Seorang anak murid saya dalam bisnes mengadu, dia rasa lemah semangat untuk bina bisnes sebab kenalan dia maju dalam bisnes sangat cepat berbanding dia.
Saya senyum sambil kami menikmati sarapan Nasi Kerabu….
Saya tanya dia balik, apa yang dia fikir kalau kenalan dia tu sama-sama buat bisnes bertahun-tahun tapi bisnesnya tak maju-maju? Adakah dia rasa bersemangat atau lemah semangat?
Jawab dia, kalau macam tu, mestilah dia lebih lemah semangat!
Saya suruh dia fikir, kalau lihat orang berjaya dia rasa lemah semangat, dan bila lihat orang tak berjaya pun dia rasa lemah semangat. Dia mana silapnya?
Lama dia berfikir mencari jawapan, akhir saya beritahu, silapnya ialah pada CARA BERFIKIR.
Mindset Is Everything
Orang biasa-biasa sentiasa berfikir yang merugikan dan membantutkan kemajuannya sendiri. Sebaliknya orang berjaya, apapun keadaan sekeliling, dia sentiasa berfikir yang membuatkan dia lebih maju.
Maka saya nasihatkan beliau, tahun pertama buat bisnes, fokus betulkan cara dia berfikir dulu. Bila cara berfikir dah betul, dia akan tetap maju untuk mencapai matlamatnya sendiri walau dari arah mana pun angin bertiup. Dia tahu kawal LAYAR hidupnya sendiri… insyaAllah.
We cannot direct the wind, but we can adjust our sail.
Tips Memperbetulkan Mindset
Untuk perbetulkan mindset, ini yang saya nasihatkan kepada beliau; (1) Hentikan semua input negatif. Berhenti baca news paper dan berhenti menonton TV, (2) masukkan input positif setiap hari dengan membaca buku-buku self-help, (3) bergaul dengan mereka yang berjaya atau mereka mempunyai matlamat yang sama untuk maju dalam hidup.
Kalau dia sanggup tinggalkan TV selama 5 tahun dan menggantikan waktu menonton TV dengan membaca buku-buku bermanfaat serta bergaul dengan mereka yang positif, saya percaya, 5 tahun dari sekarang hidupnya akan berubah menjadi lebih baik. InsyaAllah.
Success is all about the mind’s game.
Zulkifli
Cyberjaya
22 Mac 2017
24 Jamadil Akhir 1438H
[Kredit foto : istockphoto ]
Perlu bersedia dari mental yang kuat kerana ia bukan semudah yang disangkakan.
Betul.
Susahnya ubah diri sehingga kalau berjaya berubah, orang dulu-dulu panggil “buat tebiat”.
point yang tinggalkan TV tu tak jugak En. Zul. Saya pernah pergi rumah orang kaya-kaya tapi ada TV plasma sebesar alam 2-3 buah. Macam mana tu?
Saya percaya, dia beli TV besar lepas dia dah betul-betul kaya.
Tapi semasa dia membina kekayaan, saya percaya dia tak ada masa nak tengok TV.
Kesilapan ramai orang ialah, dia tiru gaya hidup orang kaya, tetapi mereka tak tiru cara orang kaya bekerja semasa mereka membina kekayaan. 🙂
Jadi sebab nak kaya, ramai orang kejar simbol-simbol kekayaan palsu walaupun pada hakikatnya, semua itu dibeli dengan hutang-hutang yang tak berkesudahan.
Cuba perhati, mana satu jenama kereta mewah yang diiklankan dalam TV? Saya boleh katakan tak ada. Kenapa? Sebab orang kaya MAJORITI tak suka habis masa tengok TV. Kita bercakap tentang majoriti, bukan minoriti…
Yes, betul tu. CARA BERFIKIR ialah penentu kejayaan seseorang
Assalammualaikum…
setuju dengan penyataan ini, cara berfikir penentu berjaya atau tidak. Saya adalah agen insurans… saya tgk agen yang berjaya dengan x berjaya ada perbezaan. Agen yang berjaya … tiada istilah ‘no’… on aje… sekalipun kena reject dengan klien.
mselim3
Wslm.
Terima kasih En Mselim atas perkongsian pengalaman.
saya masih pekerja yang makan gaji lg a.k.a hamba yang berbayar (org kaya majikan saya) akan cuba sedaya upaya saya untuk ubah cara berfikir supaya berfikir macam org kaya dan bukannya bergaya macam orang kaya seperti yang en zul sarankan dalam artikel ni..INI TEKAD SAYA…terima kasih tak terhingga dengan ilmu2 en zul kongsikan untuk sesama saudara islam dalam blog ni..
Alhamdulillah.
Sama-sama En. Asrul.
Cadangan saya boleh baca buku Think & Grow Rich by Napoleon Hill dan Success Principle. .sejak baca buku2 tu, saya telah mengalami masalah “orang lain kata NO, Saya kata YES”.
Terima kasih En. Salman.
Satu cadangan yang sangat baik. Jazakallah…
Salam tuan.. saya rasa teruja dan bersemangat bila membaca tulisan tuan. Mohon dikongsi jika tuan ada menganjurkan talk atau seminar utk saya follow
Wslm En. Nasrul,
Alhamdulillah. Mudah-mudahan artikel ni bermanfaat, insyaAllah.
Betul tuan, kadang kadang untuk berjaya kita perlu mengubah cara berfikir.