba dengan siapa. Hakikatnya setiap kita bina kehidupan kita sendiri demi orang yang kita sayang...

Kita cuma perlu berlumba dengan diri sendiri untuk jadikan diri kita lebih baik dari semalam.

Besabarlah dalam berusaha. Teruskan buat perkara yang betul dengan sabar. Kejayaan setiap kita hanya persoalan usaha dan masa sahaja. InsyaAllah...

Setiap usaha baik yang kita buat, tak ada yang sia-sia di sisi Tuhan walaupun hasilnya tak seberapa di mata manusia. Setiap usaha baik, Tuhan bagi ganjaran 10 - 700 kali ganda kebaikan, bahkan lebih.

Orang yang berjuang untuk kebaikan, hidupnya mulia mati pun mulia... 

Zulkifli
Cyberjaya
24 November 2013
11 Jamadil Awwal 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>