MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Risiko Akaun GAP: Emas Terbaik Emas di Tangan Kita Sendiri

March 22, 2026

“Perlu ke keluarkan emas dari GAP? Atau simpan saja dalam akaun?” 

Ini soalan yang penyimpan emas selalu tanya saya. 

Jawapan saya, 

"Emas terbaik ialah emas yang ada dalam tangan kita sendiri. Bukan emas dalam akaun"

Emas terbaik = emas fizikal yang kita pegang. 

Jadi akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) tu untuk apa? 

More...

Tujuan sebenar akaun GAP

Mungkin ramai yang belum tahu...

Public Gold sediakan kemudahan Akaun Emas GAP bukan untuk kita simpan emas selamanya dalam akaun. Tapi untuk memudahkan kita dapatkan emas fizikal.

GAP cuma kaedah belian. Matlamat akhirnya ialah kita pegang emas fizikal di tangan kita sendiri. 

Akaun GAP tu untuk bantu kita:

  • beli emas sikit-sikit
  • kumpul gram demi gram
  • walaupun bajet kecil

Ia sangat bagus untuk:

  • beginner (yang baru bermula)
  • yang belum ready simpan emas sendiri
  • yang nak bina disiplin baru menabung emas. 

Matlamat akhir ialah, emas fizikal dalam tangan kita.

Risiko emas dalam Akaun GAP

Walaupun Public Gold syarikat emas yang kukuh (established sejak 2008), tapi tetap ada risiko yang ramai orang tak sedar. 

Selagi emas kita masih dalam sistem, kita sebenarnya ada risiko.

1. Akaun kena freeze

Kalau ada isu — sama ada teknikal, compliance, atau arahan tertentu... akaun kita boleh dibekukan. 

Akaun saya sendiri pernah dibekukan selama 2 tahun ketika musibah saya dipenjarakan (pada Oktober 2018)

Walaupun emas tu ada... dan ianya sah milik saya... tapi isteri saya tak dapat keluarkan ataupun jual emas-emas tu. 

2. Panic withdrawal – stok lambat

Bayangkan kalau berlaku krisis...  Semua orang nak keluarkan emas serentak.

Apa akan jadi?

👉 Stok tak cukup
👉 Delivery lambat
👉 Queue panjang 

Walaupun stok emas di kilang memang ada, tapi proses nak keluarkan akan makan masa yang sangat lama. 

Sedangkan itu waktu paling kritikal kita perlukan emas-emas kita. 

3. Sistem down / tak boleh login / kena hack 

Ini dunia digital. Apa saja boleh berlaku:

  • sistem down
  • server problem
  • tak boleh login
  • worst case: kena hack!

👉 Emas-emas kita tersangkut pada sistem. 

4. Syarikat / bank tutup

Kita tak doa benda buruk... Tapi dalam sejarah dunia:

  • bank besar pernah tutup
  • institusi kewangan pernah collapse (tumbang)

👉 Bila semua bergantung pada sistem... kita pun akan terheret sama.

5. Godaan untuk jual bila harga naik 

Ini yang selalu terjadi.

Bila emas dalam akaun... Nampak harga naik sikit... mula nampak untung... akan rasa;

“Rugi kalau tak jual…”

Nak jual, cuma klik saja mobile apps. Mudah... 

Godaan tu membuatkan kita; lupa target simpanan dan leka dengan "buy low sell high".

Akhirnya... simpanan tak 'lekat'... jumlah simpanan emas tak bertambah-tambah. 

Itu masalah biasa siapa simpan "emas digital". 

6. Susah diwariskan bila berlaku kematian

Kalau kita meninggal dunia, ahli waris nak dapatkan emas tu akan ambil masa yang lama...

Cuba bayangkan tiba-tiba kita mati... 

  • waris tahu tak akaun tu wujud?
  • tahu password?
  • tahu proses claim?
  • bersedia dengan kos yang cukup untuk proses (harta pusaka)?

Kalau tak bersedia... emas tu akan “tergantung”.

Malah ada ahli waris yang tak nak claim emas tu... sebab jumlahnya tak berbaloi... prosesnya renyah... dan kosnya besar (proses urusan harta pusaka). 

Tak sama kesannya bila emas ada di tangan kita berbanding hanya tengok nombor di skrin telefon.

Strategi penyimpan GAP

Beli emas melalui akaun emas GAP tak ada masalah. Malah saya memang galakkan kepada semua orang. 

