MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Abundance Mindset, Minda Orang Berjaya

December 21, 2021

Mindset

Satu perkara paling penting dalam mengubah diri sendiri bukanlah semudah mengubah kepandaian menjana pendapatan atau menguruskan wang.

Way before that, perubahan harus dilakukan terhadap mindset. Kejayaan dalam hidup lebih mudah dicapai dengan abundance mindset.

Secara mudah untuk difahami, mindset ialah bagaimana minda kita beroperasi. Sekiranya kita cenderung melihat risiko, atau sisi buruk dalam sesuatu perkara, itu dipanggil scarcity mindset.

Bermula Dari Mindset Yang Betul

Mindset jenis ini selalu mengheret seseorang kepada kegagalan kerana ketakutan adalah element yang sentiasa membataskan potensi sebenar manusia.

Bayangkan seorang jejaka yang mahu menawan hati seorang gadis, ketika si jejaka cuma mampu mengaggap si gadis itulah satu-satunya orang yang akan cocok menjadi pasangan hidupnya, dia akan menjadi needy, dan mudah menyalah tafsir respond yang diberikan oleh si gadis.

Mungkin hanya kerana si gadis itu cuba berbuat baik, bagi hadiah atau semudah memberikan senyuman, si jejaka sudah boleh mabuk dan perasan.

Biasanya, Wanita akan segera menjauhi lelaki yang needy. Menyampah, dan tidak reliable untuk dijadikan pasangan hidup.

Abundance Mindset, Otak Orang Berjaya

Abundance mindset pula sebaliknya beroperasi dengan melihat ruang dan peluang. Walaupun mungkin tidak realistic pada awalnya, mindset seperti ini bersedia untuk improve dan mengambil risiko untuk bertindak.

Menggunakan contoh Si Jejaka tadi, sekiranya dia sudah memberanikan diri untuk berkenalan dengan si gadis, dan si gadis menolaknya dengan baik, beliau tidak lah rasa hina, kecundang dan meratap hiba. Ini kerana, mindset yang beroperasi dengan abundance mindset akan sentiasa yakin, peluang sentiasa ada dalam hidup.

Tentu ada gadis lain yang bakal menerimanya sebagai pasangan hidup bila tiba waktunya.

Mindset Seorang Dealer Public Gold

Cuba tukar watak Si Jejaka itu sebagai dealer, dan Si Gadis sebagai prospect. Tentu tuan puan nampak perbezaan outcome dari mindset mereka ke atas business.

Sebagai dealer Public Gold, kita tidak boleh mengembangkan business dengan scarcity mentality. Semua orang dah ada PG code, semua orang tak minat simpan emas, harga emas mahal, banyak syarikat lain sebagai pesaing….

Sebaliknya, asuhlah minda supaya melihat peluang bahawa masih ada lebih 30 000 000 penduduk negara ini yang belum ada PG Code. Emas tetap merupakan asset yang evergreen sepanjang zaman.

Sebarkan kebaikan menyimpan emas, orang tidak akan benci kita malah akan berterima kasih. Mungkin ada yang bagi respond kurang elok, ia tetap merupakan kejayaan sebab kita sudah berjaya mencuba.

Moga coretan ringkas ini bermanfaat. See you at the top.

Tentang Penulis

Sabri Yaacob

Seorang Chemical Engineer yang bekerja di syarikat oil & gas di Kemaman. Master Dealer di bawah G100 Network (network dealer Public Gold terbesar diasaskan oleh En Mohd Zulkifli) dan hustler FAR Capital (syarikat pelaburan hartanah terbesar) yang diasaskan oleh Tuan Faizul Ridzuan.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>