Tak kisah samada penyimpan emas baru ataupun lama... Pada saya, Akaun GAP kaedah terbaik bagi siapa yang nak menabung emas secara konsisten

Khususnya GAP Auto-Debit. 

Tapi kita kena ada strategi yang betul. 

1. Target kumpul 5 gram pertama 

Mulakan kecil. Mulakan dulu walaupun cuma RM100.

Yang penting bukan jumlahnya, tapi kita nak dapatkan momentum dan bina disiplin menabung emas dulu. 

Bila cukup 5 gram (atau 1 dinar) dalam GAP, keluarkan emas fizikal. 

Pada saya, item paling kecil yang nilai pelaburannya tinggi ialah gold bar 5 gram ataupun item 1 dinar (4.25 gram).

2. Jangan keluarkan item kecil 

Untuk permulaan, kita nak kumpul banyak gram dulu. 

Jadi saya tak sarankan keluarkan item kecil dulu, sebab kos pengeluaran (caj premium segram) agak tinggi. Antaranya item;

  • Gold bar 0.25 gram
  • Gold bar 0.5 gram
  • Gold bar 1 gram (atau 1/4 dinar)

Caj premium gold bar 1 gram x 5 keping = RM75

Sedangkan gold bar 5 gram sekeping cuma RM15. Beza RM60!

Item-item kecil ni sebenarnya dikeluarkan sebagai koleksi, bukan 'pelaburan'

Tak salah kalau nak keluarkan. Tapi pastikan ada gram emas yang banyak dulu. 

3. Setiap kali cukup 10g / 20g / 50g → keluarkan 

Ini sweet spot. 

👉 lebih jimat kos premium dan postage.
👉 lebih praktikal untuk simpan nilai. 

Gold bar 10 gram, nilai sekarang dalam RM6,000 lebih. 

Kos pengeluaran sekitar RM35 - RM45 sekeping.

  • Caj premum RM15 sekeping
  • Postage RM20 Semenanjung / RM30 Sabah Sarawak

Kalau keluarkan gold bar 1 gram cuma sekeping, kosnya RM30. Bayangkan siapa keluarkan setiap kali cukup 1 gram dalam akaun, maka dia kena keluarkan kos RM300 (RM30 x 10 keping) untuk 10 keping!

4. Ulang kitaran sampai cukup 12 bulan gaji 

Bila start simpan emas, letak target minimum untuk adakan simpanan 12 bulan gaji dalam bentuk emas.

Ini dana kecemasan (“financial buffer”) kalau apa-apa terjadi kepada kita. 

Ini simpanan paling penting setiap orang patut ada, sebelum 'melabur' duit ke tempat lain. 

  • Gaji RM3,000 → RM36,000
  • Gaji RM5,000 → RM60,000
  • Gaji RM10,000 → RM120,000

Selagi belum cukup 12 bulan gaji, jangan sesekali melabur. 

Fokus cari duit banyak-banyak, kemudian menabung... menabung... dan menabung saja...

5. Ultimate goal: 1 kilogram 1 keluarga 

Ini visi besar setiap penyimpan emas.

👉 1 keluarga, 1 kilogram emas

Bukan untuk cepat kaya... Tapi sebagai perlindungan masa depan sekeluarga. 

Ingat prinsip ni...

> Jadi kaya itu penting. Tapi yang lebih penting tak jatuh miskin!

Kalau apa-apa terjadi kepada kita, kita dan keluarga kita tak jatuh miskin. InsyaAllah. 

Syukur alhamdulillah. Asbab bersedia dengan 1 kilo emas untuk keluarga saya, keluarga saya tak jatuh miskin ketika musibah 2 tahun terjadi kepada saya.

Walaupun emas dalam akaun GAP tak dapat dikeluarkan, tapi emas yang masih ada di tangan itulah yang jadi 'bot penyelamat' keluarga kami ketika musibah tu terjadi. Alhamdulillah... 

Pengalaman tu benar-benar mengajar saya, 

> Emas terbaik ialah emas yang ada di tangan kita sendiri. 

100% di bawah kawalan kita. InsyaAllah...

Zulkifli
Kuala Terengganu
22 Mac 2026
2 Syawal 1447H

Caj premium untuk setiap keping emas fizikal daripada Akaun Emas GAP.

Kos penghantaran (postage) emas Public Gold ke seluruh Malaysia.

Antara testimoni; kenapa emas fizikal di tangan kita lebih bertahan lama berbanding biarkan dalam akaun.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}